Wednesday, December 17, 2014
0
Kita sambung perjalanan di Melaka kita sebagaimana yang sebelum ini 5 Perkara Wajib Perlu Buat Di Melaka. Sebelum ni Yani dah ceritakan berkenaan Masakan di Kedai Asam Pedas Selera Kampung masakan Masak Lemak mereka yang  sangat sedap tapi Asam Pedas yang kurang Kick.


Gambar 1: Sekilas dari post sebelum ini, Lauk-Pauk di Kedai Asam Pedas Selera Kampung.




Perkara 2: Coconut Shake... Shake! Shake! Shake!

Perjalanan di teruskan ke Pantai Klebang untuk Pencarian Coconut Shake!

Sesampainya di Pantai Klebang dah petang so sekali lagi memang timing sesuai untuk minum petang, tapi Dean Kayree kata masih tak rasa lapar dek kerana pengambilan Alfalfa. Bak kata Pepatah Teganu:
Perut rase Sebu..

Baru ku sedar, Alfalfa mampu membantu mengurangkan selera makan, sesuai sangat dengan mereka yang nak diet macam Dean Kayree. Juga boleh dapatkan Alfalfa Complex secara Online.

Perjalanan tetap mengikut jadual dan kami sampai di Pantai Klebang pada pukul 4.30 petang. Kedai Coconut Shake pilihan Yani kali ini  ialah Klebang Original Coconut Shake. Jarak perjalanan dari Bandar Hilir, Melaka ke Pantai Klebang hanya mengambil masa 10 minit ke 15 minit. Senang untuk mengenal pasti lokasi Klebang Original Coconut Shake ni memandangkan jalan akan SESAK sebelum sampai di Lokasi Kedai. Jika anda dari Bandar Hilir, Lokasi kedai akan berada di sebelah kanan.



Klebang Original Coconut Shake

Untuk pengetahuan anda, kedai yang berhampiran Jalan (bahu jalan) adalah untuk bungkus (take away) sahaja sebagaimana Gambar 2. Waktu Yani sampai orang tak ramai sangat untuk Take-Away tapi kereta agak banyak dan mula sesak.



  Gambar 2: Lokasi Take Away, anda dapat sebelah kanan jalan agak sesak.





Untuk Dine-in atau makan bersama Keluarga, anda perlu susur ke dalam sedikit dan anda akan lihat Pintu Gerbang yang dibuat Khas menunjukkan Klebang Original Coconut Shake sebagaimana Gambar 3.



 Gambar 3: Pintu Gerbang yang akan menyambut setiap tetamu yang datang. Ada feel welcoming gitu.





Seusai anda susur masuk melalui Gerbang Penyambut Tetamu, anda akan terus ke ruangan Parking kereta yang sangat luas. Anggaran untuk 50-80 buah kenderaan.



Gambar 4: Pandangan Kawasan Parking ke Arah Kedai, sebelah kanan masih banyak Parking disediakan untuk pelanggan.






Jom! Minum Petang...

Bila sampai je kedai, Haziq pulak berak..... memang "menyambut tetamu gitu". So tandas yang besar dan bersih turut disediakan untuk kemudahan pelanggan. Kami pun selesaikan "hajat" Haziq dulu then terus masuk ke kedai. Di kedai ni, ada sediakan makanan seperti nasi lemak, mee goreng, beberapa kuih muih dan jagung. Itu antara yang Yani ingat. Tapi yang penting jangan lupa order  Coconut Shake!


Gambar 5: Untuk Dine-in disini. Ruang masuk ke kedai agak kurang welcoming.




Special atau Biasa?

Setiap makanan dan minuman perlu dibayar terlebih dahulu selepas membuat pesanan. Yani ambil Coconut Shake special sebab ada 1 scoop Ice-Cream on top. Jika Coconut Shake biasa hanya tiada Ice-Cream on top. So cara pembuatan Coconut Shake yang Yani sempat tengok, diorang masukkan isi kelapa muda dan air kelapa muda, Ice-cream dan ketulan Ais lalu di kisar sehingga sekata. Hmmmm... mudah je! boleh cuba buat ni..hehe. Tapi pengisar yang diorang guna sangat best sebab ais yang dikisar sangat halus dan sedap je bila minum.



