Happy Birthday!
Iyep, apabila kita dapat ucapan Happy Birthday itu menandakan bahawa umur semakin meningkat. Alhamdulillah Yani pada tahun 2023 ni dah masuk umur 38 tahun. Maka Yani nak kongsikan sedikit bagaimana mendapatkan Kulit muka yang Cantik dan Glowing di akhir umur 30 tahun dan di Awal Umur 40 Tahun.
Yani semasa International Trip Shaklee di Switzerland |
Bila masuk awal 40 tahun ni antara tanda-tanda penuaan yang paling ketara ialah:
- Kulit Kusam
- Kedutan
- Bintik-bintik penuaan (jeragat)
Walaubagaimanapun, pengambilan vitamin yang konsisten boleh membantu meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit. Dalam ruangan kali ini Yani akan ceritakan peranan vitamin dalam mengekalkan Kulit Cantik dan berseri pada usia awal 40 tahun dengan Harga Rahmah gitu. Korang boleh juga baca mengenai Vitamin Kulit di blog rakan Yani dengan tajuk Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah, dia ada cerita sangat terperinci mengenai kulit muka ni, siap layer-layer kulit lagi dia terangkan.
Vitamin untuk Kulit Glowing
- Vitamin C , Vitamin C ni paling basic dan penting sebab ianya membantu meningkatkan pengeluaran kolagen, iaitu protein yang mengekalkan kulit anjal dan tegang. Kolegan ni pula akan membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit serta memberikan penampilan yang lebih muda. Makanan yang kaya dengan vitamin C adalah buah oren, sayur jagung, buah kiwi dan buah jambu batu.
- Vitamin A, A ni pulak tugas dia adalah untuk merangsang pertumbuhan dan pembaikan sel kulit. Ia juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik penuaan (jeragat). Makanan harian yang kaya dengan vitamin A termasuklah ubi keledek, lobak merah dan bayam.
- Vitamin E, ianya adalah vitamin antioksidan yang paling kuat untuk melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh pencemaran radikal bebas. Ianya juga membantu mencegah tanda-tanda penuaan dan mengalakan pertumbuhan kulit yang sihat. Makanan yang kaya dengan vitamin E biasanya kekacang sepeti badam, avocado, biji kuaci dan bayam.
- Vitamin D, ini yang penting untuk penyerapan kalsium dan membantu pertumbuhan sel baru. Sangat membantu untuk menguruskan keadaan kulit seperti jerawat dan psoriasis (macam radang atau gatal-gatal tu). Antara makanan yang kaya dengan Vitamin D adalah ikan salmon, tuna dan susu.
Kesimpulan
Pengambilan Vitamin adalah cara semula jadi dan berkesan untuk mengekalkan Kulit yang Cantik Glowing dan berseri pada usia awal 40 tahun. Pengambilan vitamin harian yang disyorkan untuk kulit yang sihat mungkin berbeza-beza bergantung pada umur, jantina dan kesihatan keseluruhan. Walaubagaimanapun, dengan pengambilan makanan kaya vitamin ke dalam makanan harian boleh meningkatkan dan penampilan kulit dengan ketara.
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
Promo Rahmah Set A dan Set B |
Kat atas tadi ada Yani kongsikan senarai makanan yang mengandungi vitamin-vitamin bagi membantu menjadikan kulit bertambah seri dan glowing. Yani tahu tak semua mampu prepare setiap makanan yang disyorkan setiap hari, paling tidak pon seminggu sekali pon kadang-kadang susah. Maka Yani syorkan Set Rahmah ni yang memang basic cukup lengkap untuk mendapatkan Kulit Cantik Glowing. Untuk maklumat lengkap cara makan dan sebagainya mengenai Vitamin Kulit Cantik Glowing ni boleh terus whatsapp je Yani di +6019-934 7686. Jimat RM132 tau!
Promo Set Youth |
Promosi kali ini bukan sahaja untuk kecantikan dari dalaman sahaja, tapi untuk luaran juga ada. Hanya dengan pembelian Youth Radiance C+E ni korang akan dapat 2 item best PERCUMA! Nak Yani cerita detail whatsap je Yani.
Kesan pengambilan ESP dan Vitamin C ni memang sangat mengujakan!
ReplyDeleteKann... :d
Delete