Monday, July 06, 2015
16
Kali ni nak cerita situasi kawasan perumahan Yani yang malamnya sentiasa ada test Motor Drag ni. Tak tahu nak kata apa dah, laporan dibuat seperti biasa bila mereka ni membising dan ye polis ada buat rondaan seketika lalu mereka membising balik.

Mengundang Marah sebab tidak kena pada tempat dan waktunya.
So kat sini hanya nak Viralkan muka diorang kot ada yang kenal maka terjatuh cinta lalu boleh dinasihatkan. Bukan nak marah sebab korang bawak laju yang merbahayakan nyawa orang lain tapi bunyi motor korang tu yang mampu mengejutkan anak-anak kecil yang sedang enak dibuai mimpi yang bermula 12 tengah malam dan kadang kala sehingga 3 pagi. Bila mereka terjaga dengan tepikkan dan lolong tak boleh tido lalu mengganggu kualiti tido kami.

Paham Paham?

Korang nak dengar jugak bunyi dia macam mane? Meh tengok video yang sempat dirakam dalam semak.







Ni pula antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh jurugambar kami bagi tujuan laporan kepada pihak berkuasa. (klik untuk kualiti yang lebih jelas).


Gambar 1: Motor Drag.


Gambar 2: Kebiasaan akan ada seorang pembantu untuk pantau keadaan lalu lintas sebelum pecutan dibuat.



Gambar 3: Rakan-rakan lain yang datang memberi "semangat".




Gambar 4: Mamat ni yang selalu kawal lalulintas.




Gambar 5: Motosikal di tengah jalan walaupun ada kereta lalulintas.




Gambar 6: Muka pemandu motor drag dengan lebih jelas.




Gambar 7: Sedang memantau lalulintas takut kena lanyak macam katak nanti.



Gambar 8: Antara rakan lain yang datang singgah "menonton".



Gambar 9: Nombor plate kenderaan yang terlibat jelas jurugambar kami ambil. Semoga dapat membantu untuk laporan nanti.

Bila anda "STRESS", maka keperluan Vitamin B meningkat.

Bila anda "STRESS", maka keperluan Vitamin B meningkat kerana diperlukan untuk penghasilan hormon stress yang berkaitan, contohnya testosterone. Fungsi lain adalah sebagai pelindung kepada sistem imun kita.


Gambar 10: B-Complex yang lengkap mengandungi kesemua jenis 8 vitamin B yang amat diperlukan. Sangat HOT dikalangan ibu yang sedang mengandung.

Hanya kerana Sebuah Motor Habis Sekampung Naik Marah Dibuatnya.

Semoga adik ini dan rakan-rakannya diberi taufiq dan hidayah demi manjamin masa depan mereka yang lebih baik.





16 bisikan:

  1. merempit la ni ekk?
    hu hu memang bikin marah...

    p/s: aida nak alamat. mau kirim kad raya ~ http://adianiez.blogspot.com/2015/07/top-komentar-bulan-jun-blog-aidas-home.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih AIda coz sudi singgah dan terima kasih tak terhingga untuk kad raya...weeeee~

      Delete
  2. Mmng sangat menganggu.. Lebih2 dkt kawasan perumahan. Tgh2 malam buta pula tu.

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan, semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa aminn 'p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si lalat yang pantas,
      Insyallah, moga ada sinar dengan mendung yang mendatang...

      Delete
  4. kat umah saya pon setiap malam ada ja bunyi moto kuat gila macam nak pecah ja ekzos dia ... pkol 2 3 pagi pon dok bunyi lagi rasa mcm nak baling dgn botoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya area mana? Memang kalau nak buat report katanya ajak ramai-ramai penduduk kampung untuk bagi nampak betapa seriusnya masalah ni...

      Delete
  5. Aduhaiiii, kesian penduduk setempat nak berehat asyik terganggu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat Terganggu!
      Musim nak raya ni macam pesta pulak setiap malam duk layan...

      Delete
  6. kalau macam ni memang tak patut..harap pihak berwajib ambil tindakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya pihak berwajib xde tindakan selagi sekampung xbuat aduan... Kan?

      Delete
  7. kann. samalah dgn area perumahan zie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan ada jalan berturap dan lurus mesti ada punya...

      Delete
  8. nasib baik kawasan rumah tak ada kegiatan mcm ni.. berani ambil gambar ye

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."