Me'nate Steak Hub!
Mula-mula Yani kenal menate ni sebab menjadi Viral dalam Facebook yang diorang ni kenakan harga yang mahal! Tapi bila tengok balik daging-daging yang disediakan memang WAJIB MAHAL harganya kerana sangat RARE dan FRESH! Jom! Yani kongsikan mahal setara mana.
Gambar 1: Me'nate Steak Hub.
Kenal Tak Daging Wagyu?
Di Me'nate Steak Hub ni ada Daging Wagyu yang dikatakan sangat lembut bagaikan mentega cair apabila makan (Pergh! Meleleh dah rasa).Daging ni memang terkenal dengan kualiti yang baik dan terenak skali. Daging Wagyu ni berasal dari Jepun sebenarnya sebagaimana artikel ni:Lembu Wagyu ("WA" bermakna Jepun, sementara "GYU" bererti lembu) yang berasal dari Kobe, Jepun.
lembu wagyu digunakan zaman dahulu dan ia membantu dalam penanaman padi
oleh kerana keadaan tanah yang sukar untuk menternak binatang di banyak daerah terpencil di Jepun, penternak zaman itu terpaksa menghasilkan sendiri teknik memelihara dan memberi makan lembu-lembu itu makanan untuk haiwan ini yang dihasilkan oleh penternaknya, antaranya dicampurkan dengan bir atau sake (sejenis arak Jepun) yang dipercayai boleh membantu penghadaman dan mengurangkan binatang ini dari terasa lapar dalam cuaca lembap.
Daging lembu wagyu sekarang ini turut diternak di beberapa negara lain seperti New Zealand, Australia dan Amerika Syarikat
dengan pemakanan yang lebih canggih seperti jagung, bijirin, herba alfalfa, barli dan jerami gandum, daging lembu wagyu ini mengandungi lebih tinggi kandungan asid fatty Omega-3 dan Omega-6.
Pengeluaran daging wagyu juga bebas dari antibiotik, hormon dan kimia.
Lembu wagyu disembelih apabila mencapai umur antara 30 dengan 35 bulan. Harga daging ini boleh mencapai setinggi AS$500 (kira-kira $600) untuk 150 gram.
Paling best, lembu wagyu juga diurut bagi membolehkan dagingnya kekal lembut dan enak ketika dimakan.
-Shahrilkadir.
So selepas balik dari kelas FB Ads, Yani decide nak Dinner Di Me'nate Steak Hub ni memandangkan dari Branch Shaklee Sri Rampai memang lalu tepi Restoran ni. Alang-alang dah lalu apa kata singgah je kan, boleh terus sambut Birthday Yani! Hehe.
Tibanya kami di Me'nate Steak Hub, ramai sangat orang, so kami terpaksa masuk dalam "waiting list" dan menunggu la kami berdua dengan husband. Masa yang terluang tidak di sia-siakan, Yani terus je buka macbook sambil menunggu untuk settelkan Order para Customer Yani (biasalah closing ni di akhir bulan).
Dean Kayree (DK) macam biasa ambik gambo je keje dia sambil duk Transfer UV.
Gambar 2: Sambil menunggu diluar sempat snap gambar keseluruhan Restoran Me'nate Steak Hub ni yang 2 tingkat.
Around 15 minit jugak la baru Yani dapat meja. Meja Yani kat tingkat atas so kena order siap-siap dibawah dan terus naik ke atas.
Gambar 3: Duduk je Yani terus buka laptop nak setelkan "closing" bulan Februari.
Gambar 4: Yang bestnya disini anda boleh pilih macam mana daging anda hendak dimasak, dari RARE sehingga ke WELL DONE.
Apa yang Yani boleh katakan untuk pengalaman Pertama ni adalah seperti Pengalaman di Restoran Stik Sebenar! Kerana dari permulaan anda perlu memilih daging anda, bahagian mana yang anda suka atau boleh serahkan kepada Pelayan Restoran sahaja untuk sebarang cadangan hidangan Stik Idaman anda.
Gambar 5: Antara Menu Senarai Daging yang disediakan.
