Saturday, June 27, 2015
9

Gambar 1:Haziq berusia sehari.


Setiap kelahiran akan disertakan dengan susu ibu..itu KEISTIMEWAAN yang Allah kurniakan untuk setiap yang bernyawa manusia atau haiwan semua pon menyusukan anaknya. Sangat hebat ciptaan Allah lahir je ke muka bumi si anak terus pandai menyusu (lacth on).

Begitulah dengan cerita Yani. 2 kelahiran anak lelaki Yani susukan dengan susu badan sendiri, malah tak pernah terlintas untuk memberikan susu formula, back up planning pon takde dalam list, yang ada adalah back up ILMU penyusuan dan ibu susuan, terlalu menghargai susu kurniaan Allah.


 Gambar 2: Hadif pertama kali bersua Haziq.


Gambar 3: Jari jemari halus haziq.


 Tanggal 19/6/2015 seminggu sebelum Ramadhan lahirnya anak kedua Yani yang diberi nama Ahmad Haziq Rizqi bin Mohd Hafizuddin, kelahiran secara ceasarean (c-zer) akibat komplikasi uri di bawah (placenta previa type 4). Alhamdulillah jam 10pagi Haziq selamat dikeluarkan oleh doktor dengan jaya tanpa sebarang komplikasi. Nurse yang bertugas sempat memberikan Yani peluang menyusukan Haziq dalam bilik Operation Theatre (OT). Moment yang cukup membuatkan hilang segala masalah dunia(walaupon perut sedang dijahit, hihi) semua ini dengan izin Allah yang pasti.

Seperti prosedur biasa..selepas keluar dari bilik OT Yani direhatkan selama lebih kurang 6jam, walaupun dalam keadaan sedar dan sangat teringin untuk menyusukan Haziq. Yani akur pada kehendak prosedur untuk kebaikan diri sendir.

6jam berlalu Allah mudahkan lagi urusan Yani bila tiada muntah,  atau komplikasi lain selepas pembedahan, cuma waktu itu kepala terasa berat dan pening. Memandangkan sebelum ni Yani perlu berpuasa sejak jam 3pagi dek kerana prosedur, Yani terus minum air masak kerana terlalu dahaga dan makan sedikit makanan. Selepas itu Yani terus makan Vita-Lea (multivitamin) untuk bantu hilang kan rasa pening, Ostematrix (kalsium) bantu elakkan sakit belakang, B-Complex pula bantu berikan tenaga segera selepas bersalin dan tak lupa Sustained Released Vitamin C serta Zinc Complex untuk membantu "keringkan" luka. 


 Gambar 4: Pam Madela Freestyle setia membantu perjuangan penyusuan.

Pam Medela Freestyle ini Yani dah standby dari awal, Alhamdulillah Allah mudahkan lagi urusan untuk penyusuan Yani dengan semangat, bantuan suami dan vitamin secukupnya telah melengkapkan Yani untuk terus memulakan sesi power pumping.

 Gambar 5: Emas yang paling berharga!

Kolostrum  pertama yang terhasil, ia juga dipanggil "golden milk" kerana keistimewaannya yang mengandungi antibodi paling tinggi untuk bayi. Normal untuk pengeluaran pertama kolostrum sebanyak ini dan ia mencukupi untuk perut bayi anda.

Gambar 6: Anggaran Saiz Perut Bayi Baru Lahir.


Gambar 7: Haziq lahir seberat 3kg, membesar dengan jayanya dari alam rahim.


Gambar 8: Rakan-rakan yang datang memeriahkan Majlis Aqiqah Haziq.



Genap seminggu kelahiran Haziq kami segera menyempurnakan ibadah aqiqah untuk beliau. Memang impian Yani untuk anak kedua memandangkan waktu anak pertama masih sedikit jahil untuk ibadah ini. Sebenarnya kita mampu untuk ibadah ini bila dirancang lebih awal, akan tetapi bila tiada sebarang perancangan untuknya ia seakan menjadi beban buat kita. Contohnya seperti kita mampu menyediakan kelengkapan sebelum kelahiran buat anak. Kita juga perlu merancang untuk ibadah akikah sebaiknya 7 hari kelahiran kerana ia adalah sunnah nabi.

 Gambar 9: Haziq dihari ke tujuh.


Haziq bercukur selesai majlis Aqiqah, majlis kami cukup simple kerana kami hanya melakukan perkara wajib antaranya niat aqiqah dengan menyembelih 2 ekor kambing (anak lelaki) untuk disajikan beserta makanan tambahan lain kepada jiran tetangga dan sanak-saudara.  Seterusnya disusuli dengan cukur kepala Haziq yang dilakukan sendiri oleh Ayahnya. Tiada majlis berzanji dan berendoi memandangkan semua itu yang membuatkan nilai majlis lebih tinggi. Namun masih terpulang pada kemampuan masing-masing.


