Thursday, January 01, 2015
2

Alhamdulillah, sampai juga di USA!

Perjalanan yang sebelum ini anda boleh baca di Bahagian 1 dan Bahagian 2 . Alhamdulillah, kami sampai di Los Angeles International Airport, California anggaran pada pukul 6.30 petang. Penat hilang macam tu je bila dapat menghirup udara L.A. Syok O!


Gambar 1: Bendera USA menyambut kami.



Gambar 2: Semua periksa beg masing-masing takot ada barang yang diambil.



Agak kalut juga apabila beberapa ahli kumpulan kami ada yang ditahan semasa pemeriksaan imigresen. Kebanyakan yang di "interview" sekadar untuk bertanyakan latar belakang dan tujuan lawatan. Yang ditahan kebanyakannya ada permulaan nama Muhammad bukan MOHD. Alhamdulillah, Yani sekeluarga dipermudahkan. Ya, mereka banyak tanya semasa nak cop passport kita tu, kena jawab dengan Yakin dan Konsisten...eceh...

Semua Suami Yani jawabkan dan pertalian keluarga juga di tanya semasa di kaunter imegresen. Suami dah ready buku Schedule Program kami sepanjang berada di US sebagai pemudah cara. Bila dah lepas imegresen, luggage pulak kami takut kena periksa. Maklumlah, macam-macam mak nenek makanan bawak. Antaranya sambal ikan bilis, makanan dalam tin dam macam-macam lagi, maklumlah dua minggu kat US. Tapi Alhamdulillah, semua smooth je. Kami pun ke pintu Keluar Airport sebagaimana Tourist Guide kami tunjukkan tempat menunggu atau berhimpun untuk kumpulan kami.


Gambar 3: Mok terus nak update status di Facebook.


Gambar 4: Semua berehat sambil menantikan mereka-mereka yang sedang di"interview".


Gambar 5: Master Aiman dengan Semangat Johornya dibawa ke California.


Gambar 6: Antara mangas "interview" yang Yani sempat temu-ramah.


Gambar 7: Sebenarnya cameraman nak snap gambar beg hitam tu tapi silau tengok Yani senyum...haha.


Gambar 8: Antara insan-insan yang hebat dan positif!





Next, semua ahli kumpulan dah cukup dan kami bergerak ke Bas bagi menyambung perjalanan kami ke Hotel untuk berehat dan makan-makan.




Gambar 9: Antara Tourist Guide kami.


Gambar 10: Master Farizan in action!


Gambar 11: Master Yani dengan gaya terkejut tengok paparazzi. Haha.... Eh! Mok mana?


Gambar 12: Nombor Plate California!
Kami diceritakan oleh Tourist Guide bahawa nombor plate hadapan kenderaan adalah tidak wajib diletakkan di US dan nombor plate pemilik boleh memilih apa saja nombor yang mereka berkenan.. Syok kan? Dah terasa nak berhijrah ke US ke?



Gambar 13: Menara Kawalan di LAX (Los Angeles International Airport).



Gambar 14: Celine yang sentiasa senyum selaku Nutritionist Shaklee.



Kereta Best!

Antara daya penarik lain di US adalah keretanya yang semua best-best macam dalam Game or Movie tu. Ni antara Yani sempat snap untuk anda.



Gambar 15: Dodge Charger.

Gambar 16: Jeep Grand Cherokee.

 
Gambar 17: Ford, memang terasa USA.



Gambar 18: Toyota pon ada.


Senibina Unik

Bangunan pertama yang kami jumpa sangat menarik! Rupanya bangunan sebahagian daripada LAX (Los Angeles International Airport). Rekabentuk macam kapal angkasa! Di US dia panggil Theme Building. Ni yang Yani cedok dari Wikipedia.org.

The distinctive white googie "Theme Building", designed by Pereira & Luckman architect Paul Williams and constructed in 1961 by Robert E. McKee Construction Co., resembles a flying saucer that has landed on its four legs. A restaurant with a sweeping view of the airport is suspended beneath two arches that form the legs. The Los Angeles City Council designated the building a Los Angeles Historic-Cultural Monument in 1992. A $4 million renovation, with retro-futuristic interior and electric lighting designed by Walt Disney Imagineering, was completed before the "Encounter Restaurant" opened there in 1997.[31] Visitors are able to take the elevator up to the roof of the "Theme Building", which closed after the September 11, 2001 attacks for security reasons and reopened to the public on weekends beginning on July 10, 2010.   -Wikipedia.org


Rupanya restoran dan dibina pada tahun 1961 lagi, bangunan lama dan rekabentuk menarik. Kalau dulu dah nampak moden, sekarang? Post-Modern?


Gambar 19: Gambar dari dalam bas.



Gambar 20: Mula-mula tengok macam gim, tapi ni mungkin dapur dia.



Gambar 21: Ni nampak macam ruang stor atau ruang basuh pinggan.



Gambar 22: Ni mesti Ruang Makan.




Urbanscape California

Perjalanan kami dari Airport LAX ke Long Beach ambil masa anggaran 45minit. Sementara sampai di Hotel, jom kita layan pemandangan di sepanjang perjalanan ke Hotel dari dalam Bas.




Gambar 23: Jalanraya agak sesak ketika keluar dari Airport LAX.
 


Gambar 24: Flyover dikala Sunset.



Gambar 25: Square Enix terkenal dengan Game Development dan konsole.



Gambar 26: Boeing syarikat gergasi pembuatan Kapal Terbang.



Gambar 27: Ni Boeing atau Airbus?



Gambar 28: Rekabentuk perumahan yang Barrier Free.


