Friday, March 25, 2016
0


Salam,
Korang dah ada planning hujung minggu ni?


Kalau ada pon apa kata pakat gi ke  
"Open Day" 
Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Terengganu.



****** 
Semua Dijemput Hadir
PERCUMA!
****** 


Kali ni, tema yang dibawa adalah "Health & Wellness Fair". Tema kesihatan gitu memandangkan dengan cuaca panas sekarang ni banyak menyebabkan masalah kesihatan.

Universiti yang memang terkenal antara yang menjadi pilihan warga kerja belajar di hujung minggu.

Kan?

Ada banyak program menarik yang disediakan oleh pihak Universiti. Antara Acara Best menanti korang di Health & Wellness Fair Universiti Terbuka.



#1: Pemeriksaan BMI / Analisis Komposisi Badan

Pendek kata macam ujian kesihatan tapi lebih fokus kepada masalah obesiti. Tapi, yang kurus pon boleh cuba juga untuk ketahui kurus setara mana, kurus yang tahap kurus kering atau kurus yang ideal.

Yang lebih menarik mengenai Analisis Komposisi Badan ni anda boleh mengetahui tahap kandungan lemak dalam badan anda. Ketahui lebih terperinci lemak di mana yg lebih peha, lengan atau perut. Maka mudah untuk anda ketahui jenis senaman yang fokus kepada bahagian yang dikehendaki.

Di penghujung Analisis Komposisi Badan, kami di wanmulianidotcom akan bantu anda yang menghadapi masalah berat badan atau obesiti untuk menurunkan berat badan melalui Program #projekseksi.



#2: Resepi Mudah & Sihat

Seterusnya Yani akan menunjukkan cara mudah menyediakan resepi sihat Cinch Shakes yang mempunyai rasa yang Premium iaitu Vanilla, Coklat dan Caffe Latte.

Macam-macam resepi anda boleh reka mengikut kesesuaian dan selera masing-masing. Yani akan kongsikan Resepi Mudah kombinasi dari rasa yang berbeza dan yang pasti sedap.



#3: Gift Voucher RM171

Buat anda yang ingin mendapatkan Voucher istimewa ini boleh datang seawal 8 pagi dan kami akan mula edarkan voucher tersebut semasa majlis berlangsung. 


Apa yang menarik dengan voucher ni?
Nantikan pada hari "Open Day" nanti. 


****** 

Hanya Eksklusif di OUM Kuala Terengganu pada 26 Mac 2016 sahaja.

******

0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."