Masak dengan Hati,
Masak With Iman.
Pernah dengar slogan ni? tapi korang kena baca slang arab sket baru menjadi sebab ni slogan dari Chef Ammar selaku hos dan chef memasak bagi Rancangan Memasak di TV Al-Hijrah. Hadif suka sangat tengok rancangan ni, mengalahkan tengok cerita kartun.
Balik je ke Rumah selepas hantar Hadif ke Skolah, terus ke dapur nak basuh bekas Cinch Shaklee yang kosong untuk dibuat tabung FUN PROJECT, idea nama projek tetiba datang "FUN DAPAT DUIT". So duk asyik kita semangat yang menderu-deru datang ni lalu ke sinki nak basuh semua bekas kosong tadi.
Tiba-tiba...
Gambar 1: Dapur Bersepah lagi Beb!
Duk semangat tadi tetiba tengok macam ni mesti korang:
A) Sambung je buat kerja korang.
B) Hangin satu badan terus marah-marah isteri lalu projek tak jalan.
C) Reset minda cakap mende positif je lepas tu TOLONG BASUH.
Mana pilihan korang?
Yep! mula-mula DK terasa macam nak hangin juga tapi bila fikir balik kata-kata Mentor Zura, terus mampu pilih C dan teruskan kerja dengan senyuman dan terasa semua kerja dipermudahkan.
Gambar 2: Komunikasi Yang Paling Penting dari Master Zura.
So, basuhlah DK.... Mula-mula ingat nak basuh sekadar yang dalam sinki tu je kan tapi tetiba datang syok plak dek kerana sabun basuh pinggan dia best!
Gambar 3: Hand Dish Wash Shaklee yang DK guna.
Gambar 4: Guna beberapa titik je, memang pekat dan berbuih banyak.
Gambar 5: Ni buih untuk setitik dua. Memang Syok!
Gambar 5: Sekejap je dah siap sebelah. Mudah bersih kesan-kesan minyak.
Gambar 6: Duk syok basuh tak perasan dah penuh.
Gambar 7: Seronok bila kerja jadi mudah dengan Hand Dish Wash.
Apa yang bestnya Hand Dish Wash ni bagi DK;
1) Lembut je kat tangan, takde rasa tajam mencucuk kat jari jemari bila lama membasuh.
2) Kaya dengan buih yang tahan lebih lama.
3) Jimat sebab hanya beberapa titis dah buih banyak mudah nak basuh setimbun pinggan mangkuk.
Gambar 8: Berminat? Boleh Whatsapp/SMS pada nombor di atas.
Korang agak Harga dia berapa?
RM80?
RM50?
Harga bawah RM30 je. Berbaloi sangat dengan kualiti barang semulajadi macam ni.
Maka untuk membangkitkan semangat hanyalah tindakan kecil dari anda sendiri, contohnya seperti DK tunjuk ni hanya dengan BASUH PINGGAN Sahaja tapi DK percaya bila si isteri tadi tengok dengan usaha kita membantu kerja rumah akan membuatkan dia lebih dihargai dan sama-sama tolong menolong untuk buat kerja rumah.
Apa yang DK nak kongsi untuk para suami yang penyayang dan soleh sekalian adalah mengenai cara menekan butang yang betul bagi SPARK! Semangat Memasak Isteri anda sama ada bekerja sebagai surirumah atau sebarang jawatan yang disandang di sektor awam, swasta atau sendiri.
Perasan tak?
...kerja surirumah...
Yep, bagi DK surirumah bukan duduk bersahaja di rumah tapi satu tugas yang sangat besar tanggungjawabnya dan load kerjanya sangat banyak berbanding seorang Arkitek.
Saat Surirumah diuji load kerjanya adalah ketika Baju menimbun untuk dibasuh, dijemur dan dilipat. disertakan dengan 2 orang anak yang sedang lasak membesar. Perlu mandikan anak, susukan, pakaikan baju, kalau berak perlu tukar pampers, kalau mengamuk nak kena main dan pujuk. Sambung lagi perlu vacuum lantai, sapu daun kering depan halaman, buang sampah. Nak tambah lagi perlu memasak sambil tengok anak dan nak mula masak tu kena potong sana potong sini, basuh sana basuh sini.
EEEE!!!!... serabut la kije surirumah ni....
Banyak kan workload diorang? Ada dijanjikan GAJI LUMAYAN? Xde Bro...
Hanya lillahi ta'ala.
Maka BANTULAH RINGANKAN masalah mereka dengan BANTU beserta TINDAKAN! Bukan BANTU TENGOK je...
Jangan sombong untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga.
Sesetengah suami sombong dan malas untuk membantu isteri dalam urusan rumahtangga. Disebabkan sikap ini, sesetengah isteri merasa dirinya terbeban dan tertekan. Marilah contohi Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam melayani isterinya Aisyah r.ha.
Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam di rumahnya, beliau menjawab:
Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.(Hadith riwayat Bukhari)
Dapat sabun hebat begini memang tak merungutlag cuci pinggan banyak :)
ReplyDeleteBetul tu, lagi rajin nak buat kije...
Deletetapi bila dah abis mula la alasan xde sabun ni xbest la... haha