Wednesday, December 24, 2014
6

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! 

Alhamdulillah hanya itu yang dapat saya gambarkan dengan kata-kata selepas berat badan turun dari 98kg kepada 94kg dalam masa 4minggu. Hadiah Hari Lahir Paling Best Tahun ni! Sungguh tidak disangka tanpa skip makan nasi, budu atau makanan kegemaran masih mampu turun berat saya. Alhamdulillah...



Bermulanya kesedaran diri pada akhir bulan November 2014 membuatkan saya hendakkan perubahan pada Bulan Kelahiran saya iaitu Bulan Disember. Sebelum ni isteri sudah berbuih mulut dan berbotol supplement bagi kepada saya untuk menolong. Tapi jika tidak Hadir Kesedaran dalam diri dan Disiplin Diri yang kuat tidak akan menjadi. Bak kata Coach saya:

90% effort dari ANDA, bukan saya.     -Zarrul Aizat, Founder Fit67.



Sebelum ini pun isteri saya selalu berpesan:

Saya bukan nak awak kurus, tapi saya nak awak sihat untuk mengelakkan penyakit yang berisiko apabila gemok.     -Muliani, Founder YMS Empire.





Body Mass Index (BMI)

Maka pada 1 Disember 2014 saya nekad untuk mencari seorang pembimbing atau Coach supaya saya lebih disiplin dan bersemangat untuk mencapai impian saya. Ya, kita mulakan setiap langkah dengan Impian, selepas Jelas dengan Impian, kita Bertindak! Selepas perkiraan dengan BMI Calculator saya nekad untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai BMI Index yang NORMAL atau Ideal. BMI Index saya sekarang adalah dalam kategori Obese. Untuk mencapai tahap ideal, saya perlu kurangkan 25Kg. Target Masa adalah sebelum raya 2015 untuk mencapai tahap ideal.


Gambar 1: BMI Calculator.



Pada malam 1 Disember saya selesai registration bersama Coach Zarrul Aizat atau Nama Artis beliau "Taro" untuk membimbing saya dari jarak jauh atau secara online. Coach Taro ni sebenarnya kenalan lama saya di Universiti mengambil jurusan Arkitek bersama. Saya kenal tahap fitness beliau sebab  beliau selalu dengan sukan rugbi dan apabila berborak lebih detail melalui whatsapp, beliau sudah mempunyai 2 tahun pengalaman membantu mereka-mereka yang ingin kurus dan membantu meningkatkan kecergasan badan.




Minggu Pertama: Disiplin Makan

Untuk minggu pertama, saya hanya diajar untuk Disiplinkan Diri dari segi pemakanan dan WAJIB kira KALORI yang diambil setiap hari. Sekarang bermacam-macam Apps yang disediakan untuk kira kalori seharian. Hanya search di Google pun kita dah dapat tahu setiap pemakanan yang kita ambil. Penekanan lain yang diajar adalah kurangkan makanan berminyak dan goreng. Apabila anda sudah mula biasa dengan kira-kira Kalori secara automatik anda akan tahu makanan bergoreng dan berminyak yang mengandungi Kalori yang tinggi. Nilai Kalori ini dikira dari komposisi nutrisi yang dimiliki oleh setiap makanan dan semua ini nanti akan ditukar dalam bentuk tenaga. Apabila banyak kalori tidak ditukar kepada tenaga maka ia akan disimpan sebagai lemak. Maka jaga-jaga dengan kalori anda!



Perlaksanaan Minggu Pertama Saya

Pada pagi hari pertama, saya dah makan Nasi Kerabu Ayam. Maklumlah menetap di Kampung sendiri memang meriah dengan makanan tradisi dan juadah pagi yang best-best. So saya masih makan makanan kegemaran saya, tapi saya kurangkan separuh nasinya dan ayam maintain seketul sebab bakar bukan goreng dan untuk protein. Nasi dikurangkan sebab karbohidrat dan akan ditukar kepada gula untuk badan. Badan kita ni akan cari makanan yang bergula dahulu untuk ditukarkan kepada tenaga dan seterusnya baru lemak. Jadi kurangkan karbo, boleh makan tapi kurangkan.

Lagi satu pesanan dari Coach Taro:

Dalam kita mengawal pemakanan, jangan sampai berlapar. Bila lapar badan akan save energy dengan merendahkan metabolisma. Bila Metabolisma Rendah, maka pembakaran lemak lambat berlaku. So amalkan pengambilan snack yang sihat in between meals seperti kekacang, oat atau buah.     -Coach Taro, Founder Fit67.



Diet dan Kurus.
Gambar 2: Breakfast yang Meriah!

Sebelum makan Nasi Kerabu sebenarnya saya dah ambil Minuman Shake Campuran iaitu Cinch Shake Mix dan ESP (Soy Protein Isolation Powder) seawal pagi kerana dirisaukan tidak dapat menahan gelora nafsu kerana hanya makan separuh sahaja Nasi Kerabu.  Esp dan Cinch Shake Mix sangat membantu kerana dapat mengekalkan rasa kenyang yang lama dan mengekalkan tenaga.  ESP dan Cinch ni juga  mengandungi Amino Acids yang tinggi bagi membantu  mempercepatkan proses recovery otot badan dengan membina sel-sel baru, terutamanya selepas exercise. Fungsi ESP dan Cinch ini saya akan kupaskan dengan lebih terperinci memandangkan mempunyai khasiat dan fungsi yang terbaik untuk mereka yang sedang diet atau inginkan bentuk badan idaman. Buat anda yang berminat untuk mencuba boleh dapatkan ESP dan Cinch secara online. Cinch mempunyai tiga perisa iaitu vanilla, coklat dan cafe latte. Cafe latte menjadi pilihan saya kerana ada rasa seperti kopi dan tidak muak. Pastikan anda tick pada perisa pilihan anda yang betul semasa membuat pembelian online nanti.