Gambar 6: Antara Senarai Menu yang lain.
Gambar 7: Starter, Mushroom Soup.
Untuk Starter Yani pilih Mushroom Soup dan Garlic Bread. Best gile sebab sooo creamy. Harga hanya RM 6 je. Murah ke Mahal? Anda yang tentukan!
Gambar 8: Fokus hilang bila terbau Mushroom Soup yang Sedap!
Gambar 9: Untuk Steak Yani, Yani pilih Medium Well.
Gambar 10: Antara Menu lain yang disediakan. Nama-nama daging yang memang Yani tak pernah tahu pun ada.
Gambar 11: Menu ayam dan ikan pon disediakan.
Buat anda yang tidak gemarkan daging lembu, terdapat daging ayam, dan ikan disediakan untuk dijadikan pilihan. Tapi masa hari yani datang ni ayam semua dah habis!
Gambar 12: Menu untuk kanak-kanak turut disediakan.
Bila tengok Menu kanak-kanak ni teringat kat Hadif, dia suka sangat makan spagetti. Macam-macam menu ada untuk kanak-kanak.
Gambar 13: Special Daily Lunch tu macam menarik je kan?
Gambar 14: Suasana di tingkat atas, kebanyakannya untuk tetamu 4 orang dan ke atas.
Gambar 15: Water Dispenser untuk FREE REFILL.
Bahagian lain yang best adalah Water Dispenser dia yang FREE REFILL, ada air jus buah-buahan dan pelbagai pilihan kopi. Antara pilihan Yani adalah Hazelnut White Coffe dan air Mango. Memang kalau nak lepak sini sambil minum-minum dan makan steak memang berbaloi sebab boleh layan kopi sebanyaknya.
Gambar 16: Pisau agak bahaya bila dibiarkan terbuka macam ni, so para ibubapa perlu perhatikan kelakukan anak-anak anda, jangan sampai ambil pisau buat main sudah.
Gambar 17: Pandangan dari atas, masih ada yang menunggu di luar.
Dah pun sampai hidangan Yani dan DK, Yani ambil Striploin Steak dan DK ambil Lamb rack. Jom! Menjamu mata.
Gambar 18: Medium Well Lamb Rack untuk DK.
Gambar 19: Simple je, ada coleslow dan mash potato.
Gambar 20: Medium Well Striploin untuk Yani.
Gambar 21: Jus daging yang meleleh di atas pinggang.
Gambar 22: Hirisan Pertama sempena Hari Jadi yang ke 3 Series!
Rupa dan Rasa
Dari segi Rupa memang biasa-biasa je untuk coleslaw dan mash potato, rupa daging dia memang nampak berbeza. Rasa untuk Striploin memang best, lembut je tak kenyal. Manakala, lamb rack super duper best sebab ada rasa crunchy di luar dan daging super tender. Bau kambing pon takde langsung! Memang Puas hati, cuma Yani minta mash potato tukar kepada French Fries tapi dia lupa so dapat la Potato Wedges PERCUMA! Terasa macam Hadiah Birthday pulak. Pelayan Me'nate memang BEST lah!
Gambar 23: Mash Potato yang high-glysemic index, bermaksud akan cepat ditukarkan kepada tenagan apabila anda makan.
Gambar 24: Medium Well ke ni? Tapi Super Juicy Sedap!
Gambar 25: Wedges ni dapat FREE sebab dah takde fries.
Gambar 26: Pandangan ke arah ruang dapur dan preperation area.
Gambar 27: Ruangan daging kambing, habisss licin dah!
Gambar 28: Ruangan daging lembu, ada sikit-sikit je lagi.
Gambar 29: Daging Wagyu.
Gambar 30: Antara daging Premium yang Fresh!
Gambar 31: Daging Premium yang nama pelik-pelik je masih ada.
Gambar 32: Preperation Area.
Gambar 33: Water Dispenser: Free Flow memang best!
Gambar 34: Daging-daging sebagai "penyambut tetamu" gitu.
Mahal ke Murah?
