Thursday, April 13, 2023
0

Protein merupakan nutrien penting dalam membina, membaiki dan mengekalkan otot. Ia juga merupakan komponen penting untuk kurus dengan cepat dan dalam diet penurunan berat badan kerana ia membantu meningkatkan metabolisma badan, mengurangkan rasa lapar dan mengalakkan rasa kenyang. Jika korang nak kurus dengan cepat, teknik mengabungkan protein dalam diet memang sangat membantu. Dalam ruangan kali ini Yani akan berkongsikan 5 tips untuk kurus dengan cepat bersama pengambilan protein. Boleh juga baca post kawan Yani, mengenai kurus dengan cepat. Ruqayyah banyak letak testimoni menarik macam mana diorang boleh kurus dengan cepat.

 

Cara mudah kurus dengan cepat, tutup je pipi tu dengan tangan masa bergambar

Tips 1: Mulakan sarapan yang kaya dengan protein

Sarapan pagi ialah hidangan paling penting dan sarapan yang kaya dengan sumber protein boleh menjadikan permulaan hari yang lebih positif. Dengan sarapan pagi yang tinggi protein sangat membantu meningkatkan metabolisma badan, mengurangkan keinginan makan serta membuatkan rasa kenyang lebih lama. Antara makanan yang tinggi protein di waktu pagi adalah seperti telur, yogurt atau protein shake Shaklee untuk sarapan pagi yang sedap dan mudah.


Tips 2: Pilih sumber protein tanpa lemak

Sumber protein rendah lemak atau tanpa lemak adalah sangat bagus kerana rendah kalori dan sangat membantu sebarang diet untuk kurus dengan cepat. Beberapa sumber protein tanpa lemak adalah seperti ayam tanpa kulit, ikan, tauhu dan kekacang. Makanan bukan sahaja tinggi protein tetapi juga kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Menjadikannya pilihan yang bagus untuk kurus dengan cepat.


Maklumat terperinci mengenai setiap Protein Shake daripada Shaklee


Tips 3: Utamakan protein dalam setiap hidangan dan snek

Protein bukan sahaja untuk sarapan pagi, boleh juga menjadi sebahagian daripada setiap hidangan dan snek untuk membantu korang kurus dengan cepat. Sekurang-kurangnya satu sumber protein dalam setiap hidangan dan snek, contohnya makanan ringan seperti kacang, keju dan bar protein. Secara tak langsung membantu kekal rasa kenyang dan mengelakkan snek tidak sihat sepeti biskut dan makanan manis.


Tips 4: Pilih minuman yang kaya dengan protein

Minuman yang kaya dengan protein seperti protein shake Shaklee (Cinch Shake, Life Shake dan ESP) boleh menjadi cara yang mudah untuk meningkatkan pengambilan protein. Protein shake Shaklee ini juga boleh diadunkan bersama yogurt sihat, buah-buahan segar dan pelbagai lagi mengikut kreativiti masing-masing dan yang penting tanpa gula berlebihan. 

 

Set New You Shaklee pon ada protein dan beberapa vitamin lain sebagai pelengkap untuk membantu Kurus Dengan Cepat


Tips 5: Jangan Berlebihan

Walaupun protein adalah komponen penting dalam diet yang sihat dan boleh membantu kurus dengan cepat, kadang-kadang akan mudah untuk berlebihan. Jika diambil berlebihan boleh menyebabkan pertambahan berat badan dan protein berlebihan akan dibuang oleh badan. Proses ini secara tak langsung akan menyebabkan buah pinggang perlukan kerja tambahan. Kebiasaannya protein hanya diperlukan sebanyak 30% sahaja daripada jumlah kalori seharian. Jika ada masalah kesihatan atau sekatan diet, Yani syorkan rujuk doktor masing-masing untuk nasihat yang lebih baik.


Kesimpulan

Pengambilan protein dalam diet adalah cara terbaik untuk membantu kurus dengan cepat. Semoga 5 tips ini dapat membantu korang mencapai berat badan idaman dan dapat menurunkan berat badan secara sihat dan menyeronokkan. Cara lebih mudah Yani sangat syorkan korang cuba protein shake Shaklee, kalau Cinch Shake tu ada 3 perasa iaitu Coklat, Kopi dan Vanila. Yani suka yang rasa Kopi tu (Cafe Latte) sebab rasa dia memang macam Star.bucks tu haaa. Buat yang berminat nak cuba Protein Shake Shaklee boleh terus whatsapp Yani 019-934 7686. Untuk makluman lanjut mengenai Cinch Shake boleh baca di Cinch Shake Cafe Latte Shaklee.

 

Tempting betul Protein Shake Cafe Latte ni

 


0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."