Melaka Bandaraya Bersejarah
Apabila sahaja sebut Melaka, mesti anda terus terbayangkan Cencaluk dan Asam Pedas yang masyukkk menusuk selera. Pada 8 Disember 2014 lepas, Yani sempat mengunjungi Melaka Bandaraya Bersejarah. Jom Yani kongsikan 5 perkara wajib buat di Melaka.PLUS Expressway
Perjalanan Yani bermula dari Gombak Kuala Lumpur memandangkan dah bermalam kat rumah adik di Gombak... (Mekasih Mok Mie & Pok Lee). Niatnya nak bertolak awal pagi tapi pepaham jela dah anak dua ni macam-macam ragam la. Antaranya; bila nak bertolak je Hadif berak la.... tak pun si Haziq.... hehe... tapi itulah rencahnya yang menjadikan seharian ni menarik.Maka bertolak lah kami dari Gombak pada pukul 10:30 pagi melalui MRR2 dan troooooooosssss melalui Highway PLUS (North South Expressway- NSE). Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 2 jam dengan hadlaju biasa. Alhamdulillah kami sampai di Melaka lebih kurang pukul 1:30 tengahari dan memang sedang elok timing untuk Lunch di Melaka.
5 Perkara Wajib Perlu Anda Buat Di Melaka dari Yani:
1) Masakan Asam Pedas:
Banyak sangat lokasi yang menyediakan asam pedas yang kaw! Tapi Lokasi kali ini Yani Pilih Asam Pedas Selera Kampung.2) Pekena Coconut Shake:
Kalau tak pekena Coconut Shake memang tak sah ke Melaka. So Yani pilih Coconut Shake di Klebang iaitu Klebang Original Coconut Shake.3) Seterusnya, Cencalok:
Sangat sinonim dengan Melaka, Yani pilih ada sebuah kedai di tepi jalan Pantai Klebang. Nantikan kedai yang mana dan kenapa Yani pilih kedai tu.4) Cafe Bus dan Bustel:
Sambil bersiar-siar jom kita terjah Cafe Bus yang menjadi daya tarikan baru di Klebang. Apa yang bestnya? nantikan...5) Ikan Bakar & Nasi Lemak di Umbai:
Yani akhiri jelajah ke Melaka dengan Makan Malam di Umbai yang sememangnya terkenal dengan Ikan Bakar dan Nasi Lemaknya yang super sedap. Nantikan Kedai pilihan Yani.Perkara 1: Jom kita cari Asam Pedas!
Terus dari Gombak kami mencari Asam Pedas seperti yang telah di recommendkan oleh rakan-rakan Yani. Destinasi kami adalah Kedai Asam Pedas Selera Kampung. Lokasi Kedai Makan kita kali ini adalah di Bandar Hilir, Melaka betul-betul di tengah-tengah bandar Melaka.Bismillah
Sebelum makan kita mulakan bacaan doa dan Bismillah. Dean Kayree macam biasa akan makan Phytocol-ST terlebih dahulu untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol berlebihan ke dalam badan. Tapi perlu diingat, jarak masa paling optimum untuk ambik Phytocol adalah setengah jam sebelum. Mahu mencuba kolestrol blocker? Boleh dapatkan Phytocol-ST secara online.Cencalok VS Budu
Kipas VS Hawa Dingin
Suasana dalaman kedai ni terbahagi kepada 2:1) Ruang Kipas Biasa.
2) Ruang Berpenghawa Dingin.
Ruang berhawa dingin agak limited jangkaan untuk 40-50 orang dan ruang yang selebihnya mampu menampung lingkungan 50-80 orang.
Rupa dan Rasa
Mesti korang pon tertunggu-tunggu nak tahu sedap ke tidak? Nampak semuanya mengiurkan...Dari segi Rupa memang 10/10, dari segi Rasa pula untuk Asam Pedas Yani bagi 6/10 la memandangkan kurang kicknya, tapi lauk yang lain memang menjadi. Contohnya seperti Daging Salai Masak Lemak memang sangat sedap. Ikan Terubuk Cicah Air Asam pon pergh! Marvelous!. Yang menjadi penyedapnya adalah Air Asamnya yang menjadi dan Sambal Belacannya yang Super Kick! Ketam Masak Lemak kurang kick memandangkan ketam tak berapa fresh tapi masih acceptable la. Sayur Kangkong Goreng Belacan pon sedap. Paru Sambal pon sedap tapi memandangkan lauk dah terlalu banyak lauk Paru Sambal ni tak berapa "masuk" dek kerana dah ada Sambal Belacannya yang memang "mengena". Ha! Nasi juga memainkan peranan, lembut je dan memang sesuai dengan lauk pauk yang disediakan. So anda yang berhajat ke sini WAJIB cuba Daging Salai Masak Lemak, Sambal Belacan & Air Asam dia. Memang Terbaik! Mungkin ada beberapa lauk yang Yani miss nak elaborate lagi, so korang yang dah cuba boleh la berkongsi RASA di ruangan Komen nanti.
Lepas makan jangan lupa Omega Guard untuk membantu menurunkan kolestrol jahat dan Lechitin untuk membantu flush lemak-lemak dalam badan.
Manakala, bagi mereka yang mempunyai masalah alergi makanan laut (seafood) anda boleh mencuba Alfalfa Complex sebelum makan bagi membantu masalah alergi. Boleh dapatkan juga Alfalfa secara online.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Next! : Perkara 2
Perkara ke-2 yang wajib anda buat di Melaka adalah pekena Coconut Shake!Nantikan di post akan datang, banyak gambar-gambar menarik Yani ingin kongsikan bersama pengembaraan di Melaka ni.
Sampai Jumpa lagi...
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
0 bisikan:
Post a Comment
Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.
"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.