Thursday, April 13, 2023
2

Dalam dunia hari ini, internet telah memberikan banyak peluang kepada pelajar dan suri rumah untuk memulakan Bisnes Online mereka sendiri. Bisnes Online telah mendapat banyak populariti selama bertahun-tahun kerana mereka menawarkan fleksibiliti dan kemudahan untuk bekerja dari mana-mana sahaja di dunia. Kalau di Malaysia ni korang duduk ceruk kampung ke tengah bandar, asalkan ada internet je semua boleh buat Bisnes Online ni. Dalam post kali ini Yani akan cerita 3 idea jenis Bisnes Online yang paling laris dan boleh dimulakan oleh pelajar dan suri rumah dengan modal atau pelaburan yang paling minimum. Baca juga mengenai Bisnes Online di blog rakan Yani, Shamsia Rosly mengenai perjalanan dia mengenal bisnes Shaklee.

 

Gambar ketika Yani sedang buat kelas dirumah

1. Dropshipping

Dropshipping ialah model Bisnes Online popular yang membolehkan korang menjual produk tanpa menyimpan stok. Dalam perniagaan ni, kita biasa perlu bekerjasama bersama pembekal yang akan menguruskan penghantaran produk kepada pelanggan kita. Model ini bermanfaat untuk pelajar dan suri rumah kerana ia memerlukan pelaburan atau duit midal yang minimum, tiada penyimpanan dan tiada pelaburan pendahuluan dalam stok. Pelanggan order kita terus je bagi ke pembekal utama.

 

Kelas Yani sekitar tahun 2014 bersama suri rumah, pelajar dan yang buat part time Shaklee


2. Bimbingan Dalam Talian

Kekadang tu kan sesetengah orang dilahirkan dengan keistimewaan masing-masing terutamanya yang minat mengajar dan mempunyai kepakaran dalam masakan ke, subjek tertentu ke kan?

Tunjuk ajar dalam talian boleh menjadi idea perniagaan Bisnes Online yang hebat untuk pelajar dan suri rumah. Korang boleh cuba menawarkan perkhidmatan tunjuk ajar dalam talian melalui perlbagai platform dan berhubung dengan semua orang dari seluruh negeri. Tutor dalam talian ialah model perniagaan yang menguntungkan kerana ia membolehkan korang memperoleh pendapatan berdasarkan kepakaran dan komitmen masa yang diberi.

 

Kelas bermula dari rumah

3. Affiliate Marketing

Affiliate Marketing ialah cara popular untuk mendapatkan wang dalam talian denga mempromosikan produk atau perkhidmatan daripada syarikat lain. Biasanya korang akan memperoleh komisen untuk setiap jualan melalui link affiliate. Ianya menjadi pilihan menarik buat mereka yang ingin memulakan Bisnes Online kerana tidak perlu melalui proses pengurusan stok dan produk.

 

Kelas buat di bilik seminar bersama rakan-rakan bisnes

Kesimpulan

Berdasarkan pengalaman Yani selama 11 tahun bersama Shaklee, 3 jenis Bisnes Online yang disenaraikan di atas sudah sedia ada dalam Bisnes Shaklee. Contohnya seperti Teknik Dropshipping dan Affiliate Marketing, seperti Shaklee setiap pembelian dari pelanggan kita akan dapat bonus sehingga 25%. Manakala urusan penghantaran dan penyediaan stok adalah dari pihak Shaklee sendiri.

Apabila kita telah membina ramai rakan bisnes maka kita akan mula menjadi inspirasi buat yang baru ingin mulakan Bisnes Online bersama Shaklee dan Yani akan sediakan Bimbingan Dalam Talian. Bimbingan ini percuma sahaja buat ahli dibawah Yani.

Yani sangat yakin bahawa Shaklee adalah salah satu Bisnes Online terbaik di Malaysia kerana 3 sebab utama iaitu:

  1. Reputasi yang kukuh
  2. Produk Berkualiti
  3. Pelan Pampasan yang sangat baik

Shaklee Corporation ialah syarikat pemakanan semula jadi global dari Amerika Syarikat yang terkemuka dengan komitmen untuk mencipta kehidupan yang lebih sihat. Syarikat telah beroperasi di Malaysia selama lebih 30 tahun dan lebih 100 tahun di Amerika Syarikat. Shaklee telah membina reputasi yang kukuh sebagai pembekal yang dipercayai bagi suplemen pemakanan berkualiti tinggi, produk pengurusan berat badan, barangan penjagaan diri dan produk pembersihan rumah.

Salah satu sebab utama mengapa Shaklee adalah Bisnes Online terbaik di Malaysia adalah kerana kualiti produk mereka. Antara syarikat yang mempunyai proses jaminan kualiti yang ketat. Semua bahan yang digunakan dalam produk Shaklee akan menjalani ujian ketat untuk ketulenan, potensi dan keselamatan.

Selain itu, Shaklee merupakan ahli Persatuan Jualan Langsung (DSA), yang bermaksud bahawa mereka mematuhi piawaian etika dan undang-undang yang ketat dalam operasi perniagaan mereka. Ini memberi jaminan kepada pengedar dan pelanggan bahawa mereka berurusan dengan syarikat yang bereputasi dan boleh dipercayai.

Ada yang berminat untuk sertai Bisnes Online bersama Yani boleh terus whatsapp ke 019-934 7686

2 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."