 Gambar 10: Berat rambut Haziq selesai bercukur.


Rambut yang dicukur kami simpan dan timbang dikedai emas untuk ambil kira berat dan ditukarkan dengan nilai duit bagi tujuan sedeqah , ini juga amalan sunnah yang boleh diamalkan.

Waktu majlis akikah ramai kawan dan saudara yang hadir menegur Haziq kecil sangat..
...lahir 3kg tapi kenapa kecik?

Soalan itu banyak ditanya, waktu itu Yani rasa ianya perkara biasa kerana bayi yang lahir akan sedikit mengecut. Pada awal hari ke-10 nurse yang datang melawat ke rumah menimbang dan mengeSAHkan berat Haziq turun 200 gram. Nurse komen:
 biasa la tu bayi akan sedikit mengecil bila lahir...
hati Yani terasa lega...

 Gambar 11: Nurse sedang timbang Haziq di rumah.


Sampailah pada hari ke-13 kelahiran Haziq, dia langsung tidak minum susu seharian, menangis lapar tapi bila diberikan susu dia lemah dan tertidur. Sebelum itu memang Yani perasan Haziq sangat kurang menyusu tapi tidak lah sampai langsung tidak menyusu, terus Yani bertanyakan kawan-kawan menyusu, jawapan biasa Yani terima:
...bayi awal-awal memang la banyak tidur..tambah lagi dia jaundice...

"Naluri keibuan" Yani rasa seakan rasa sesuatu yang berbeza, memandangkan Abang Hadif dulu prolong jaundice tapi tak sampai tahap langsung tak menyusu seharian.

Hari ke-14 kami bawa Haziq ke klinik untuk rutin ambil darah bagi pemeriksaan jaundice, sebelum pergi Haziq muntah lendir yang sangat banyak! Lalu yang terlintas hanyalah:
 Owh! Patut lah dia tak boleh menyusu, banyak lendir agaknya, lepas ni pasti lega.

Seterusnya, ketika Yani hanya berehat dirumah, manakala ibu dan bapa mertua seperti rutin biasa bawakan Haziq ke klinik untuk Check-up dengan diberikan sedikit bekalan susu badan. Sampai di sana Ma telefon katanya Haziq dibawa ke RAWATAN KECEMASAN!

Pernafasan dia mula lemah! Katanya berat Haziq turun mendadak sehingga 600gram!

Wah! badan terus rasa longlai, muka seperti ditampar kepanasan, lalu air mata deras mengalir. Yani buntu dirumah seorang diri dan tak tahu apa yang berlaku sehingglah suami balik dan bawak Yani ke Hospital dan Haziq ditempatkan di NICU(6B).



Saat Kritikal

Setibanya ke NICU hati bagai direntap bila tengok keadaan Haziq seteruk ini. Seakan tidak percaya sekujur badan yang lesu itu adalah anak Yani sendiri, wayar penuh berselirat. Selama ni anak masuk wad untuk jaundice pon Yani dah tak sanggup (alhamdulillah Hadif & Haziq) tak pernah admit kerana Jaundice.

 Gambar 12: Badan Haziq terlalu kecil dan lemah..gugur air mata tak dapat ditahan.


Gambar 13: Betul la kata orang "buruk benor muka bila orang tua ni menangis" abes kembang semua hidung mata bibir tapi tetap sempat selfie untuk kenangan, hihi!


Ujian demi ujian dilakukan atas Haziq dan dia perlu berpuasa (lagi??) dah la seharian tak dapat minum susu.

Haziq tak demam, tapi bila melibatkan bayi ada 1001 risiko yang bakal berlaku. Kata doktor:
Haziq masuk ke wad dalam keadaan yang sangat tenat..dia dehidrat...

 dan doktor masukkan air garam untuk pulihkan keadaan badan dia waktu itu. Diagnose awal adalah meningitis. Lalu, Doktor ingin menjalan Pemeriksaan melalui Lumbar Punture(LP) atau bahasa kita ambil air tulang belakang untuk mengesan kehadiran kuman meningitis. Kami perlu memberikan keputusan secepat mungkin kerana pemeriksaan ini hanya efektif dalam masa 48 jam!

Kami perlu buat keputusan dengan kadar segera!