Minum Sebelum Makan

Coach Taro pun ada berpesan:

Biasakan dengan minum segelas air suam sebelum makan.  -Coach Taro, Founder Fit67.

Gambar 3: Apps yang membantu saya mencapai target.



Kenapa? bagi anda dapat kawal sedikit nafsu makan dan elok untuk melancarkan penghadaman. Dalam pada masa yang sama anda mudah mencapai Target bagi pengambilan Air setiap hari. Pengambilan air ini penting bagi mereka yang diet untuk mengelakkan dehydrate dan melancarkan sistem penghadaman dan melancarkan perkumbuhan. Minimum pengambilan air untuk lelaki dewasa adalah 2.5 liter tapi lebih Optimum jika mengambil mengikut berat badan anda untuk hasil yang lebih baik iaitu 25kg per liter air.

Berikutnya adalah pengambilan makanan saya sepanjang Lunch dan Dinner. Sepanjang tempoh seminggu ini tiada senaman yang perlu dilakukan dan hanya fokus kepada pengambilan makanan dibawah kalori yang kita target dan kalau boleh jangan sampai separuh dari target bagi mengelakkan rasa lapar.


Gambar 4: Makan buah dan Alfalfa je?

Masa Lunch saya agak terganggu kerana masih terasa kenyang daripada pengambilan ESP dan Cinch Shake Mix tadi. So saya hanya makan buah dan pengambilan Alfalfa bagi membantutkan selera makan saya. Alfalfa Complex sangat membantu sebagai mengawal selera makan disamping detoks badan anda. Sebelum ini, saya telah terangkan kegunaan lain Alfalfa Complex. Anda boleh baca di Ikan Bakar & Nasi Lemak Umbai, Melaka dan 5 Perkara Wajib Buat Di Melaka.



Gambar 5: Dinner yang agak meriah.


So bila Lunch yang sedikit akan meningkatkan selera untuk makan sesuatu yang lebih untuk Dinner. Maka termakanlah saya Spagetti Carbonara yang lemak berkrim. Sedap weh! Tapi ingat, saya hanya makan separuh je dari saiz hidangan asal dan mulakan dengan minum air kosong/suam terlebih dahulu. Alhamdulillah, masih dibawah target kalori saya untuk hari pertama. Saya susuli Omega Guard dan Lechitin selepas makan makanan yang berminyak dan berlemak. Ini penting bagi membantu mengelakkan minyak-minyak daripada makanan saya tadi disimpan dalam badan dalam bentuk lemak. Lechitin akan membantu flush minyak-minyak yang tidak diperlukan dan omega akan bertindak di dalam salur darah bagi membantu mengurangkan kolestrol. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan Omega Guard dan Lechithin secara Online.

Sekian saja, hari pertama yang sungguh menguji selera dan nafsu makan saya. Disiplin ini diteruskan pada setiap hari selama seminggu tanpa senaman dan tanpa skip makan nasi, tapi disiplin kawal amount pengambilan makanan perlu diutamakan. Badan mula terasa agak ringan dan terasa rajin, haha!  Kadang-kala ada sehari dua saya terlebih kalori dan coach saya nasihatkan supaya jadikan hari esok yang lebih baik dan jika lebih dua tiga ratus kalori masih acceptable.




Senaman Bermula

Selepas disiplin dapat dibentuk, maka senaman pula perlu diamalkan setiap hari. Minggu ke dua sehingga minggu ke empat saya telah mengamalkan senaman ringan sebagaimana diajarkan oleh Coach Taro. Senaman yang basic dan cukup mudah. Saya akan kongsikan jenis-jenis senaman yang dibuat sepanjang minggu kedua sehingga minggu ke empat di post seterusnya dan bagaimana makanan tambahan/ supplement dapat membantu.

Hari ini merupakan hari terakhir minggu ke empat dan saya telah diajar senaman yang lebih komprehensif untuk mendapat keputusan yang lebih baik. Senaman sangat membantu mempercepatkan saya mencapai berat badan ideal.



*Diet yang saya amalkan bukan Diet Atkins atau Diet Makan Makanan Berlemak, tapi hanya kawal pengambilan kalori harian dengan penuh disiplin dan amalkan senaman setiap hari.



*Doakan saya mencapai berat yang ideal.








     Master Dean Kayree,
     019-9897 206
     FB: Dean Kayree
     Success Partner Master 8 Bulan, 
     Founder YMSphotographicSTUDIO

6 bisikan:

  1. Perghhhhh CONGRATS DEAN!! I WILL FOLLOW U!! ;D

    ReplyDelete
  2. hebat!!! lepas ni boleh buat group whatsapp utk diet...ada gak ni customer diet tapi x fasih dlm bab diet ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, jika permintaan tinggi kita kan setup group.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."