Monday, June 27, 2016
2

~Nak  Kongsi: Apa itu GBS dan Cara Rawatan~

Susulan dari Perkongsian Yani semalam mengenai Asbab perginya Hariz,
korang yang belum baca boleh ke Asbab Perginya Pemilihara Harapanku.
Semoga Bermanfaat & Tambahan Ilmu Bersama.



 Next, Yani nak kongsikan perkongsian dari rakan Yani pon seorang Doktor.
Mengenai GBS dengan bahasa yang lebih mudah dan direct.
Bagi Yani, penerangan rakan Yani ni lebih jelas dan dapat membantu rakan-rakan ibu-ibu muda terutamanya.

***

Iye, GBS ini hanya asbab perginya anak syurga Yani. Tapi dikesempatan ini juga Yani ingin memberi "awareness" buat rakan-rakan dan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan. Pada masa yang sama dapat menambah ilmu Yani yang saling berkaitan mengenai kesihatan.

Semoga Membantu.


***



Takziah sahabatku Wan Muliani dan Dean Kayree atas pemergiaan cahayamata ke3 Ahmad Hariz Rajaie saat umurnya baru mencecah 2hari disebabkan komplikasi dari GBS sepsis...

 Kalian berdua beruntung dikurniakan anak syurga yg kini setia menanti utk menyambut di pintu syurga...

Sebagai pegawai perubatan yg bkerja dalam bidang Obstetrik & Ginekologi, saya terpanggil untuk menjelaskan serba sedikit tentang jangkitan GBS (Group B streptococcal) ketika hamil dan kesannya terhadap bayi dalam kandungan.


#1
GBS adalah bakteria yg biasa menghuni (commensal) salur faraj wanita. 
2 drp 10 wanita adalah pembawa namun ia tidak memberi kesan kepada wanita tsebut.


#2
Keputihan dan kencing kotor merupakan masalah biasa ketika hamil disebabkn perubahan hormon namun boleh juga disebabkan oleh jangkitan GBS. 
Oleh itu, sekiranya mengalami simptom2 tersebut, doktor akan mengambil sampel high vaginal swab (sampel lendir dr pangkal rahim mengunakan alat mulut itik ie speculum) dan urine for culture & sensitivity (sampel air kencing utk dikaji kuman yg tkandung di dalammya). 
BUKAN UJIAN DARAH


#3 
Pecah ketuban awal atau premature contraction juga boleh disebabkan jangkitan GBS
High vaginal swab juga diambil utk kes-kes begini.


#4
Sekiranya GBS dikesan semasa hamil, 
rawatan antibiotik HANYA akan diberikan sekiranya pecah ketuban awal atau sebelum ketuban dipecahkan (artificial rupture of membrane) atau ketika proses bersalin. 
Doktor akan paksa bersalin (inductiom of labour) sekiranya pecah ketuban awal tanpa ada tanda-tanda bersalin yang natural untuk mengelakkan kuman naik ke rahim dan menjangkiti bayi.



#5
Pemberian antibiotik ketika proses bersalin dpt mengelakkan jangkitan terhadap bayi ketika melalui salur faraj namun begitu selepas lahir bayi akan dipantau utk memastikan tidak dijangkiti GBS. Sekiranya ada tanda-tanda jangkitan, antibiotik akan diberikan. 
6 daripada 100 bayi yang dijangkiti GBS boleh membawa maut. 



#6
Sekali dijangkiti GBS semasa hamil, 
kandungan yg seterusnya akan dipantau lebih rapi dan antibiotik akan diberikan semasa proses bersalin. 
Mohon para ibu ingat dgn jelas sejarah kehamilan yang lalu demi kepentingan kehamilan semasa dan akan datang.
Mohon bertanya pada pakar sakit puan sekiranya ada sebarang kemusykilan.


***

Sebarang Pertanyaan lanjut,
boleh terus kepada Yani.
019 934 7686
atau
019 9897 206

2 bisikan:

  1. Terima kasih perkongsian master yani atas asbab ank syurga. Penyakit GBS ni pestime hanie dengarnya. Sungguhpun hanie dah bersalin 3 kali...pengalaman hanie mengandung ank sulong & no 2 keputihan dan kencing kotor yang teruk..tapi mengandungkan no 3 hanie bebas dari semua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga tambahan ilmu buat Hanie dan semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik.

      Delete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."