Friday, December 19, 2014
0
Selepas puas Shopping Cencaluk dan belacan segala, moh kita ke Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang. Sebelum tu, jangan lupa simpan Belacan di dalam Box atau Bekas Kedap udara bagi mengelakkan bau kurang menyenangkan dalam kereta anda. Lokasi dari Kedai Cencaluk tadi kira-kira 2km. Memang berdekatan sahaja sebagaimana post sebelum ni Cencaluk Di Melaka.

Yani ke sini pon secara tidak sengaja, tujuan sebenar hanya nak jalan-jalan di Persisiran Pantai Klebang, tapi terserempak pula dengan beberapa bas terbiar di sepanjang Dataran di tepi pantai yang dinamakan Dataran 1 Malaysia.

 
Gambar 1: Sekadar bawa Hadif bersiar-siar di tepi Pantai Klebang, tapi terjumpa Bas.



Gambar 2: Sepanjang laluan di Persisiran Pantai akan kelihatan Bas-Bas yang dijadikan kedai-kedai makan, Hotel/Motel dan Tandas Awam.



 Gambar 3: Ni dia bas Tandas Awam.


Bustel ini ialah Bus + Hotel/Motel, ianya merupakan bas-bas terpakai yang telah diubahsuai kepada sebuah Hotel/Motel. Manakala Cafe Bus pula ialah bas yang telah ditukar fungsi kepada sebuah cafe atau kedai menjual makanan dan minuman. Sangat Kreatif!

Semasa kehadiran kami, keadaan agak sunyi memandangkan kedai masih belum dibuka dan mungkin bukan hari hujung minggu.

Berdasarkan risikan kami Harga Sewa Bustel 1 malam per bilik adalah RM 80 untuk hari biasa dan RM 120 untuk hari Cuti Minggu atau Cuti Umum. Setiap bas telah diubahsuai mengandungi 2 bilik tidur untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Hmmm... kami sedikit ragu-ragu untuk mencuba memandangkan keadaan kawasan yang terlalu terbuka dan tiada privacy dan security yang meyakinkan.

Banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini seperti menunggang ATV, main layang-layang dan terdapat taman permainan berdekatan Persisiran Pantai.



 Gambar 4: Hadif memujuk Rayu Pok Sapik untuk membeli layang-layang.



 Gambar 5: Hadif nak main ATV tapi takde pon, hanya Track semata-mata.



 Gambar 6: Pemandangan indah Persisiran Pantai Klebang yang ditambak.



Gambar 7: Hadif dan Sapik main kejar-kejar gitu...

Koleksi gambar di dalam kawasan Bustel kami tidak sempat rakam detik di situ sepenuhnya kerana niatnya hanya nak drive along Persisiran Pantai dan menikmati pandangan pantai yang menenangkan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Perkara 5: Ikan Bakar & Nasi Lemak!

Nantikan kedai pilihan Yani berkaitan lokasi Ikan Bakar & Nasi Lemak terbaik Di Umbai, Melaka di post akan datang.


























Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.

0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."