Sunday, January 25, 2015
2
Pertama Sekali Alhamdulillah kerana Ayahanda Khairi dan Bonda Maznah telah selamat pulang dari mengerjakan Umrah pada 12 Disember 2014 dengan Sihat Walafiat. Ayah Mertua Yani ada sakit Diabetes atau nama kampung dia Kencing Manis dan Mak Mertua Yani pula ada sakit Darah Tinggi. Kedua-duanya dah menghidap penyakit ni sekitar 10 tahun kalau tak silap Yani. Kedua-dua Jenis Penyakit ni memang terkenal dengan Penyakit Keturunan, maksudnya jika Mak atau Ayah kita menghidap kencing manis atau darah tinggi, anak-anak 80% adalah berisiko untuk mendapat penyakit yang sama.


Gambar 1: Ma di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu.



Ayah dan Kencing Manis

Masa mula kenal Ayahanda Khairi ni, Yani dapat tahu dari Suami yang ayah perlu cucuk sendiri insulin setiap hari sebagai salah satu cara merawat sakit dia. Bayangkan kalau seumur hidup anda perlu cucuk insulin, sampai satu tahap Ayah pernah mengadu sakit mencucuk di kawasan yang selalu dicucuk sampaikan mengganggu tidur. Masa tu kurus je ayah sebab selera makan berkurangan. Bila nak buat makan-makan besar antara keluarga pon tak berapa syok sebab ayah tak berapa selera dan kesian tengok dia.

Yani dipertemukan dengan Supplement Shaklee semasa Tahun 2013 dan mula ikhtiar untuk memberi Vivix atau nama glemer dia Tonik Ajaib. Alhamdulillah, kencing manis Ayah makin stabil dan selera makan pon dah kembali normal. Pantang diajak makan mesti berselera, tapi masih kawal pengambilan makanan bergula. Suka sangat bila tengok Ayah dah makin sihat dan membuatkan Mak Mertua Yani pon lega tak perlu berat memikirkan masalah kesihatan Ayah.


Gambar 2: Hadif tergelak tengok gelagat Ayah yang dah botak.

 

 

Ma dan Darah Tinggi

Yani panggil Mak Mertua Yani Ma, Yani berpendapat mungkin Darah Tinggi Ma berpunca dari Stress sebab selalu risaukan kesihatan ayah. Suami ada ceritakan Ma pernah kerja di Restoran Ala- Thai dan pandai memasak masakan Ala-Thai sebab sempat belajar dengan Tukang Masak semasa menetap di Johor Bharu dulu. Tapi disebabkan sakit Darah Tinggi yang dihidapi menyebabkan sukar untuk memasak kerana selalu pening-pening dan badan terasa lenguh lumpuh.

Yani ada bekalkan supplement Garlic Complex dan B-Complex untuk membantu kesihatan dia . Alhamdulillah berkat kesihatan Ayah yang makin Baik, maka kesihatan Ma pun beransur bertambah Baik dan Ma sudah mampu memasak di dapur dengan SEDAP! Terima Kasih Ma selalu masakkan makanan kegemaran Hadif dan Suami.


Gambar 3: Ma dan Haziq.



Berkat Bisnes Selama 8 Bulan

Selama 8 bulan Yani telah pahat di Vision Board Yani dan Suami untuk mengerjakan Umrah bersama keluarga. Perancangan dan booking telah dibuat seawal bulan 4 tahun 2014 untuk Ma, Ayah, Mok, Yani, Suami dan Hadif, akan tetapi Travel Agen yang kami booking tu mendapat feedback yang paling buruk dikalangan rakan-rakan Yani. Maka Yani telah menukar kepada Travel Agen Rayhar. Tempahan baru telah dibuat akan tetapi hanya Ma dan Ayah sahaja pergi kerana memikirkan Yani baru melahirkan Haziq (anak kedua) dan memerlukan perhatian lebih ke atas perkembangan Haziq.

