Monday, August 17, 2015
8

Raya Tahun 2015 Di Prinz Park Kuala Terengganu!

Sambutan Hari Raya sebelum ini diadakan di Hotel Tabung Haji, akan tetapi kerana dek pengurusan Hotel yang sangat mengecewakan maka pada tahun ini dibuat di Prinz Park pula.

Gambar 1: Poster Raya.



#1: Si Gadis Manis Sarah Pembuka Majlis!

Kali ini Sarah selaku Nutritionist Shaklee sebagai Pengerusi Majlis dan bersama beberapa kakitangan Shaklee dari Branch Kota Bharu turut hadir untuk memeriahkan majlis.


 Gambar 2: Si Cantik Manis.


Gambar 3: Hadif pon seronok duk berlari-lari.



 #2: Macam Biasa ada Produk Percuma Bersama Games & Lucky Draw!

Part yang paling SERONOK semestinya Games dan Lucky Draw. Ramai antara anak-anak Shaklee Yani join Games sebab dah Produk Percuma! Dan pada masa yang sama dapat mengeratkan silatulrahim antara kami kan. Antara Games yang dibuat adalah:

#A: Cara Pakai Sampin Untuk Perempuan
dan
#B: Cara Pakai Tudung Untuk Lelaki

Memang dengar pon pelik tapi seronok sebab terasa lebih erat sesama kami dan yang penting produk-produk yang HOT anda akan dapat secara PERCUMA. Antaranya Vitamin C, Collagen dan sebagainya.

 Gambar 4: Antara pemenang Games pakai Sampin.


 Gambar 5: Games lilit melilit tudung gitu, sporting Tuan Haji ni.


Gambar 6: Pemenang bagi Games lilit tudung.



#3: Alhamdulillah, Yani & Suami dijemput sebagai...

Sebagai Tetamu Kehormat menyampaikan Hadiah buat yang BERTUAH untuk sesi Cabutan Bertuah. Tapi Yani sendiri tak berapa bertuah. Hehe!

Semua produk yang mahal-mahal diorang bagi, antaranya Collagen yang menjadi kegilaan wanita yang inginkan kulit gebu dan putih halus mulus.


 Gambar 7: Meriah gitu..


 Gambar 8: Sesi Lucky Draw.


Gambar 9: Abe Nuar dari Branch KB yang berbudi.


#4: Alhamdulillah: Majlis diakhiri dengan Jamuan Makan!

Alhamdulillah, makanan yang disediakan di Prinz Park semua sedap-sedap, antaranya Daging Kambing Kurma, Ikan Masam Manis dan Kuih Muih yang perlbagai. Semua ini PERCUMA! Disediakan oleh pihak Shaklee.

*gambar makanan tak sempat ambil dek kerana terlalu asyik menikmati juadah sehinggakan terlupa. Next Year pulak ye...



Terima Kasih Daun Keladi,
Tahun Depan Harap Buat Lagi...



 Gambar 10: Penuh Dewan tau!


 Gambar 11: Yani dan Master Jan.


 Gambar 12: Antara Leader-leader Yani.

 
 Gambar 13: Bersama kakitangan warga Shaklee Branch Kota Bharu.



Gambar 14: Cikgu Ros, antara Customer yangHadir Memeriahkan Majlis.





Selamat Hari Raya Buat Pelanggan Kami yang Tercinta!

***

Selamat Hari Raya Buat Leader-Leader Hebat Kami di bawah Empire YMS!

***

Selamat Hari Raya dari warga www.wanmuliani.com untuk Blogger & Follower Kami!


8 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."