Saturday, September 27, 2014
11

 Gambar 1: Post dari sahabat Yani di Facebook mengenai Sibuk atau Produktif.


TERKESAN!!


Itulah perkataan selayaknya Yani berikan untuk post ini..SUMPAH Yani betul-betul tak dapat bezakan apa itu erti SIBUK dan PRODUKTIF. Pertanyaan Yani di atas bukan perkara main-main atau saje nak mengusik..serius Yani nak tahu..dan penulis memberikan diri Yani sendiri sebagai contoh...masih tidak berpuas hati lagi..nak tahu lebih mendalam..Alhamdulillah beliau 'melayan' karenah Yani dan inilah jawapannya:

Ada orang minta pencerahan pada sharing sebelum ni.
Jadi saya cuba untuk tunaikan kerana hadis berbunyi:
'Orang yang menunaikan hajat saudaranya kerana Allah,
Allah akan tunaikan hajatnya'


Sibuk tidak akan menjadikan anda berjaya.
Orang berjaya takkan sibuk!
Orang berjaya 'produktif' dalam hidupnya.


Alasan 'sibuk' adalah punca kegagalan utama.

Alasan biasa:

+ Sibuk dengan kerja pejabat
+ Sibuk dengan suami, anak dan keluarga
+ Sibuk scroll FB 10 jam sehari tanpa tujuan
+ Sibuk dengan rancangan TV
+ Sibuk tengok iklan bisnes orang lain
+ Sibuk tengok sales orang lain
+ Sibuk tengok perjalanan bisnes orang lain

Sebenarnya kita lebih banyak 'menyibuk' dari sibuk.

Semua sibuk ini jadi sia-sia jika kita tak sempat reflek pada diri kita.

Lapangkan masa untuk reflek diri!



Orang berjaya takkan sibuk! Mereka produktif.
Mereka susun jadual hidup mereka.
Kerja, keluarga, rehat, cuti dan lainnya.
Ada plan A, plan B dan plan C.

Orang berjaya:

+ Sewaktu kerja/bisnes, buat betul-betul.
+ Sewaktu rehat, rehat betul-betul
+ Sampai waktu solat, mereka telah sedia betul
+ Sampai masa cuti, cuti betul-betul
+ Sampai masa uruskan keluarga, urus sebetulnya

Pernah dengar,'If U fail to plan, U plan to fail'.
Orang berjaya bila buat sesuatu,
ia akan pastikan hasilnya mesti berkualiti.
Bagaimana caranya?!
Atur hidup anda, jangan hidup yang mengatur anda!

Lapangkan masa untuk berjaya.
Orang berjaya mesti melapangkan masanya!

Nah! panjang lebar jawapannya..padat dan sentap sungguh isinya...siapa yang dah mula rasa "eh macam aku je??" takpe boleh jawab dalam hati.



PRODUKTIF KAH SAYA?

Di awal penglibatan Yani dalam Shaklee..Yani mengaku hidup dan masa Yani bagai 'orang gila' sangat tidak terurus..Yani jadi gila kerana mengejar IMPIAN..Yani jadi gila kerana dah BOSAN hidup yang biasa..Yani jadi gila sebab nak sangat bantu abah Yani waktu itu..dan kerana gila la Yani mula menjalani hidup yang luar biasa.


 Gambar 2: Ikhsan dari Google mengenai Motivasi Diri.

KEHIDUPAN YANG BIASA

Apa kehidupan biasa? Yani selesa balik kerja petang..dan waktu malamnya bergolek-golek dengan Hadif sambil menonton tv..sudahnya pukul 9 atau 10 kami dah terlelap...kalau dulu Yani dah terbiasa bangun bagi pergi kerja..sampai di tempat kerja bersambang-pergi breakfast-sambung lagi bersembang (mengumpat)..buat kerja..pam susu sambil bersembang..lunch hour makan sambil bersembang..sambung buat kerja sambil bersembang lagi..owh banyaknya MASA nak disembangkan waktu itu. Balik kerja sambung balik rutin yang semalam..kehidupan itu berterusan sampai lah sebulan..setahun dan bertahun-tahun sampai tak sedar hidup Yani masih ditakuk yang sama..kalau ada pon adalah kenaikan gaji sebanyak 3 angka setahun..itu pon hujung bulan masih mengorek duit tabung..masih nak merungut  serba tak cukup..padahal masa tu tak sedar itulah selayaknya gaji yang Yani dapat dengan hasil yang diberikan..(atau bos beri jugak sebab kesian. Hihi)