Alhamdulillah, telah tercapai separuh daripada hajat Yani untuk membawa dan menanggung penuh perbelanjaan pergi mengerjakan Umrah bersama keluarga dengan hasil titik peluh berniaga Shaklee sepenuhnya. Travel Agen yang dipilih pun adalah yang terbaik di Terengganu.


 Gambar 4: Ma bersama Beg Rayhar Travels.



Gambar 5: Cantik Tag Umrah dari MAS Airlines.



Kenapa Awal Bulan 12?

Seperti anda sedia maklum, jika hendak pergi umrah pada bulan 12 adalah sedikit rugi kerana harga sedikit melambung kerana harga yang mahal memandangkan musim cuti sekolah. Dek kerana tertangguh nak tunaikan pada bulan 4, maka Yani mengesyorkan bulan 12 kerana ianya adalah Musim Sejuk di Mekah. Musim sejuk di Mekah biasanya bermula dari Bulan 12 dan berakhir pada Bulan 4 setiap Tahun. Menunaikan Umrah pada Musim Sejuk merupakan kegemaran Masyarakat Arab dan termasuklah kita. Lagi pun, Yani fikirkan Ma dan Ayah mempunyai masalah kesihatan dan elok jika dilakukan pada musim sejuk bagi mengelakkan panas yang membahang.


Gambar 6: Ma dan Ayah di Bukit Uhud. Udara Sejuk katanya.



Senario Sepanjang Di Mekah

Yani terlebih dahulu telah mempersiapkan supplement yang mudah dibawa Ma dan Ayah, antaranya:
1) Ostematrix untuk membantu hilangkan lenguh-lenguh badan dan sakit urat.
2) AJHT untuk membantu mengelakkan sakit lutut ketika mengerjakan solat.
3) Yang Paling Utama adalah Vivix untuk membantu sakit Kencing Manis Ayah dan Darah Tinggi Ma serta dapat memberi tenaga berpanjangan sepanjang Umrah.

Sepanjang mengerjakan Umrah selama 12hari iaitu 2 hari di Madinah dan 10hari di Mekah, ayah menceritakan bahawa cuaca agak sejuk dan selesa. Sepanjang Di Madinah, Alhamdulillah semua dipermudahkan dan lancar. Seusai dari Lapangan Terbang, masih tak terasa lenguh-lenguh badan dan masih terasa bertenaga untuk terus ke Masjid Nabawi. Selepas selesai di Madinah Ayah ke Mekah dengan menaiki Bas dan mengambil masa yang agak lama dan badan masih tak terasa lemau.


 Gambar 7: Ma dikedai Kurma.



 Gambar 8: Ayah di Jabal Rahmah, di mana Adam dan Hawa di pertemukan.



 Gambar 9: Ayah bersama Unta Kesayangan, haha.



 Gambar 10: Ayah di Mekah.



 Gambar 11: Ma dan Mocik Moh.



TAPI! Dugaan Mula Melanda

Pada hari kedua di Mekah, kaki Ayah merekah teruk sebab berkaki ayam ketika melakukan Tawaf, Saei dan mungkin ulang-alik dari Hotel ke Masjid. Teruk sangat sampaikan nampak isi terbelah. Sakit mencucuk ditumit katanya. Ayah hampir tidak dapat menyambung mengerjakan Umrah akan tetapi atas nasihat Ma. Ma mencadangkan Ayah meletakkan Vivix di tempat luka, memandangkan Yani pernah letakkan Vivix didahi Hadif sebab luka terhantuk dibucu tangga.

Tanpa berlengah, Ayah terus letakkan Vivix ditempat luka merekah tadi dan dibiarkan kering sekejap. Alhamdulillah, ayah yang sebelum ini jalan terhinjut-hinjut boleh berjalan seperti biasa walaupun sakit mencucuk masih terasa. Selepas menampakkan kesan yang baik, setiap hari sepanjang mengerjakan Umrah Ayah tak lupa letakkan Vivix ditumit dan selang beberapa hari sakit mencucuk mula hilang dan terasa tumit semakin pulih walaupun keadaan tumit yang kelihatan hitam dan agak menakutkan memandangkan Vivix berwarna merah dan kadang kala berselang seli memakai stokin.


