Tuesday, December 23, 2014
2
Sambungan dari perjalanan Yani di Melaka iaitu 5 Perkara Wajib Buat Di Melaka, dan di akhiri dengan Makan Malam Di Umbai. Seterusnya Yani akan kongsikan persinggahan Yani di Mahkota Hotel pula. Persinggahan kami kali ini di Mahkota Hotel adalah yang kedua, sebelum ini Yani datang ke Mahkota Hotel ini kerana mengikuti Family Day Pejabat Yani je. So dari pengalaman lepas yang mendorong Yani untuk menginap buat kali kedua.



Kenapa Best sangat?

Yang best sangat bagi Yani adalah kemudahan aktiviti outdoor yang disediakan. Terutamanya Kolam Renang untuk anak-anak best sangat disini sebab rekabentuknya nampak bagaikan Water Theme Park.


Gambar 1: Ada Umbrella Shower gitu...


Gambar 2: Ada Gelongsor Air dan Jakuzzi belah kiri kat Hut Pergola tu.

Haaaa.... tengok gambar 1 dan gambar 2 pon dah rasa seronok sangat kan? Terus rasa nak lompat je lepas sampai tu. Rekabentuk Tema Water Park kat sini dirasai bila kita dari Reception dan terus nak ke bilik akan kelihatan Water Fountain di sepanjang laluan dan akan direct kita ke arah Kolam di Gambar 1 dan 2. Ada Sense of Direction gitu.



Gambar 3: Pandangan ke arah Bangunan Utama.




Yani bawa anak-anak bermain air sebelum kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Maklum la, sebelum tu kami sibuk pergi layan Coconut Shake, Asam Pedas, cari Cencaluk dan menikmati Ikan Bakar di Umbai.



Sebelum TERJAH Kolam!

Yani nak kongsikan disini bagaimana anda nak mengelakkan anak-anak anda selsema selepas mandi kolam. Kebiasaannya anak-anak kecil yang bermain air terlalu lama akan memudahkan mereka mendapat selsema sebab sejuk. Jadi antara rahsianya, Yani akan bagi Hadif ambil Vitamin C Chewable terlebih dahulu. Bagi membantu kuatkan imun dia dan ketahanan badan. Hanya suap je kat Hadif setengah jam sebelum mandi kolam, dan dia suka sangat kunyah Vitamin C tu yang masam-masam manis.
 
Untuk Haziq pula memandangkan masih menyusu, so Yani lah yang kena makan Vitamin C tu. So untuk Yani, Vitamin C Sustained Release yang paling best! Baik untuk imun anak dan bonus untuk membantu kesihatan kulit yang gebu-gebas.

Buat rakan-rakan yang nak cuba Vitamin C Chewable untuk anak-anak dan Vitamin C Sustained Release untuk diri boleh dapatkan secara Online Vitamin C Pilihan Yani.

Lagi satu Killer Product Shaklee, adalah Nutriferon atau terkenal dengan gelaran Serbuk Ajaib. Serbu Ajaib ni juga Yani akan beri kepada Hadif bagi membantu memperkasakan lagi sistem imun badan. Yang dah merasa pasti takkan miss kerana kesan dia yang memang ketara bagi membantu melegakan selsema dan demam. Juga anda boleh dapatkan secara Online Nutriferon Serbuk Ajaib. Serbuk Ajaib ni selalu je Out Of Stock dikala permintaan tinggi terutamanya di musim jerebu, dapatkan dengan SEGERA secara Online sebelum terlambat!



Gambar 4: Hadif seronok main "Gendang Air".


Gambar 5: Haziq pon tak lepaskan peluang nak cuba.


Gambar 6: Splash!



Gambar 7: Ovule Splash!



Gambar 8: Cedok lagi Hadif.


Gambar 9: Orang mula ramai turun ke kolam.


Gambar 10: Haziq & Pok Sapik.


