4

Bermula Dengan Hanya RM65


Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee (Master Coordinator) hanya dalam masa 8 Bulan Sahaja. Perjalanan bersama Shaklee bermula dari November 2012 dan sehingga Julai 2013 Sahaja Yani telah mendapat gelaran Master Coordinator. Namun ini semua bukanlah pengakhiran untuk perjuangan ini, tetapi bermula satu fasa yang baru untuk Yani dan YMS Empire.


Master 8 Bulan
 Gambar 1: Master Wan Muliani (Master Yani).


Bermula dengan seorang diri di bumi Terengganu akhirnya berjaya membina EMPAYAR di sini. Team Yani's Millionaire in Shaklee (YMS) kebanyakkannya adalah insan di sekitar Terengganu dan sebahagian daripada mereka adalah rakan-rakan sekolah dan universiti. Ukhuwah yang kian renggang dapat didekatkan dan yang dekat dapat dieratkan lagi. Syukur, Rezeki Allah itu sangat luas dan indah. Malah Yani belum puas untuk membantu lebih ramai lagi insan di luar sana yang ingin menjana pendapatan  dari rumah dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Dengan pendapatan daripada Shaklee, banyak keputusan besar dapat diambil. Antaranya Yani mampu mengambil cuti tanpa gaji bagi menjaga abah tersayang yang disahkan menghidap kanser usus. Sebulan selepas itu abah meninggal dan Yani tidak teragak-agak untuk terus meletakkan jawatan demi memikirkan tanggungjawab untuk menemani dan menjaga ibu. Syukur semua keputusan ini mampu Yani ambil dengan adanya "income" dari Shaklee. Andai Yani tidak mulakan semua ini dari awal, apakah pilihan yang dapat Yani buat ketika itu? Wallahullam.

Dengan Shaklee juga, Yani berpeluang menikmati percutian bertaraf 6 bintang ke Kota Kinabalu bersama suami dan pada Jun 2014 Yani berpeluang membawa Suami dan Ibu Tersayang ke Long Beach, California. Anda boleh baca di Shaklee Global Conference 2014/2015. Seterusnya, dengan hasil Perniagaan Shaklee juga Yani mampu membawa ibu dan bapa mertua mengerjakan Umrah Di Tanah Suci Mekah. Anda boleh baca selanjutnya pengalaman Mak dan Ayah Mertua Yani di Ma dan Ayoh Ke Tanah Suci Mekah.

Tak lupa insentif "Car Bonus" dari Shaklee yang melayakkan kami untuk menukar kereta baru yang lebih selesa untuk seisi keluarga. Nak tahu kereta kereta apa? Boleh baca Cabaran 30minit Basuh Kereta. Walaupun kami baru mempunyai 2 orang anak tapi rasa tanggungjawab untuk memberi keselesaan pada ahli keluarga yang lain masih menebal. Rezeki Allah ini untuk dikongsi bersama. Bersama Shaklee juga telah merubah peribadi Yani dari BIASA kepada LUARBIASA! Dikelilingi Master-master atau Leader-leader yang hebat serta Aura mereka membuatkan diri ini sentiasa TERUJA untuk menjadi insan yang LEBIH HEBAT!

Siapa sangka semua ini Yani dapat hanya dengan permulaan modal RM65 sahaja. Semoga MISI untuk menjadi JUTAWAN DUNIA & AKHIRAT tercapai bersama Shaklee. Insyaallah!










Jajahan Kuala Terengganu, Marang, Kuala Berang dan Kuala Nerus.

Jajahan Kuala Terengganu, Seberang Takir, Gong Badak dan Manir.




4 bisikan:

  1. Tahniah memang POWER. 8 Bulan sahaja dah berjaya.. Tanpa usaha yang cekal dan kesungguhan ia memang takkan tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Tuan, saya doakan Tuan Kaya dan Berjaya!

      Delete
  2. Org hebat dalam perniagaan shaklee rupanya...tahniah saya ucapkan

    Rasa kerdil bila puan jengah kami di blog picisan tersebut... :)

    Tahniah ya puan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih, tak perlu rasa kerdil.

      Pepatah org putihkan dah kata "Every Expert Once A Beginner".

      Salam Ukhuwah dari Yani.

      Delete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."