KEHIDUPAN YANG LUAR BIASA

Bermula era kehidupan luar biasa Yani..perjalanan balik kerja dah pegang telefon (Yani menjalankan bisnes online 99% menggunakan telefon sahaja) sampai rumah masih lagi dengan telefon..dah lupa soal mandi..soal makan..soal nak bergolek dengan Hadif..tv langsung tak sempat nak pandang jangan kata 'on'..nak jeling kotak tv tu pon tak sempat..bila family ajak makan kat luar Yani tolak..sebab masa untuk Yani pada waktu itu sangat berharga..Yani pegang Hadif waktu nak menyusukan sahaja..kadang sampai tertidur jam 9 tapi Yani bangun balik jam 12 untuk sambung mengadap telefon. Tidur jam 4-5 menjadi rutin waktu itu..bangun pagi bersiap untuk ke tempat kerja..dalam perjalanan tak sempat nak bersembang pon dengan suami..radio pon yani tak on sebab nak fokus menghadap telefon..sampai ke tempat kerja..punch card masih lagi dengan telefon..waktu breakfast pon makan sambil mengadap telefon (dah jadi pendiam dan kurang mengumpat)..waktu  pam susu pon mengadap telefon sampai tak sedar susu dah penuh..sedar-sedar kain dah basah sebab susu dah melimpah!


FAST ACTION FAST RESULT

Waktu lunch hour Yani berkejaran menyiapkan order customer untuk dipos..makan asal sempat..tak sempat minum je 'air tenaga' waktu itu apa yang Yani fikir nak berikan servis TERBAIK buat customer..adat la kan..Yani pon pernah membeli barang online..setiap kali setel payment Yani nak barang tu sampai esoknya..begitu lah jugak Yani nak customer Yani rasa. dan begitulah seterusnya masa yang Yani lalui..bagaikan tiada esok untuk berbisnes..semua nak dibereskan saat itu jugak..Yani pegang perkataan FAST ACTION FAST RESULT!



BILIK IBARAT TONGKANG PECAH

Keadaan bilik tidur waktu itu adalah ibarat tongkang pecah!kain berlonggokan..Yani sentiasa mintak jasa baik suami untuk 'pejam' mata dengan longgokan kain tu..nanti ada masa Yani setelkan..alhamdulillah ada waktu suami tolong setelkan lipat semua kain itu..sehari selepas closing baru Yani setelkan kemas bilik tapi kadang-kadang tak sempat pon..kerana dari hari pertama Yani dah start pecut dalam bisnes...masa yang ada ibarat EMAS..waktu itu Yani sangat feel apa itu maksud surah Al-As ayat 1-3.

   Gambar 3: Ikhsan Google mengenai pengertian Surah Al Asr, ayat 1-3.


Subhanallah demi masa yang lalu terlalu banyak masa yang Yani dah bazirkan...demi Allah terasa sangat rugi..tapi tak guna nak meratapi semua itu..sesungguhnya masa tidak dapat diundur walau 1 saat sekali pon.



MANUSIA TIDAK SEMPURNA

 Gambar 4: Ikhsan dari Google mengenai Motivasi Diri.


Yang sempurna hanya Allah yang satu. Demi kerana nak fokus dalam bisnes Yani korbankan kesempurnaan yang lain..rumah tak kemas..masa dengan anak dan suami makin kurang..waktu untuk bersantai makan-makan dan bercuti bersama keluarga..demi kerana FOKUS. Tetapi semua itu sudah terbalas selepas satu demi satu. Yani berjaya mendapatkan bonus 5 angka sebulan selepas 4 bulan join bisnes..Yani berjaya berhenti kerja selepas 6 bulan join bisnes..Yani berjaya memiliki kereta idaman selepas 6 bulan join bisnes..Allahuakbar!!manisnya NIKMAT yang Allah berikan...dengan apa yang Yani korbankan Allah balas lebih dari itu.