Badan terasa lemah sekali lagi, biasalah banyak sangat pendapat negatif selama ini mengenai LP ni. Lumpuh la dan macam-macam cerita pernah Yani dengar dari mulut ke mulut.  Awal-awal lagi doktor pesan:
Kalau boleh jangan tanya orang-orang tua, biasanya dorang ada pendapat yang pelik...

Doktor seakan dapat membaca raut wajah kami...

Apa risiko jika tidak lakukan LP? Doktor akan berikan antibiotik selama 2 minggu untuk matikan kuman tersebut. Manakala, Jika ujian LP dibuat dan disahkan tiada kuman meningitis, maka antibiotik hanya diberikan selama 3-5 hari. Tapi, kalau sah ada kuman tersebut antibiotik akan diberikan dalam masa 2 minggu atau lebih. Waktu itu kami berserah kepada Allah dan sebenarnya angka 2 minggu itu sangat mempengaruhi emosi kami.

Maka! Kami decide untuk lakukan Ujian LP juga tanpa makluman kepada kedua orang tua kami. dan kami yakin dan serahkan segala urusan pada Allah.

Gambar 14: Kaki Haziq kesejukan.


Waktu ini emosi sangat rapuh, sampaikan tengok gambar bayi rakan-rakan pun tak mampu menahan sedih, pernah Yani tersasul kepada suami:
 Saya redha kalau Allah ambik nyawa Haziq. Saya tak sanggup tengok dia menderita lagi...

 Suami tenangkan Yani dan terus menengking! Yani:

Awak tak nampak ke Haziq sedang berusaha yang terbaik untuk kita?
Untuk siapa dia terus kuat setiap hari?
Untuk siapa dia terus menangis menunjukkan suaranya yang kuat melawan sakit?"
Untuk Kita... Untuk kita Mak dan Ayahnya....

Ajal maut kuasa Allah kita tak perlu minta, kita hanya perlu berusaha sebaiknya!

Awak tak nampak ke Haziq berjuang untuk survive tu? Dia sangat perlukan semangat awak sebagai ibunya untuk terus kuat!

Awak perlu KUAT untuk memberi KEKUATAN pada HAZIQ!

Allah.....

Air mata bak hujan waktu itu, baru sedikit ujian Allah berikan Yani dah nak mengalah. Terasa berdosanya kata-kata itu. Terasa sangat tidak bersyukur, tapi pada saat itu mainan emosi yang dasyat hanya itu yang mampu keluar dari mulut.

Alhamdulillah!
Result ujian LP mengatakan tiada kuman meningitis pada otak Haziq, sedikit senyuman yang terbit dari bibir.

Alhamdulillah!
Alhamdulillah!
Alhamdulillah!

Selesai ujian LP, Haziq direhatkan seketika susulan dari kesan ubat bius. Lega terasa Haziq boleh rehat memandangkan sebelum ni asyik menangis nak susu sedangkan dia perlu berpuasa.

Mendengar dia menangis kelaparan sebelum itu cukup meruntun jiwa kami suami isteri, kami hanya mampu mengalirkan air mata dan berzikir  tak lepas dari bibir dan dibisikkan ke telinga Haziq ketika dia menangis kelaparan berpuasa.


Gambar 15: Antara doa Yani amalkan selain Bismillah 5.



Gambar 16: Betapa "halusnya" badan haziq waktu ini.



 Gambar 17: Detik yang paling dinantikan Yani! Alhamdulillah!


LP di buat pada waktu pagi, petangnya kami datang dan Haziq dah sedar.

Yes!

Terus nurse yang bertugas offer untuk Yani menyusu. Allahuakbar! Sungguh Yani katakan inilah saat paling berharga sepanjang penyusuan pada anak, lebih manis dari menyusukan dalam bilik OT

Dalam hati tak putus mengucapkan syukur kerana masih diberi peluang untuk merasakan nikmat menyusukan Haziq, waktu ni Yani terasa nak jerit (dalam hati) moga sampai ke hati ibu-ibu lain:
Tolonglah hargai detik penyusuan anda, jangan sedikit pon mengeluh,
kerana bila Allah tarik nikmat itu rasa kehilangan yang tiada galang ganti...

Sangat kekok nak menyusukan waktu ini dengan wayar yang penuh berselirat, Alhamdulillah, Haziq menyusu sejam lamanya. Rindu sangat agaknya...
 ...minum lah sepuasnya wahai anak syurgaku...

Gambar 18: Senyum gembira dapat menyusukan Haziq.



Hari Kedua Menyusu

Senyuman sentiasa diberikan (walau mata bengkak), buat Haziq moga semangat itu terus meresap dalam dirinya.
*lengan baju terpaksa disingsing kerana prosedur di NICU perlu basuh tangan sampai ke siku.