Korang rasa berapa ringgit makanan Yani ni? Mahal atau Murah tu terlalu subjektif, terletak pada diri anda untuk menentukannya. Bagi Yani Harga yang sangat BERBALOI. Next! Kita cuba Daging Wagyu pula.
Gambar 35: RM108 je, berbaloi sangat!
Takut Makan Daging sebab Kolestrol? Yani ada Tips untuk tolong anda!
Antara Tips Yani selalu amalkan adalah ambil Phytocol-ST sebelum makan makanan berkolestrol.
Gambar 36: Phytocol-ST, Lower Cholesterol Naturally.
Apa bestnya Phytocol-ST?
Sebab mengandungi Filosterol untuk membantu menghalang penyerapan kolesterol dari dalam usus lagi. Yang baguskan ia dapat menurunkan kolesterol secara semulajadi.
Buktinya akan segera kelihatan pada pembuangan najis anda, nampak berminyak.
Best ke Best?
Best Sangat!
*Buat yang berminat nak cuba Phytocol-ST boleh terus klik gambar 36 di atas untuk dapatkan secara online dan penghantaran segera disediakan.
Master Wan Muliani
019-934 7686FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder University YMS.
Founder Tips Penyusuan Bawah 35Tahun.
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
Nk sgt g cni tp bkn bsama askar2 ak..klu x xda nkmat ak..huuharuuu
ReplyDeleteAskar2 yang "behave" apa salahnya...hehe.
Deleteterliur!! Satu hari saya akan sampai!! aminn aminn aminn....mesti best
ReplyDeleteMasa Kak Bie gi Branch airu sepatutnya singgah je, dah dekat sangat!
DeleteYani, doakan Kak Bie akan sampai di Me'nate cuti sekolah Macni! Amin!
pernah makan steak tapi tak adalah mahal sampai beribu2x.
ReplyDeleteKannnn.... yg kiteorang makan ni pon xde la yang sampai beribu, beribu tu mungkin crowd yang ramai....
DeleteHehe actually yg jadi viral tu mungkin strategi marketing saja kot.
ReplyDeleteKannnn..... Bad Publicity pon still Publicity... FREE lagi... haha
Deletemahal...tapi kalau ada rezeki lebih nak jugak bawak orang rumah makan kat sini walaupun hanya sekali seumur hidup.
ReplyDeleteInsyallah, moga dimurahkan rezki dan tak menyesal pon coz SEDAP!
DeleteWuuuu nak try juga tu.... hehe :)
ReplyDeleteWAJIB! Tak rugi pon sebab sedap sangat! Meatball pon ada ala-ala IKEA.
Deletemenyelerakan.. part 'well done' tu yang lain macam sikit, tak mentah juga ker?
ReplyDelete"Well Done" ok masak sepenuhnya tapi kalau 'RARE" tu yang macam mentah skit kat tengah, ikut selera masing2 kan. Lain orang lain ragamnya. Enjoy!
Deletekalau mahal tapi sedap dan berbaloi takpe. sekali sekala apa salahnya.
ReplyDeleteYap! Setuju ngan u, memang berbaloi.
DeleteRestoran mcm ni kalau dpt pergi ngan family pun tak kisah... puas hati. Ala sama je macam makan ikan bakar... sekali sekala makan keluar ratus2
ReplyDeleteA'a betul tu...cuma ni Makanan Western kan...
Deletemakan daging..hu..hu..memang sedap tu.
ReplyDeleteBuat bukan peminat daging pon ada disediakan menu yang menarik...
DeleteXmkn daging so Cikna xtau nk ckp tp klu tgk mushroom soup tu dgn harganya ok je....siap blh refill air lg rugi la diva AA carutkan restoren ni,klu dia tgk pic2 kat sini mau leleh air liur...*_^
ReplyDeleteAde jugak yg mkn ikan patin masak tempoyak sampai beribu2.... Sng cerita kalau rasa mampu silakan, klu xbeli masak sndri je kn sng....'
ReplyDeleteBetul tu, boleh tengok poket sendiri sebelum ke mana-mana... Hehe
Delete