Sunday, March 26, 2023
0

Intermittent Fasting merupakan cara untuk menahan diri dari makan mengikut jadual tertentu. Cerita yang lebih terperinci mengenai Intermittent Fasting korang boleh baca di post Yani sebelum ni di Kenapa Intermittent Fasting Boleh Minum Air

 

Walaupun banyak kebaikan Intermittent Fasting ni, tetap ada keburukan dia

 

 

Adakah Intermittent Fasting ini Buruk untuk Anda?

Keburukan Intermittent Fasting itu bergantung sepenuhnya kepada jumlah masa yang diambil untuk berpuasa dan cara seseorang mengendalikan jumlah kalori dan jenis makanan yang diambil bagi mengelakkan berat badan kembali naik semula atau lebih berat lagi. Semuanya bergantung kepada kesesuaian individu masing-masing. Walaubagaimanapun Intermittent Fasting telah terbukti dapat membantu ramai orang menurunkan berat badan. Untuk post kali ini Yani akan fokus kan kepada side effect bagi Intermittent Fasting atau Keburukan Intermittent Fasting yang mana Yani sendiri dah rasa dan berjaya overcome.

Buat yang pertama kali ingin mencuba Intermittent Fasting ini merupakan 5 Cabaran Keburukan Intermittent Fasting yang perlu dilalui dan cara mengatasinya

 

1. Rasa Lapar & Craving

Bila kita dah kawal makan tu semestinya lumrah akan ada rasa lapar kerana badan mengambil makanan dengan jumlah kalori yang kurang dari sebelum ini. Analogi mudah adalah seperti kita sengaja skip makan tengahari dan hanya makan malam sahaja, maka sepanjang tempoh nak bertemu waktu makan malam tu mesti perut dah berkeroncong. Kan?

Mengikut kajian kita akan berasa lapar untuk beberapa hari  permulaan itu sahaja dan badan akan cuba adaptasi dengan situasi tersebut dan rasa lapar tu akan perlahan-lahan akan hilang.

Cara Yani mengatasi masalah Rasa Lapar & Craving ni mudah je dengan ambil makanan lebih protein dan mempunyai glisemik indeks yang rendah. Glisemik Indeks ialah satu ukuran secepat mana aras glukosa darah meningkat selepas memakan makanan tertentu. Glukosa mempunyai indeks glisemia 100. Kesan setiap makanan terhadap aras glukosa darah berbeza-beza.

Antara yang Yani sarankan adalah dengan ambil CinchShake Shaklee yang mana mempunyai glisemik indeks yang rendah dengan memberikan rasa kenyang lebih lama.

 

2. Pening Kepala

Pening kepala juga salah satu keburukan yang berlaku apabila kita mulakan Intermittent Fasting. Ianya juga bersifat sementara macam rasa lapar tadi juga. Pening Kepala ini tidak memudaratkan kerana ianya hanya bersifat sementara. Ianya terjadi disebabkan badan kita mula rasa kekurangan gula dan kefein dalam badan.

Biasanya Yani akan overcome dengan pengambilan B-complex Shaklee. Dalam B-Complex tu ada vitamin B2 yang mana sangat membantu untuk membantu melegakan simptom stress dan migrain


3. Berak Tak Lawas

Bila makan dah kurang, maka nak membuang pon akan kurang dan tidak selancar dulu kan? Dulu asal pagi je berak, ni bila buat Intermittent Fasting kadang-kadang 3 hari baru terasa tapi bila nak membuang terasa keras semacam najisnya sebab  lama terkumpul. Biasanya Yani overcome dengan lebihkan makanan yang ada fiber, iaitu sayur. Tapi tak semua orang boleh hadap makan sayur macam makan fries kan?

Maka Yani overcome dengan pengambilan Alfalfa Complex. Ko tak payah susah-susah cari sayur hijau la purple bagai la. Ambik sepuluh biji terus telan selepas makan memang terus terasa kesannya. Dalam Alfalfa Complex ni complete ada fiber dan kalsium. Kalsium ni sangat penting bukan hanya untuk tulang tapi untuk bantu otot-otot usus kita melancarkan proses perjalanan najis keluar tanpa perlu meneran kuat-kuat pon. Duduk, tarik nafas dan hembusss, terus selesai.


4. Dehidrasi

Kenapa boleh dehidrasi? 

Kan Intermittent Fasting boleh minum air? 

Betul, ramai yang terlupa untuk minum air bila buat Intermittent Fasting ni. Yela sebab dah terbiasa dengan Puasa yang biasa tu. Dan buat yang belum tahu Intermittent Fasting ini dimana kita boleh minum air tapi hanya air kosong tanpa kalori. Cara mudah untuk mengetahui kita kurang pengambilan air ialah dengan lihat kepada warna air kencing, biasanya warna lebih gelap dari biasa.

Cara atasi mudah je, letak botol air besar atas meja dan minum lah sedikit setiap kali ternampak botol tu. Cara lain boleh dapatkan Performance Drink, dan minum bila waktu eating window. Memang akan terasa berbeza sangat dan rasa dahaga tu macam hilang begitu sahaja.


5. Kekurangan Nutrisi

Biasanya yang terjadi bila Intermitten Fasting ni ialah kita puasa makan dan muka akan nampak penat dan tak glowing. Sepatutnya badan makin sihat, maka muka kita akan nampak glowing je kan? GLowing bukan masa eating window je tapi senantiasa glowing dan nampak bertenaga.

Sebab tu Yani syorkan ambil supplement Set Kurus Shaklee Intermittent Fasting. Cara paling mudah untuk topup segala kekurangan nutrisi sepanjang kita puasa tu. Glowing bukan hanya luaran tapi dari dalaman juga. Cerita detail mengenai Set Kurus Shaklee ni korang boleh baca di post Yani sebelum ini di Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee


Sebagai tambahan dari 5 Keburukan Intermittent Fasting yang Yani dah senaraikan di atas. Berikut Yani senaraikan pula beberapa individu yang perlu elakkan Intermittent Fasting

  1. Meraka yang mengandung dan menyusu
  2. Warga Emas 
  3. Mereka yang ada masalah "Eating Disorder"
  4. Mereka yang sedang mengambil ubat-ubatan hospital

Buat mereka yang ada masalah kesihatan kronik dan ada pengambilan ubat-ubatan boleh rujuk kepada penasihat perubatan masing-masing sebelum meneruskan Intermitten Fasting walaupun ianya telah terbukti banyak membantu  bagi masalah obesiti, diabetes, masalah jantung, kanser, tekanan darah dan inflammasi.

Boleh juga baca perkongsian dari Master Farihah mengenai Kolagan dan Intermittent Fasting di 5 Keburukan Intermittent Fasting Yag Ramai Tak Tahu. Menarik sangat kaitan kekurangan kolagan dengan intermittent fasting ni.


Boleh terus Whatsapp Yani untuk mendapatkan Supplement Shaklee:

  1. Cinch Shake - bantu kurangkan rasa lapar
  2. Pening Kepala - B Complex
  3. Berak Tak Lawas - Alfalfa Complex
  4. Dehidrasi - Performance Drink
  5. Kekurangan Nutrisi - Set Kurus Shaklee Intermittent Fasting

0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."