Kenapa Sakura dan bukan Sukaria?
Sakura sebagaimana yang kita tahu adalah sejenis bunga daripada pokok jenis ceri yang pelbagai jenis dan warna. Orang Jepun panggil bunga pokok ni sebagai Sakura. Kaitan dengan Bunga Sakura ini adalah kerana antara amalan orang Jepun yang meraikan Pesta Melihat Bunga yang dipanggil Hanami. Antara aktiviti yang selalu dilakukan adalah bersukaria berkelah di bawah Pokok Sakura ni bersama keluarga dan sanak saudara.
Gambar 1: Antara Sakura yang terdapat di Jepun.
Pokok Sakura ni katanya berasal dari Bangladesh atau Banjaran Himalaya. Negara-negara lain yang ada Pokok Sakura ni antaranya China, Jepun dan Korea Selatan. Tapi kenapa POPULAR di Jepun? Sebabnya hanya di Jepun giat kacukkan pokok-pokok ni secara tiruan melalui "Horticultural".
Bila Kembang?
Biasanya Sakura di Jepun akan berkembang pada Awal bulan April iaitu pada awal musim panas. Manakala, dari segi warna pula sakura ni ada warna Putih, Merah atau Pink. Cantiknya Sakura ni kerana hanya bunga sahaja yang berkembang pada satu-satu pokok dan hanya akan tinggal ranting sahaja pada musim luruh.
Sakura Malaysia Pulak
Haaaaaaa, korang nak ambik Mood Bunga Sakura boleh la cari sekitar Malaysia sekarang. Macam yang Yani tahu di Kuala Terengganu ni di Jalan Haji Abdul Rahman Limbong. Tapi bukan la SAMA macam bunga Sakura di Jepun tu. Di Malaysia ni nama pokok tu adalah Pokok Kertas Tisu atau nama yang selalu Arkitek Landskap guna adalah Tecoma Trees (Tabebuia rosea).
Gambar 2: Seee.... same je mood dia macam di Jepun tapi ni versi Cuaca Panas sket.
Beza Sakura Malaysia dengan Jepun
Sangat banyak beza sebab spesis pokok pon dah berlainan, tapi warna bunga dan bunga yang lebat membuatkan ia seakan Sakura yang sedang Mekar mengembang. Manakala, Saiz bunga kat Malaysia lebih besar.
Gambar 3: Bunga yang baru mula nak berkembang dan memenuhi pokok.
Gambar 4: Bunga tak banyak lagi, baru nak mula.
Gambar 5: Kuntum Bunga berwarna Pink.
Gambar 6: Terasa berbunga je kat hati ini bila lalu kawasan ni.
Gambar 7: Bunga yang sedang memenuhi setiap genap ruang.
Gambar 8: Nampak macam bunga belah kiri duk mencuit pokok belah kanan supay cepat-cepat berbunga.
Gambar 9: Bunga-bunga yang bertaburan.
Cuma kekadang terasa macam kotor sket apabila terlalu banyak bunga yang dah lama luruh berubah warna coklat. walaubagaimanapun, apabila menyusuri laluan ni anda akan dapat rasa romantiknye suasana dengan bunga-bungannya.
Gambar 10: Sakura Malaysia Pink.
Gambar 11: Kuntuman Bunga yang sedang berkembang mekar.
Gambar 12: Dedahan Pokok Tisu.
Gambar 13: Makin lebat berbunga.
Memandangkan namanya adalah Pokok Kertas Tisu tak bermakna bunganya boleh dibuat tisu ye. Tisunya itu terletak pada kelembutan kelopak bunga tu. Lembut sangat!
Warga Terengganu yang nak melihat keindahan Sakura ala-ala Malaysia boleh la menyusuri Jalan Haji Abdul Rahman Limbong atau berdekatan dengan Hazlan Futsal. Masih blurr kat mana? Meh tengok Google Map kat sini.
Bila la nak ke sini ekk..macam sedap aje..boleh terbawa-bawa dalam mimpi ni..hehe
ReplyDeleteYang Yani tahu di Teganu jela, katanya belah KL dan Perak ada cuma lokasi tu tak tahu sangat.
Deletewah best nyer,,,teringin nak ambik gambar dekat pokok sakura gak..hehehe
ReplyDeleteJom! Berkelah bawah pokok. hehe
Deletecantik-cantik semuanya la ye
ReplyDeleteCantik sangat.... sebab tu sanggup berenti ambik gambar....hehe
Deletelepas nie kan boleh tanam sendiri kat perkarangan rumah..
Deletebeul jugak tu, tapi nak tunggi besar pokok tu berjanggut ler..... hehe.
Deletebagi lelaki berjanggut..kalau wanita..??