Gambar 12: Tumit Kiri Ayah yang agak teruk merekah semakin pulih selepas disapukan Vivix.



Gambar 13: Tumit Kanan yang kelihatan tidak serius setelah disapukan Vivix.


Alhamdulillah Ma tiada sebarang masalah sepanjang mengerjakan Umrah dan berkesempatan mengucup Hajar Aswad beberapa kali. Ma mengatakan, dia ada membawa beberapa supplement tambahan Shaklee lain, tapi Ma hanya sempat mengamalkan Vivix sesudu kecil sehari memandangkan sibuk fokus untuk melakukan Umrah yang terbaik. Memang terasa berbeza, sentiasa bertenaga dan lenguh badan tidak terasa.



4 Kali Umrah!

Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan kesihatan yang agak terganggu Ma dan Ayah sempat melakukan Umrah sebanyak 4 kali. Syukur sangat! Memang Berbaloi berikan Vivix buat Ma dan Ayah. Disamping Vivix, Ayah suka sangat Ostematrix dan AJHT (Advanced Joint Health Tablet) bagi membantu mengerjakan Solat dengan lancar memandangkan sakit lutut kadang-kadang menyerang kerana sering berjalan kesana-sini mengerjakan Umrah.




Nak Bertenaga Macam Ma dan Ayah?

Buat mereka yang akan melakukan Umrah atau Haji Yani sangat sarankan anda mencuba supplement seperti Yani cadangan kepada Ayah Mertua Yani. Anda boleh dapatkan di pautan berikut Set Umrah Ayahanda Khairi atau klik pada Gambar 14.  Yani galakkan pembelian secara Online kerana anda boleh mendapatkan point kad kredit atau debit. Anda boleh ke post sebelum ini Kumpul Point Kad Kredit atau Debit bersama Oneyani.com untuk mengetahui kelebihan mendapat point-point ini.


Set Umrah Ayahanda Khairi
Gambar 14: Ayah kelihatan masih bertenaga walaupun sampai di Kuala Terengganu pada 11 malam.



Manakala, buat mereka yang tak suka makan supplement banyak-banyak jenis walaupun sedar itu baik untuk kesihatan anda, boleh mencuba Set Umrah Sempoi Ibunda Maznah atau boleh klik sahaja Gambar 15. Untuk mengetahui bagaimana Vivix berfungsi anda boleh ke post sebelum ini iaitu Tonik Ajaib.


Set Umrah Sempoi Ibunda Maznah
Gambar 15: Ma muka kelihatan berseri, nampak 25 tahun lebih muda.


Walaubagaimanapun, sebarang kesembuhan itu dengan izin Allah jua dan kita perlu usaha untuk mendapat kesembuhan itu. Sebagaimana usaha yang ditunjukkan oleh Ma dan Ayah dengan ikhtiar melalui pemakanan tambahan (supplement) dapat membantu memberi kesihatan yang lebih baik. Alhamdulillah.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update! Terkini!

Alhamdulillah, selepas update dengan Ayah tadi (29 Jan 2015), sangat PUAS HATI! Cuba anda tengok sendiri keadaan kaki dia. Tak Terkata!

 Gambar 16: Tumit Kaki Kiri yang merekah paling teruk beransur pulih. Dah tutup pun luka.



Gambar 17: Alhamdulillah, cantik dah tumit Ayah.




Gambar 18: Sebelum dan Selepas, Sangat ketara perbezaannya. Alhamdulillah!






Yani Doakan Rakan-rakan Yani Pun Berkesempatan Mengerjakan Umrah Dan Diberi Kesihatan Yang Baik Sepanjang Zaman.



Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.

2 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."