Jom kita flashback sikit ape tu cencaluk dari previous post:
Cencalok! Untuk pengetahuan korang Cencaluk ni merupakan Makanan Tradisional Orang Melaka. Cencalok ni diperbuat daripada Udang Halus yang di panggil Udang Geragau. Pendek kata macam budu, tapi budu daripada Ikan Bilis manakala Cencalok dari Udang Geragau. Ada yang turut mengatakan bahawa di Persisiran Sarawak juga terdapat cencaluk. So sape orang Sarawak boleh kongsikan.
Perkara 3: Cencaluk!
Kenapa Yani suka Cencaluk dikedai ni? Sebab rasanya kurang masin berbanding kedai-kedai yang lain. Persinggahan ini bukan sekadar untuk membeli Cencaluk tapi termasuklah belacan dan kuih-muih tradisi orang Melaka.
Gambar 1: Ni lah rupa kedainya, belacan dan ikan kering bergantungan menyambut para pelanggan.
Kedai ni berada betul-betul di bahu jalan sebelah kiri jika anda dari arah Bandar Hilir dan merupakan kedai yang pertama ada gantung-gantung belacan dan ikan kering. Terdapat beberapa kedai yang sama rekabentuk dengan kedai ni sepanjang jalan di Pantai Klebang. So agak keliru mula-mula nak kenalpasti lokasi kedai seperti Yani dah singgah pertama kali sebelum ni. Pakcik yang menguruskan kedai ni bernama Yusop.
Gambar 2: Tak elok hasil seni Pakcik Yusop ni dibiarkan begitu sahaja, jom! Kita buat posing maut sket. Ada nampak gaya Ratu Belacan tak?
Gambar 3: Inilah dia Cencaluk! Macam-macam jenis ada...
Gambar 3: Selamat Datang... Bersama Mok tersayam.
Gambar 4: Pakcik kedai ni cakap, belacan yang digantung tu hanyalah cebisan potongan kotak dan bukan ada belacan, kecuali ikan masin. Kalau belacan memang semerbak la sepanjang jalan di Pantai Klebang ni.
Gambar 5: Sempat bergurau-senda dengan Makcik Kiah (nama samaran).
Gambar 6: Ikan kering pon ada, sedap ni sebagai pelengkap juadah kalau Mok buat Gulai Ayam.
Antara barangan Yani sempat beli adalah dodol, cakar ayam, acar buah, belacan dan cencaluk(wajib). So sesi RUPA dan RASA takde lah untuk post kali ini memandangkan masih belum sempat di rasa sepenuhnya. Insyallah, jika dah dicuba akan di add-on sahaja nanti.
Cencaluk + Budu= Cendu?
Cencalok yang dijual disini di dalam botol sebagaimana Gambar 3, dan hidangan anda boleh campurkan dengan cilipadi bagi tambah rasa pedas macam Kedai Makan Asam Pedas Selera Kampung (rujuk Gambar 7). Tiba-tiba Yani dapat idea, kenapa tak campurkan Cencaluk dengan Budu? Mesti Kebaboom sedapnya kan? Mesti cuba ni...
Gambar 7: Cencaluk di Kedai Makan Asam Pedas Selera Kampung.
So sesiapa dah cuba Cencaluk + Budu boleh kongsikan di ruang komen yea... Excited pulak nak cuba.
Selamat berCencaluk!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkara 4: Cafe Bus dan Bustel
Cafe Bus yang anda tahu mesti minum kopi dalam bas dan macam mana pula bustel? Bustel ni ialah Hotel dalam Bas. Memang menarik! Nantikan kupasan dari Yani di post berikutnya...
Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani
Email: wan_muliani@yahoo.com
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.
0 bisikan:
Post a Comment
Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.
"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."