Alhamdulillah, Yani kembali bersiaran melalui blog sekarang. Jangan lupa follow rapat-rapat tau untuk tahun 2023 ni.
Permulaan tahun 2023 Yani adalah dengan Intermittent Fasting. Iye! Sebab azam nak kurus tahun lepas bergerak sikit je, maka tahun ini bakal menjadi kesinambungan azam kurus Yani.
Buat permulaan Yani akan terangan secara umum sahaja bagi mudah faham dan boleh terus praktik jika berminat.
Apa itu Intermittent Fasting?
Bahasa mudahnya berpuasa, tapi teknik puasa ini berbeza dengan puasa umat islam di bulan Ramadhan. Intermittent Fasting ada tekniknya dan bukan sekadar berpuasa main-main sekejap ada sekejap takde.
Intermittent Fasting merupakan teknik puasa secara berkala, biasanya terbahagi kepada 5 kategori tempoh jam berpuasa.
- 13 Jam
- 16 Jam
- 18 Jam
- 20 Jam
- 36 Jam
Setiap kategori mempunyai kelebihan masing-masing. Setiap kelebihan kita akan Yani ceritakan di ruangan yang lain.
Sepanjang tempoh Intermittent Fasting akan terbahagi kepada 2 fasa
- Fasa Berpuasa
- Fasa Makan
Dalam tempoh Berpuasa inilah dikatakan bahawa boleh minum air. Betul ke?
Sedapnya Air Performance Drink campur dengan limau kasturi |
Boleh minum air ketika Intermittent Fasting?
Iye betul, sepanjang tempoh berpuasa sebarang minuman yang tiada kalori atau tiada nilai tenaga dalam dia memang kita boleh minum. Contohnya seperti air masak atau air mineral.
Selain daripada air kosong, air yang dibancuh teh tanpa gula juga boleh. Contohnya Yani selalu minum bersama Cinch Tea bila Intermittent Fasting. Bukan sekadar hilang dahaga tapi sangat membantu boost metabolisma badan. Kesan dia lebih mudah nampak bila kita exercise, jogging biasa bakar 300 kalori je tapi dengan Cinch Tea boleh boost sampai 400 kalori sehingga 450 kalori.
Intermittent Fasting bersama Cinch Tea |
Manakala apabila masuk fasa makan pula kita digalakkan memilih makanan yang sihat seperti yang kurang gula, tidak bergoreng dan tidak mempunyai bahan perasa tiruan. Bergantung kepada niat kita, nak buat Intermittent Fasting sekadar nak kawal insulin dalam darah atau nak kurus? Semua ini akan mempengaruhi jenis makanan yang kita akan ambil sepanjang fasa makan ini.
Kawal Insulin?
Iya, antara kebaikan Intermittent Fasting adalah dapat bantu kawal kembali Insulin dalam badan atau membuatkan badan lebih peka terhadap perubahan gula dalam darah. Ini sangat berkait rapat terutamanya buat mereka yang menghidapi masalah kencing manis atau bahasa hospitalnya diabetes.
Selain dari membantu kawal paras insulin dalam darah, ada banyak lagi kelebihan Intermittent Fasting ni, antaranya:
- Membantu proses detoksfikasi
- Menjadikan badan lebih efisian membakar lemak
- Meningkatkan Metabolisma badan
- Membantu mengawal craving atau rasa lapar
- Mengurangkan kadar keradangan atau inflammasi badan
- Meningkatkan fungsi otak dan daya ingatan
- Memperbaiki kesihatan usus
- Memperbaiki sistem imun badan
- Sebagai rawatan Anti-Stress
- Mencantikkan kulit
0 bisikan:
Post a Comment
Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.
"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."