Gambar 19: Tiub oksigen dah dicabut waktu ni.



 Gambar 20: Sempat Mak Tang mengopi pukul 12 malam bagi melepaskan rasa lega selepas menyusukan haziq di NICU.



Pada hari ketiga

Macam biasa rutin Yani menyusukan Haziq. Tapi sekali lagi nurse kata:
dia kena puasa disebabkan saiz perut sedikit besar, perlu lakukan x-ray...

Sekali lagi hati bagai direntap bila mana melihat Haziq menangis kelaparan. Haziq perlu berpuasa 24 jam waktu tu. Alhamdulillah! hasil keputusan x-ray tiada sebarang masalah dengan keadaan perut Haziq. 

Dari bilik 'kuman' 4 iaitu bilik kritikal, Haziq ditukarkan ke ward belakang. Disana kesihatan Haziq masih dipantau rapi, pampers pun ditimbang sebelum dan selepas pakai serta ambil darah setiap hari pagi dan petang bagi tujuan pemeriksaan.



 Gambar 21: Tangan Haziq lebam kesan diambik darah setiap hari, tapi senyuman itu melegakan hati kami.



 Gambar 22: Penyusuan susu ibu diteruskan walau apa keadaan Haziq. Nampak tak susu dibibir Haziq?



 Gambar 23: Alhamdulillah, perkembangan Haziq yang makin baik.


Setiap hari rutin Yani setiap pukul 9pagi sampai lah waktu berbuka. Setia menanti diruangan menyusu. Menghargai detik dan peluang menyusukan Haziq  3 jam sekali. Di ruangan menyusu inilah Yani jumpa ramai ibu-ibu, sempat berkongsi tips penyusuan dan juga pam susu. Rasa bahagia bila dapat membantu dan berada dikalangan mereka buat Yani bersyukur dengan apa yang menimpa. Ada macam-macam dugaan lagi di sana, sekurang-kurangnya Yani bersyukur kerana hanya menetap 5 minit je dari hospital. Mampu tunggu Haziq lama-lama. Manakala, ada dikalangan ibu yang datang dari jauh dengan menaiki bas, ada yang tak boleh direct feeding kerana masalah anak, ada yang anak meninggal selepas lahir atau ketika rawatan dan ini paling meruntun hati. Pendek kata 1001 masalah ada di sana.

Ibu-ibu disana mudah mesra dengan berkongsi cerita dan rasa buat masing-masing faham bukan kita sorang sahaja yang diberi dugaan.


 Gambar 24: Bekalan susu Haziq.


Bekalan susu Haziq masih meriah! Bantuan vitamin-vitamin yang Yani amalkan melengkapkan nutrisi harian Yani serta Haziq. B-complex sangat penting untuk mengawal stress Yani waktu ini. Yani sentiasa positif dalam apa jua situasi agar penghasilan susu tidak terjejas. Walaupun tidak berpuasa Yani tak sempat untuk makan di NICU, biasanya Yani bawak bekal biskut dan air performance drink iaitu isotonik untuk bantu kekalkan bendalir dalam badan lebih lama.



 Gambar 25: Air isotonik Performance Drink yang dah siap dibancuh dari rumah.




 Gambar 26: Bekalan biskut yang dibawa setiap hari.




Gambar 27: Susu untuk dibekalkan pada Haziq di sebelah malam.



Puasa yang Luarbiasa 


Biasanya kami akan balik sekitar pukul 7 malam, tapi bergantung pada keadaan Haziq. Selagi dia tak tidur kami tak sanggup nak tinggalkan. Ada pernah sampai pukul 9 malam kami masih lagi di NICU.


Gambar 28: Haziq lena di atas dada ibu.



 Gambar 29: Ketika kami berbuka puasa hanya di dalam kereta.


Berbuka di dalam kereta dan berkongsi nasi arab dalam suasana hujan lebat kenangan manis buat kami suami isteri. Rasa bahagia dan menghargai saat ini. Allah tak pernah kejam pada hambanya. Ditarik satu nikmat untuk diberi lebih rasa nikmat yang lebih besar. Alhamdulillah sentiasa belajar erti menghargai.



Gambar 30: Ini antara bekalan untuk Yani sebenarnya tapi sebab malu nak makan, jadi juadah untuk kami berbuka pulak. Siap berkelah dalam NICU. Ssoknya dah kena halau time berbuka untuk tujuan keselamatan katanya, kami akur dan faham kehendak pihak keselamatan.