Gambar 5: Ikhsan dari Google mengenai Motivasi Diri.



ERTI KEBAHAGIAAN

Di awal bisnes Yani tak mampu nak bezakan waktu bersama keluarga kerana asyik dengan telefon sampaikan suami sendiri pernah lock screen telefon Yani. Lawak bila diingatkan balik..segala pengorbanan beliau bersabar dengan komitmen Yani..bonus bulan ketiga Yani join bisnes..Yani hadiahkan beliau ipad mini yang menjadi idaman beliau..selepas itu Yani mampu membuat 'tabung umrah' untuk bawak abah, mak, ayah, ma, suami dan Hadif..komitmen Yani dah makin jelas. Waktu itu tak sempat nak fikir beli baju baru ke kasut baru ke..cukuplah dulu apa yang Yani ada..sebab Yani gembira bila dapat gembirakan insan tersayang. Buktinya sandal yang Yani pakai sejak melahirkan Hadif masih lagi Yani pakai saat mengandungkan Haziq.



 Gambar 6: Ikhsan dari Google mengenai Motivasi Diri.


Sekarang Yani dah mula sedikit bijak untuk membahagikan masa untuk family..Yani khaskan waktu untuk off dari telefon(biasanya waktu caj telefon). Waktu bercuti Yani layan anak-anak dan suami sepenuhnya..kemas rumah pon ada waktu yang akan diperuntukkan..sekali seminggu pon dah memadai. Walau Yani bekerja di rumah tetapi bukan maksudnya masa Yani untuk buat kerja rumah 24 jam..teringat kata-kata kawan Yani..

...rumah kita bukan muzium nak nampak kemas setiap masa... 

Ahahaha lawak tapi itulah REALITI.



Anda semua boleh pilih untuk nak kemas rumah 24 jam tanpa henti..anda semua boleh pilih nak berikan yang masa sepenuhnya pada suami dan anak-anak..takde apa yang salahnya pon..tapi INGAT anda juga berhak untuk jadi manusia yang PRODUKTIF..selama ni kalau sebut produktif sinonim dengan perempuan yang asyik mengandung jer...apa kata kita yang ubah mentaliti itu..kita produktif untuk sebuah impian..untuk suami..untuk anak-anak..untuk bangsa dan juga AGAMA.

Kita hanya ada dua peluang samada NAK atau TAK NAK sahaja dalam hidup ini. 



 Gambar 7: Ikhsan dari Google mengenai Motivasi Diri.





Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire.
Master 8 Bulan.

11 bisikan:

  1. sgt terkesan..nk cuba cr balik apa yg blh buat saya komited sbb sy masih dlm zone selesa...byk lg alasan dlm diri ni... :(

    ReplyDelete
  2. Sangat tersentuh dengan kata2 yanie, so true.

    ReplyDelete
  3. sgt terkesan..nk cuba cr balik apa yg blh buat saya komited sbb sy masih dlm zone selesa...byk lg alasan dlm diri ni... :(

    ReplyDelete
  4. Entri yg sgt menarik master.. sy la tuh xle lgsg tgk rmh bersepah dan kotor sikit... trus nk sapu,vacum atau mop...

    lepas ni kena sedar diri npknya... kna lbh "produktif"

    ReplyDelete
  5. una:zon selesa tu ibarat pembunuh dalam diam..so kena cepat bunuh dia sblm dia bunuh awk

    ReplyDelete
  6. fazniz:bagus la tu..produktif utk rumah sendiri..tapi apa improvement utk hidup awk?

    ReplyDelete
  7. so inspired.nak sgt serap semangat membara master yani...hope dapat peluang sedut aura one day!

    ReplyDelete
  8. lisz:tq semoga entry ini bermanfaat buat anda

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."