Gambar 11: Hadif sambil main bola entah sape punya.




Sebelum dan Selepas Berenang: Mandi Secukupnya!

Antara tips lain dari Yani adalah anda perlu untuk mandi secukupnya sebelum masuk dan selepas ke kolam renang bagi mengelakkan perubahan suhu yang ketara. Bukan sekadar untuk kebersihan diri anak-anak dan kita tapi perbezaan suhu ini akan menyebabkan otot mudah menegang dan mudah mengigil kerana perubahan suhu. Terutamanya bagi mereka yang biasa mandi air panas, digalakkan untuk mandi secukupnya.



Gambar 12: Haziq mandi secukupnya.





Gambar 13: Aboh Hadif pon tak melepaskan peluang gitu.



Gambar 14: Bestnya tengok air tu...


Aktiviti-aktiviti Lain

Lepas puas bermain air di Umbrella Shower, Yani ke Jacuzzi pula. Saje Hadif nak merasa buih-buih yang meruap. Dah boring Jacuzzi, kita ke Playground pulak...

Banyak lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti gimnasium, squash, ping pong dan indoor playgim untuk anak-anak. Jom Layan!



Gambar 15: Hadif syok layan Jacuzzi.



Gambar 16: Gelongsor Air... Syok O!



Gambar 17: Gedebush... Ingat! Anak-anak kecil perlu penjagaan dewasa setiap masa.



Gambar 18: Syok termenong...




Gambar 19: Belum sempat tukar baju dah nak main di Playground.



Gambar 20: Jongkang Jongkit ke Conget Cakdong?




Gambar 21: Haziq pon seronok layan kerenah Abang Hadif.




Gambar 22: Hadif masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda penat.



Gambar 23: Masih lagi bermain di Indoor Playgim.


 
Gambar 24: Moga dapat buaikan Hadif yang keletihan.




Alhamdulillah, dapat layan kerenah anak-anak dan keluarga seronok sangat! Bisnes tetap berjalan seperti biasa. Selepas Hadif pon dah berpuas hati dapat explore semua benda, kami pon naik bersiap untuk check-out dan makan tengahari sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.



Sarapan Pagi

Sebelum kami mulakan aktiviti mandi tadi, lupa nak bagitau yang kami Sarapan Pagi di hotel kerana dah pakej sekali dan makanan yang disediakan biasa-biasa sahaja dan kalau anda nak jimat boleh book secara online tanpa pakej sarapan pagi, lagi murah! Ada banyak kedai makan berdekatan dan semua sedap-sedap terutamanya Nasi Lemak. Pergh! Memang Syorga makanan la Melaka ni.


Gambar 25: Sandwich Cik Abe Dean Kayree.



Selesa VS Harga

Manakala, dari segi keselesaan bilik Yani boleh bagi 2 bintang je kerana Hotel Mahkota ni rekabentuk dalamannya dah lama dan perabutnya pon pattern lama. Cuma yang menarik adalah keluasan bilik tu kerana rekabentuk apartment ada dapur, ada ruang tamu dan bilik berasingan. Memang luas dan berbaloi dengan harga cuma RM225  untuk Walk-in customer. Jika tempah melalui Online lagi murah rasanya.




Sampai di sini sahaja coretan Yani untuk Perjalanan Meneroka Melaka yang singkat. Sangat seronok apabila Yani sudah dapat merasa Kebebasan Masa dan Insyallah akan ke arah Kebebasan Kewangan pula. Jom sama-sama berusaha bebas mengejar impian masing-masing. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!




















Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan. 




2 bisikan:

  1. last raya pun kami sekeluarga check in di sini. seronok bebudak dapat mandi kolam. tapi taktahu pulak kat mana indoor playgymm tu T_T. betul tu, pattern and perabot agak lama. wifi pun kena bayar T-T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...

      Plygym tu belah palyground tapi tersorok area pingpong dgn squash.

      Delete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."