Alhamdulillah, semakin baik dan berpindah ke Wad seterusnya...


Gambar 31: Sewaktu Haziq ditolak ke ward baru.


Genap 2 minggu Haziq ditukarkan ke ward 5A di mana Yani boleh tinggal bersama (room in).


 Gambar 32: Yani dan stokin.

Nampak kaki itu masih berstokin? Yani hilang dah rasa berpantang. Alhamdulillah Allah permudahkan walau baru 2 minggu selepas c-zer pergerakan Yani tidak terganggu.



 Gambar 33: Yani perlu belajar membancuh Ubat bagi memudahkan urusan penjagaan di rumah nanti.


Bermulalah episod membancuh ubat Haziq sendiri. Yani perlu belajar membancuh ubat mengikut dos yang diberikan Doktor, kiranya disini seperti praktikal untuk Yani sebelum balik. Keadaan Haziq masih dipantau setiap hari dan Alhamdulillah berat dah kembali naik.



 Gambar 34: Suasana wad 5A. Makan kami dijaga oleh pihak Hospital sepenuhnya dengan 3 kali sehari disediakan makanan. Alhamdulillah.

Di wad 5A ini juga Yani dapat sorang anak susuan tau. Memandangkan bekalan susu si ibu tidak mencukupi dan si ibu sendiri datang meminta susu Yani. Apa salahnya Yani menolong bagi membantu tumbesaran anaknya lebih cepat (baby premature). Alhamdulillah, Yani diberi nikmat tiada masalah susu untuk Haziq, memang terlebih-lebih  dan dah ada yang dibuang berbotol-botol sebab dah lama dalam peti. Percaturan Allah itu cukup cantik bila kita sentiasa bersyukur.


Gambar 35: Haziq dan 2 kipas peneman dikala nak tidur.

Sebelum ini ICU sejuk, penghawa dingin sampai 2 biji untuk 3 orang bayi. Di sini penghawa dingin ada tapi tak berapa berfungsi dan disebabkan tu la kipas kiri dan kanan buat Haziq. Badan haziq mula diseram ruam bila banyak berpeluh, terutamnya lepas menyusu. Maklumlah dah biasa sejuk kan.




Selepas seminggu dapat berjumpa Hadif



 Gambar 36: Yani dan Hadif.


Seminggu berada di ward 5A rindu pada Hadif Allah je tau. Di 5A hanya Yani yang dapat menjaga Haziq dan pelawat tidak dibenarkan masuk kecuali suami. Waktu ini Yani sempat lari ke bawah sekejap jumpa Hadif, berpelukan kami melepaskan kerinduan.



 Gambar 37: Haziq di atas menunggu dengan penuh comel.




Alhamdulillah, dah boleh balik!

 Gambar 38: Haziq dah sedia untuk balik ke rumah! Alhamdulillah!


Genap seminggu iaitu 3 hari sebelum raya Haziq dibenarkan pulang. Alhamdulillah! Walau Yani dah redha dari awal beraya di hospital tapi Allah beri nikmat lagi untuk beraya bersama keluarga di ruma.


Gambar 39 & 40: Raya pertama kami berempat, Alhamdulillah.







Gambar 41, 42 & 43: Alhamdulillah Haziq dah Semakin Sihat dan terima kasih tak terhingga buat keluarga dan rakan-rakan yang mendoakan kesihatan Haziq. Teruskan berdoa untuk kesihatan Haziq  baik sepanjang zaman!



Gambar 44: Selamat ulangtahun kelahiran yang Pertama Haziq! (19/06/2014).



Yani doakan buat mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak supaya anak-anak pembaca semua dilindungi Allah dan diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman.

9 bisikan:

  1. Baca dr awal..tetiba sebak masa part haziq dlm ot tu

    ReplyDelete
  2. Semoga haziq membesar dgn sihat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih doakan haziq, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

      Delete
  3. Dah biasa dengar nama wan muliani, tapi rupa2nya ada cerita hebat di sebalik itu.

    Allah menguji hambaNya ikut kemampuan hambaNya itu sendiri.

    Sangat tabah!

    Tapi bila ditoleh kebelakang, mesti senyum sorang-sorang. I have made it through.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, moga terus kuat untuk membantu menyebarkan kebaikan penyusuan ibu.

      Delete
  4. Sob..sob sedih baca
    Best sharing master yani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih, sharing dari hati akan jatuh ke hati....

      Delete
  5. Tak sangka budak yang setembam sekarang ada kisah disebaliknya..sungguh tabah hati ibu mu..semoga haziq membesar dgn dan dilindungi allah..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."