Wednesday, March 22, 2023
0

 

Poster Shaklee Fun Day 

Pagi!

Kisahnya Shaklee tiba-tiba buat suprise dengan program FUN DAY. Buat mereka ynag buat Bisnes Shaklee event macam ni lah yang paling dinanti-nantikan.

Sebab Apa?

Sebabnya kali ni bukan sekadar ada giveaways yang banyak bagi setiap pembelian tapi siap ada potongan harga sehingga 40% lagi. Iye, Shaklee sangat-sangat jarang buat potongan harga ni. Bagaikan once in a blue moon la bila ada buat potongan harga sehingga 40% ni.

Bagi mendapatkan item on sale tu korang perlu ke branch Shaklee terdekat. Untuk Yani branch Shaklee yang terdekat ialah di Kota Bharu, Kelantan.

 

Suasana riuh-rendah FUN DAY di Shaklee Kota Bharu


Jom!

Perjalanan ke Kota Bharu dari Kuala Terengganu biasanya mengambil masa 2 jam setengah. Tapi memandangkan hari cuti sekolah perjalanan ke Kota Bharu ambil masa 3 jam. Bertolak seawal 8.00 pagi dari Kuala Terengganu dan pukul 11.00 pagi kami sampai di branch Shaklee Kota Bharu.

Semangat sehingga tak sempat breakfast, hanya suami je sempat minum Cinch Shake. Semangat untuk ke Branch Kota Bharu memang membuak-buak sebabnya kami dah kumpul order customer 5 hari sebelum bagi mendapatkan harga potongan dan free gift.

 

Yang mana Special Promo 40% tu?

Untuk potongan 40% ni Shaklee jadikan sebagai Special Promotion sepanjang hari Fun Day ni. Antara produk yang dapat 40% ni ialah Youth Night Cream. Tapi kuantiti sangat limited. Yani sempat dapat beberapa je untuk customer Yani sahaja. Selebihnya ada potongan 5% untuk Youth Oil Cleanser dan Youth Skin Toner. Manakala untuk 10% bagi pembelian Youth Set Cleanser, Toner dan SPF. Yela dah nak raya ni kan? Ramai sangat order untuk kelihatan lebih cantik di hari raya nanti.


Set Puasa 123

Selain dari Youth, Set Puasa 123 yang paling banyak Yani dapat order. Set Puasa ni memang must have item buat customer-customer Yani. Nak tahu apa bestnya Set Puasa Shaklee korang boleh baca selebihnya di post Yani sebelum ini di Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee.


Performance Drink & Cinch Shake Freeflow

Selain daripada free gift dan Special Promo Youth, pihak Shaklee Kota Bharu sediakan juga Performance Drink dan Protein Shake Cinch Shake pelbagai perasa (Vanilla, Chocolate dan Caffe Latte). Memang sedap sangat diorang bancuh dengan air yang sejuk-sejuk tu.

 

Sales RM30,000++

Alhamdulillah, sepanjang FUN DAY Shaklee yang berlangsung dari pukul 12 tengahari sehingga 6 petang keseluruhan Sale pada hari tu saje adalah sebanyak tiga puluh ribu lebih. Memang best sangat feeling dia. Dengan order pon menderu masuk dari awal pagi sehinggalah hujung-hujung waktu program. Alhamdulillah sekali lagi buat semua customer dan leader-leader Yani yang order tak putus-putus on that day.

Ada yang berminat nak cuba Bisnes Shaklee boleh terus Whatsapp Yani. Fast Action Fast Result.


Sempat bergambar bersama Branch Manager Shaklee Kota Bharu, Abe Nuar (kiri)


0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."