Friday, September 02, 2011
0

Raya kedua kami plan nak balik kampung suami di Setiu..padahal baru je balik 2 hari sebelum raya..so tak feel sangat la balik kampung hihi

Tapi kami balik pukul 6.30 petang raya pertama..sampai kampung dalam pukul 7.30 malam..bawak kete slow sajor...bukan sebab jam..tapi saje nak feel balik kampung..sebab tu tajuk jadi raya satu setengah!huhu

Sebenarnya aku balik awal sebab teringin sangat nak makan pulut dakap Tok Timoh(nenek belah suami) aku sangat excaited sebab first time aku jumpe dan rasa pulut dakap ni..suami selalu cakap tu antara speciality Tok Timoh..memang sangat ditunggu-tunggu oleh anak cucu dan saudara mara


Sebahagian sanak saudara belah suami



Sebab ape dipanggil pulut dakap?sebabnya pulut tu dibungkus berpasangan...pastu diikat kemas dengan tali..dakap tu maksud die berpeluk..maybe nak panggil pulut peluk tak best..so pulut dakap paling show...ahaha gitu sejarahnye(aku reka sendiri)

Kami sengaja balik awal-awal sebab nak rasa pulut tu hari first raya..raya kedua maybe rasa dah lain..memang sampai je kampung teros tuju makan pulut tu je..ahahah dasar rakus di situ..orang kat sana makan cecah dengan air manisan(gula melaka) tapi aku tak berani nak try lagi la..still makan dengan rendang..ngengade di situ

Suami still cakap aku tak feel makan pulut tu..sebab waktu paling afdal(best) makan adalah masa pulut tu panas-panas..masa tengah nak bungkus tu..alahai itu kene tunggu malam raya la jawabnye..insyallah tahun depan malam raya aku kat kampung...

Kalau korang nak tao ni first time aku merasa balik beraya dan tido di kampung...sangat jakun bukan?perasaan tido dikampung adalah sangat BEST!


Muke orang hepy tak terperi..hihi


Malam-malam sejuk je..ditambah lagi air kat bilik air pon sejuk..air telaga lagi..tido berselerak pon best jugak..even tido depan tv je..Tok Timoh tetap sediakan tilam kabu untuk aku..tilam tebal lagi tu..layanan dari dia memang first class!huhu ye dia sangat menghargai anak cucu yang balik beraya..even serba kekurangan namun aku sangat terasa dihargai..duk rumah sendiri pon mak tak layan gini(padahal duk rumah mak tetiap hari..dasar mengada disitu...lempang nak?)


Pasangan yang mengalami proses pengembangan dengan jayanya


Mewah ke miskin ke..pokoknya dari hati jugak..kalau hati dah senang campak la kat mana pon..tetap kita rasa hepy kan?kalau di beri banglo mewah tapi hati tak hepy tak guna jugak..

tapi serius hati aku hepy sangat balik kali ni...sampaikan aku buat sejarah baru malam tu makan nasi putih dengan ikan kering sahaja..tak pernah-pernah okay aku makan lauk tu..siap bertambah lagi makan...makan dengan nasi panas beramai-ramai..tanpa lauk ayam..daging segala..tak sangka aku sangat berselera..awal-awal aku demand..tak nak makan..mane pernah aku makan lauk tu je..tapi bila tengok sorang-sorang makan dengan lahapnya..siap bertambah-tambah..nafsu lapar tu tibe-tibe je datang...

Malam tu adalah malam merdeka..Pak Su memang dah beli stok mercun dengan kawan dia..murah owh mercun dia dapat..lepas ni bole la order..aku sangat jakun tengok mercun besar gitu..selama ni tgk kat tv je kan..ni maen depan mata..syokk wooo..mercun raya merdeka..ade video yang suami aku ambik..tapi tak tao celah mana nak letak kat blogpress ni

Esoknya kami sambung beraya di satu tempat special..nak tao kat mane?tunggguuu..ala tengok gambar yang aku tempek ni korang dah tao kot..hihi


- Sok Sek Sok Sek using BlogPress from my iPad 2.

0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."