Ceasarean dan Sakit Belakang
Petang tadi baru selesai Cash On Delivery (COD) satu set berpantang buat ibu muda..baru 4 hari bersalin melalui Ceasarean (C-section) dan beliau mengadu Sakit Belakang dan Kurang Tenaga.Masalah Sakit Belakang selepas bersalin antara masalah yang paling banyak Yani terima..sehinggakan ianya menjadi 'modal' pada Yani setiap kali memulakan bicara dari ibu-ibu yang berpantang. Alhamdulillah dari saat keluar bilik pembedahan (OT) sampai ke saat Yani menulis entry ini (3 bulan 6 hari) bahagian belakang masih terasa seperti normal.
Pengalaman Pertama Ceasaren
Gambar 1: Perkongsian di Facebook Yani mengenai Set Berpantang Shaklee.
Selepas 6 jam Yani direhatkan selepas Ceasarean terus telan (dengan air lah yang pastinya) set berpantang Shaklee:
1 biji Vitalea, 1 biji B-complex, 1 biji Vitamin C dan 4 biji Ostematrix(kalsium).
Fungsi:
Vitalea:
1) Membantu ibu bertenaga selepas bersalin.2) Mengandungi Zat Besi yang penting untuk mengekalkan HB dalam darah untuk memastikan ibu kekal cergas.
3) Menambah kekurangan nutrisi ibu dalam pantang (faktor berpantang makan- menghadkan makanan bernutrisi/khasiat tinggi).
B-Complex:
1) Mencegah Stress dan menguatkan antibodi tubuh.2) Merangsang penghasilan Serotonin (mood balance).
Vitamin C:
1) Membantu pulih luka dan kulit.2) Membantu menghasilkan kulit cantik berseri.
Ostematrix:
1) Membantu melembutkan najis untuk mengelakkan sembelit.2) Mengurangkan Sakit Pinggang ibu berpantang.
3) Mengurangkan lenguh badan.
4) Merangsang penghasilan susu.
Gambar 2: Set Sebelum dan Selepas Pantang. Berbaloi!
Anda boleh dapatkan secara Online Set Berpantang Shaklee ini. Bayaran juga boleh dibuat secara Kad Kredit/Debit. Hanya Klik Set Berpantang Yani dan anda akan terus ke ruangan pembelian dengan selamat. Atau boleh Hubungi Yani untuk keterangan lanjut dan konsultasi percuma.
Gambar Sebelum dan Selepas Bersalin Ceaserean
Gambar 3: Di luar Bilik Pembedahan, perasaan yang bercampur baur.
Gambar 4: Nurse yang uruskan Yani sebelum pembedahan.
Gambar 5: Excited Hadif selepas kelahiran adiknya. Perkenalkan Ahmad Haziq Rizqi bin Mohd Hafizuddin anak kedua kami.
Gambar 6: Alhamdulillah, dah selamat semuanya.
Kenapa Sakit Belakang?
Ini adalah kerana kesan Epidural. Jika epidural itu dilakukan dengan mudah dan selepas pembedahan juga tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum. Apa yang sering diperkatakan ialah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya. Kajian terbaru menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural. Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.Kupasan lebih detail : drzubaidi.com
Selepas Bersalin dan Kurus?
Semua kata Yani cepat je susut selepas bersalin. Meh Yani kongsikan sedikit gambar sepanjang bersalinkan anak kedua.
Gambar 7: Sebelum Bersalin. Gemuk sangat!
Gambar 8: Seminggu Selepas Bersalin, Waaaaah! dah susut sikit.
Gambar 9: Haaaa... Yani selepas 50 hari bersalin.
Haaaa... Nak tahu Rahsianya? Yani akan kongsikan KHAS buat mereka yang hubungi Yani dan betul-betul inginkan perubahan. Opps! Coretan Yani terhenti seketika untuk menyusu Haziq. Jom Take 5! Nantikan sambungannya...
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
Master yani memang Hebat!!.. nice entri..i like it..ber sahaja tapi padat...
ReplyDeleteTahniah Master Yani!
ReplyDeletenatrah: mu mesti boleh buat lebih lagi kan?
ReplyDeletesofia:tq dear
ReplyDeletekagum dengan master walau sy bukan dr susur galur master yani..
ReplyDeletesetiap tulisan master memberi inspirasi kepada saya :)
Terima Kasih Nurani, Appriciate it.
DeleteMoga Membantu Anda dan Organisasi Anda,