Monday, December 15, 2014
4

Oh! Breakfast Nak Masak Ape?

Hari-hari semakin sibuk, Nak buat Breakfast pon kadang-kadang tak sempat. Bukan kadang-kadang tapi tak langsung.... Oppss!

Hadif dah 4 tahun next year 2015, so bulan Disember 2014 ni dah hantar ke kelas pengenalan Di My Little Caliph, Chendering Kuala Terengganu. So Yani perlu segera memberi Breakfast terbaik untuk Hadif. Yani akan kongsikan bagaimana Yani buat Shake yang Sedap tanpa menggunakan gula, cepat, pantas dan pasti nak lagi.



Mealshake La!

Langkah 1: Potong!

Sebiji buah tembikai di potong empat (4) dan satu bahagian tadi  dipotong kecil macam nak hidang pencuci mulut masa makan tengahari atau minum petang. Jangan lupa buang kulitnya. Pilih buah yang masak ranum terbaik dan kalau buah tembikai yang tawar pon elok digunakan daripada membazir dibuang.


 Gambar 1: Tembikai dipotong dan terus dimasukkan ke dalam Pengisar.




Langkah 2: Air

Seterusnya masukkan Air Kosong sebanyak 200ml atau secukup rasa bagi memudahkan kerja-kerja mengisar dan menentukan tahap kepekatan Mealshake nanti.


Gambar 2: Secawan air (200ml) dimasukkan ke dalam pengisar.







Langkah 3: Mealshake.

Next, masukkan sesenduk kecil Mealshake French Vanilla bagi mendapatkan khasiat dan rasanya yang  macam Ice Cream Vanilla yang super creamy. Sedap sangat! Berkhasiat dan tanpa gula.

 Gambar 3: Mealshake satu senduk kecil.

Kenapa Yani suka sangat dengan Mealshake? 

Bukan setakat sedap macam Ice Cream tapi bila Hadif selalu minum Mealshake ni banyak perubahan yang positif yang sangat mengembirakan.

Antaranya:

1) Membantu meningkatkan Selera makan Hadif walaupun Hadif sangat Cerewet dengan apa dia nak makan.

 

2) Membantu imun ketahanan badan Hadif, Hadif jarang dapat Selsema atau Batuk.

 

3) Membantu Penghadaman dan Hadif MUDAH buang Air Besar dan tidak sembelit seperti sebelum pengambilan Mealshake.





 Gambar 4:Ingat! Gunakan Pengisar yang sesuai untuk buat Shake dan jangan guna pengisar yang anda telah gunakan untuk mengisar bawang atau bahan masakan lain, kerana nanti rasa bawang, halia atau lengkuas akan menpengaruhi hasilnya nanti.




Langkah 4: Ais (Optional)

Tembikai Mealshake ni sedap di minum sejuk, jadi untuk mempercepatkan proses sejuk dan anda boleh terus minum. Masukkan beberapa kiub ais sesedap rasa. Syok O!

 Gambar 5: Kiub Ice untuk rasa yang seram sejuk gitu...





Gambar 6: Seterusnya Kisar sehingga nampak halus dan sebati. Cantik sangat warna pink tu.





Siap! Tembikai Mealshake

Dah pun siap..... boleh terus minum atau boleh disimpan dalam peti sejuk terlebih dahulu dan dinikmati apabila sejuk. Atau! Boleh buat Ice Cream sendiriiiiii...... Mesti seronok anak-anak layan Ice Cream Homemade.


 Gambar 7: Taraaaa.... Dah pun Siap!




 Gambar 8 & 9: Approved by Hadif! Sedap!




 Gambar 10: Sorry Haziq not for you yet.





Ice Cream VS Shake

Bergantung kepada selera anda. Kalau Yani memang tak tahan la nak buat Ice Cream, mesti terus telan je lepas siap. Sedap Sangat! So ni Yani ada gambar sikit untuk dikongsikan cara hidangan.



 Gambar 11: Hanya masukkan adunan tadi ke bekas Ice Cream dan tunggu semalaman untuk mengeras dan enjoy!




Gambar 12: Atau masukkan ke dalam bekas shake siap-siap. Satu untuk Hadif dan satu untuk Ibu.


Mudah atau Sangat Mudah? Sangat Mudah dan Sedap... Jom cuba dan rasai perbezaannya. Anda pon boleh mencuba dengan buah-buahan lain. Buah Tembikai ni kebetulan ada lebihan masa buat makan-makan sempena Ma dan Ayoh nak pergi Umrah tempohhari.

Buat mereka yang masih belum ada Mealshake, boleh terus dapatkan secara Online ke pautan berikut Mealshake Sedap.

Sebarang komen penambahbaikan resepi ini adalah amat dialu-alukan. Terima Kasih kerana mencuba.





Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.





4 bisikan:

  1. Seakan segar nikmat tembikai di tekak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betol, tengok gambar tembikai pon dah rasa fresh crunchy and sweetness...

      Selamat Mencuba.

      Delete
  2. Terus dapat idea nk buat Meal Shakes sedap esokuntuk anak2. Hihi. Tq for sharing!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."