Wednesday, July 29, 2015
6

Susu Ibu bagaikan Setitik Emas

Pendapat Yani susu formula tak 'haram' malah ia memudahkan ibu-ibu yang ada masalah penyusuan. Tapi kita perlu usaha untuk mendapatkan susu ibu atau ibu susuan bagi anak-anak bawah 2 tahun kerana lebih baik sebagaimana seruan Allah swt untuk menyusukan setiap anak sehingga umur 2 tahun penuh, Ayat 233, Surah Al-Baqarah:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَا تُضَارَّ وَالِدَةٌ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوْلُودٌ لَهُ بِوَلَدِهِ ۚ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَٰلِكَ ۗ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالًا عَنْ تَرَاضٍ مِنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا ۗ وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَنْ تَسْتَرْضِعُوا أَوْلَادَكُمْ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُمْ مَا آتَيْتُمْ بِالْمَعْرُوفِ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Ini membuktikan Susu Ibu memberi pengaruh besar dalam perkembangan anak dari segi perkembangan mental & fizikal. Penyusuan juga memberi fitrah hubungan terus kasih sayang yang mendalam dari ibu kepada anak. 

Gambar 1: Susu ibu bukan sekadar sebagai makanan tetapi juga ubat untuk anak.

Ini tidak bertepatan bagi ibu yang memilih untuk tidak menyusukan anak mereka dek kerana ingin menjaga kecantikan walhal tidak menyusu itu sendiri seperti melawan fitrah yang diberi Allah ke ibu untuk menyusukan anak. Akan tetapi bagi ibu yang telah berusaha dan masih tidak dapat menyusukan mungkin kerana masalah kesihatan atau sebagainya adalah tidak mengapa akan tetpi yang terbaik adalh mendapatkan ibu susuan.

Pandangan Lain Mengenai Susu Formula



















Wean Off & Makanan Tambahan Pilihan Yani...

Hadif "wean off" umur 2 tahun lebih. Selepas itu dia hanya minum susu sekali sehari
Sekarang langsung tidak minum susu formula (sejak umur 3 tahun). Hanya diberikan mealshake sekali sehari. Ada yang terkejut tengok selera makan Hadif. Hadif makan seperti orang normal je sebenarnya.



Mealshakes dan Mempelam antara kegemaran Hadif.




Bila anak terlalu bergantung dengan susu selera untuk makan 'real food' sedikit sukar.Kurangkan susu dan ikhtiar untuk lengkapkan nutrisi anak sebaiknya. Nutrisi lengkap automatik selera makan hadir, insyallah. Untuk dapatkan resepi Mealshake boleh ke post sebelum ni iaitu Mealshakes Tembikai dan Mealshakes Mango.


Saya yakin ibu bapa di luar sana sentiasa ingin berikan yang TERBAIK buat anak.

*mealshake bukan pengganti susu tapi hanya pelengkap nutrisi anak dan pencetus selera makan


********************************************************************

Berminat Dengan Mealshake?

Whatsapp/SMS "Mealshakes"
ke

019-934 7686

atau 

019-9897 206

********************************************************************

KOMEN & SHARE jika membantu!

6 bisikan:

  1. mmg xnafikan susu ibu susu terbaik di dunia..cuma ada ssetengah wanita tak mampu nak myusukan anaknya sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, sebab tu alternatif ibu susuan pon ada disarankan agama kita kan...

      Delete
  2. info yang bagus sangat ni. pestime dengar

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."