Gambar 6: Ni lah rupa Coconut Shake Special, rasa lemak dan fresh disamping ada rasa isi Kelapa Muda kecik-kecik yang dikisar dalam tu. Sedap Weh!
 



 Gambar 7: Tak cukup dengan Straw, Hadif cedok dengan sudu pula.




 Gambar 8: Mula-mula datang tak ramai sangat orang, lepas 10 minit makin ramai pula. Mungkin mereka baru pulang dari kerja terus singgah untuk menghilangkan dahaga. Ni pandangan ke arah kaunter untuk pesanan dan bayaran.



 Gambar 9: Macam biasa senyum semanisnya dan minum.... ermmmm... nyaman bak kata orang Sarawak.




 Gambar 10: Mok macam biasa tak akan lepaskan peluang untuk rasa Nasi Lemak yang dikhabarkan  Sedap tu.


 

Gambar 11: Ini antara juadah yang kami rasa. Antaranya, Kuih Karipap, Roti Sardin (dipotong kecil), Nasi Lemak, Nasi Kunyit dan Mee Goreng.





 
 Gambar 12: Yang terbaik hanya Nasi Lemak dan Coconut Shake sahaja. Yang lain hanyalah indah khabar dari rasa. Terutamanya mee goreng yang langsung TAK SEDAP dan masih kuat terasa kapurnya (macam tak basuh).





 Gambar 13: Sapik menjamu selera dengan Coconut Shake Special. Pengguna tegar Alfalfa dan Vivix.





 Gambar 14: Kaunter Bayaran dan Pesanan yang terbuka bersama dengan ruangan penyediaan Coconut Shake.



Sebelum ni, Yani pernah ke sini tapi hanya Take-away jela. So kali ni adalah lawatan ke dua. Dean Kayree pernah cuba rakam cara pembuatan Coconut Shake tapi pekerja tidak benarkan. So buat mereka yang ada hajat nak rakam Minta Maaf la ye... Tengok jela puas-puas, ingat dan cuba duplikasikan kalau nak buat kat rumah.




 Gambar 15: Ok, selepas disambut maka diiring pula untuk pulang dengan Pintu Gerbang yang cukup iconic.





Rupa VS Rasa

Selesai sudah minum petang yang agak singkat dan ini kesimpulan dari Yani. RASA Coconut Shake sangat SEDAP kerana Air Kelapa Muda masih terasa dan tidak ditenggelami oleh rasa lemak Ice-Cream. Wah! Macam Master Chef plak komennya. Dari Segi RUPA pula boleh diterima dan kalau boleh di cawan tu ada la printed "Klebang Original Coconut Shake" macam bekas yang Take-Away tu. Manakala, untuk makanan sampingan yang lain sebagaimana ulasan Yani pada Gambar 12.


Selamat Mencuba!





--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Seterusnya! Perkara 3; Cencaluk.

Cencalok! Untuk pengetahuan korang Cencaluk ni merupakan Makanan Tradisional Orang Melaka. Cencalok ni diperbuat daripada Udang Halus yang di panggil Udang Geragau. Pendek kata macam budu, tapi budu daripada Ikan Bilis manakala Cencalok dari Udang Geragau. Ada yang turut mengatakan bahawa di Persisiran Sarawak juga terdapat cencaluk. So sape orang Sarawak boleh kongsikan.



Gambar 16: Pelbagai pilihan Cencaluk di Persisiran Pantai Klebang.




Perjalanan seterusnya akan ke Kedai Kegemaran Yani untuk membeli Cencaluk, Belacan dan makanan-makanan tradisi tempatan Orang Melaka. Jom Terjah ke post seterusnya...







Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.



0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."