Deletewah best nya tempat ni..mesti dapat realease tension ni
ReplyDeleteBukan setakat release tension tapi siap mengelamun bagai... haha
DeleteBila la nak merasa dapat tengok suasana macam ni. Asyik duk kat bukit je hamba ni.
ReplyDeleteTenor kat sini jela...hihi
Deletebunga ni memang cantik.tapi tak berbunga sepanjang tahun
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/george-kucing-berdiri.html
Nama pon bermusim dik oi.....haha
DeleteTQ for dropping by. Dah follow! Terkejut juga ada 10 comments datang dalam satu masa. Rupanya dari blog ni. Nice layout!
ReplyDeleteOh! Teringin nak lihat sendiri fenomena sakura ni dekat Kedah. Tapi jauh la pula kan. Huhuhu!
Cuba la ronda Kedah nun... mana tau ada...
DeleteOrang rumah saya cukup suka tengok bunga-bunga tumbuh macam tu kat pokok..
ReplyDeleteMaklum la Kaum Hawa memang berpisah tiada dengan bunga ni... harap gambar-gambar ni mampu memberi senyuman buat orang rumah...
Deletemacam ada persamaan la...bagus cari gambar ni...
ReplyDeleteMemang tak sia-sia Dean Kayree gi ambik gambo angle lawo-lawo.
DeleteMasalahnya, nak tunggu pokok bunga kertas tu jadi besar macam tu, lambatnya lah. Kalau masa pokok masih kecik, tak lawa sangat pulak. Hmmm....
ReplyDeleteDik, nik pokok Bunga Tisu bukan Bunga Kertas, Nak tunggu besar memang berjanggut la ko...
DeleteSorry, mati-mati ingatkan ini pokok bunga kertas. Dalam UKM banyak, depan bulatan FPI. Kalau di perumahan sekitar Putrajaya pun banyak juga pokok ni..
Deletesalah satu kecantikan yang ada pada negara Malaysia..
ReplyDeleteKat Terengganu Je setakat ni Yani perasan, kat lain xjumpa lagi....
Deletekalau macam nie situasinya tak perlu kita pergi ke Jepun la
ReplyDeletePerlu pergi ke Jepun kalau mampu, boleh layan cuaca sejuk dengan budaya sana kannnn...
DeleteBunga Sakura memang cantik...
ReplyDelete:)
Deletecomel ngat, kene g ganue nih...hehe
ReplyDeleteorang ganu tahu sangat la jalan ni.... location buh doh tu...
DeleteOkeh..ada masa nak jalan-jalan ke sini gak..nak tengok dengan mata sendiri..mesti syok ni..
ReplyDeletetapi kena datang kena pada musimnya... nanti datang nengok pokok biasa jela xde bunga...
DeleteTempat saya pun banyak pokok ni. :)
ReplyDeletePost la gambo kat blog, boleh tahu kat mana lagi meriah....kan?
DeleteCantik kan. Kat Melaka ada satu pokok nama Semarak, bunganya warna kuning. Bermusim juga. Bunga sakura ni pun ada juga. Biasa jadi pokok hiasan kat tepi jalan kan.
ReplyDeleteA'a, biasanya Majlis Bandaran la yang ada tanam ni.... tepi-tepi jalan memang banyak cuma perasan bila dah berbunga penuh je kan...
DeleteKat taman mutiara sungai kob aritu ekin ada nampak.bunga mcm.ni... abg kata bunga kertas betul la.bunga kerttas ya... warna putih yg ekin nampak tu...
ReplyDeleteBunga Kertas Tisu sebab lembut sangat, kalau bunga kertas biasa tu keras sket kan kalu perasan...
Deletecantik gambar dan web..
ReplyDeleteTQ Raja, nantikan post-post yang menarik.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKat mana mana pun banyak pokok macamni. Cantik mata memandang.
ReplyDeletebetul tu...tapi ada sestengah pendapat kata elok tanam pokok buah-buahan... buleh hasil makan sama-sama......ye idok?
DeleteApa pon pendapat masing-masing....
Sangat cantik macam kat jepun dah. hehe
ReplyDeleteitu la, sekadar nak ambik mood sebelum ke Jepun kekdahnya.....hehe
Deletecantiknyer ;)
ReplyDeleteSangat Cantik bila pada musimnya, sekarang ni tinggal dedaun jela...
Deleterasanya baru beberapa tahun ni je perasan. sebelum ni macam takde sape kesah kan
ReplyDeleteKannnn..... bila dah tersampuk dengan budaya jepun tu baru ngade nak perasan dan menghargai....
DeleteTerasa jugak sikit macam di Jepun...memang mengasyikkan....
ReplyDelete