Tuesday, August 02, 2011
1
First time bersahur(berdua sahaja) bersama suami adalah di McD..kah kah kah..ape jenis isteri la ni..Bangon seawal 4.30 (kira awal la tu..biasa kat rumah bangon kul 5) laju-laju pi basuh muka..then zass pegi McD

Awalnya incik suami cakap kita sahur kat rumah jela..makan kurma dan minum air..huk alo..Aku kalau ko hulur kurma..segigit je bole telan..memang aku kureng sket bab makan kurma..penyakit ape tah hinggap..kromosom tak normal kot..hihi..ikotkan hati bole je sahur minum air tapi mengenangkan ade baby dalam peyot..gagah kan jugak mata (mata je gagah..badan lemau jugak)







Muke bengkak sembap lagi..ade orang cakap pipi aku dah kurus..tapi tengok tu..kenapakah masih kembang?huhuhu






Terasa la isteri yang mithali sket sebab letak gula kat air suami..ahaha apakah itu?dua-dua mentamak oder nak yang paling besar je..Big Mac satow!






Hasilnya..of kos bege aku tak abes..tu pon dah lanting kat incik suami sket..still jugak tak abes beberapa gigitan..owh itu perot sudah santat lagi sendat..adat la kan..sekarang kolon dan peyot aku dah kongsi space dengan baby..tak leh masuk banyak-banyak makanan sekaligus

Tapi aku sebenarnya nak makan hash brown, pancake dengan air milo panas..frust bila breakfast takde lagi..lagi bertambah frust milo panas pon takde..ganti dengan fresh oren :( ni sume penangan berblog walking time pose la ni..duk tengok si zie (redbloodsnow) breakfast McD..owh sungguh ku terliur..

Esok aku ingat nak masak simple-simple la..tapi apekah yang simple itu?idea..idea..datanglah ekau..aku sedang menyeru ni..hihihi

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:McD,Kuala Terengganu,Malaysia

1 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."