Gambar 29: Material Kaca banyak digunakan kerana sesuai dengan cuaca mereka di US.



Gambar 30: Sunset Perumahan.
 


Gambar 31: Kesesakan lalulintas.




Gambar 32: Kita akan ke Long Beach.




Gambar 33: Pokok Palma yang tinggi-tinggi.



Gambar 34: Jalanraya yang luas!




Gambar 35: Teringin nak ke Best Buy cari Gajet murah-murah. hehe.




Gambar 36: Driver sebelah kiri di US.



Gambar 37: Clubhouse?



Gambar 38: Bodykit Honda Civic US lain skit dari Malaysia.



Gambar 40: Gudang jual pakaian pejabat?




Gambar 41: Herbalife California.




Gambar 42: Shoplot?


Gambar 43: Gereja.



Gambar 44: Banyak betul terserempak dengan Kapal Terbang. Sibuk ruang udara di Los Angeles.



Gambar 45: Amarekaaaaaa...



Gambar 46: Hah! Dah nampak Long Beach tuuuu......



Gambar 47: Menarik betul advertisement diaorang.



Gambar 48: Macho betul Mercedez ni. Macam Hilux pulak.



Gambar 49: Tangki Air struktur besi, beza dengan Malaysia guna RC (Reinforced Concrete).





Gambar 50: Pemandangan di pelabuhan.




Gambar 51: Skyline aktiviti dipelabuhan penuh dengan kren.




Sampai Di Hotel Hilton, Long Beach, California.

Alhamdulillah, sampai ke Hotel Hilton di Long Beach. Ketibaan kami disambut meriah oleh Presiden Shaklee Malaysia, Mr. Victor Lim. Kami sekeluarga dikalungkan bunga, sesi bergambar dan dihidang dengan welcoming drinks. Seterusnya kami terus dijemput ke dewan untuk menikmati hidangan makan malam.



Gambar 52: Victor Lim menyambut kami dengan penuh senyuman.



Gambar 53: Bersama Master Farizan.




Gambar 54: Kami sekeluarga.



First Impression, memang Wow! Semua nampak sedap-sedap juadah yang dihidangkan, mungkin sebab lapar kot. Jom! Menjamu Mata...



Gambar 55: Haaa... ni plate husband.



Gambar 56: Mok pon kata sedap sangat makanan.




Gambar 57: Pilihan Salad, Yani tak makan sayur tapi ambil Vita-lea untuk gantikan sayur dalam nutrisi harian.





Gambar 58: Salad dan dressing. Sedap husband cakap.




Gambar 59: Grill Salad, merasa la makan makanan macam dalam Astro AFC tu. Zucchini, baby carrot dan macam-macam lagi yang tak tahu nama apa.




Gambar 60: Macam wedges tapi ni lagi sedap.




Gambar 61: Pilihan Pasta.




Gambar 62: Pasta Tortiglioni




Gambar 63: Ni Ikan masak ape ntah tapi sedap.




Gambar 64: Ni Ikan dalam Cream Sos, memang kaw!




Gambar 65: Cheese Cake yang super light.... sedap!




Gambar 66: Carrot Cake pon sedap sebab ada kacang badam kat tepi... yummy!


Sambil kami menikmati juadah makan malam, kami turut diberi penerangan oleh pihak Shaklee berkaitan Jadual untuk hari esok dan perkara-perkara yang berkaitan bagi melancarkan Program kami sepanjang di Long Beach, California.



Gambar 67: Suknit sedang memberi penerangan.



Gambar 68: Tengah Syok makan, dapat pulak WiFi FREE, memang lah update segala media sosial... tapi yang penting maklumkan kepada family mertua yang kami dah selamat sampai dan tak sabar nak tengok Hadif Facetime.









Gambar 69: Fresh sangat buah strawberi.



Gambar 70: Master Cerry.




Gambar 71: Antara Jadual Aturcara kami untuk esok.





Gambar 72: Antara pelayan di Hotel.

Gambar 73: Warga US? bukan... Mexico.




Gambar 74: Mexicano Amigo?




Gambar 75: Chit-Chat with Victor Lim.





Gambar 76: Mok mencari Strawberi manis dan segar!





Gambar 77: Bermesra dengan Pencuci Mulut.





Gambar 78: Bersama kalungan bunga dengan Anisah yang Cantik Molek.





Gambar 79: On the way ke bilik.





Gambar 80: Bergambar dalam bilik Mok, bilik Yani belum terjah lagi.





Gambar 81: Bathroom macam biasa.




Gambar 82: Ala-ala Powder Room gitu.


Bilik Hotel yang luas dan best. Cuma design mungkin agak ketinggalan sikit tapi selesa. Sampai je kat bilik terus siapkan diri untuk tido tapi tak boleh lelap memandangkan masa di Malaysia pada waktu ini adalah petang. So masih teras Jet lag lagi. Sebelum tido husband sempat snap gambar sebelum kami tertido keletihan.



Gambar 83: Buah strawberi yang manis.





Gambar 84: Carrot Cake yang sedap sangat.





Gambar 85: Cheese Cake yang ringan macam awan, best!





Gambar 86: Parking lot ada ruang untuk buka pintu?





Gambar 87: Selamat Malam Long Beach, California.


Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dari Kuala Lumpur ke Long Beach, California. Waktu solat pula tidak dilupakan dan sepanjang perjalanan tadi kami sempat solat di Airport Hong Kong, hanya di kaki lima ruang perlepasan memandangkan penerbangan sedikit delay kerana cuaca hujan lebat. Permulaan perjalanan yang penuh pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Pada hari esoknya kami akan ke SHAKLEE LIVE 2014, Acara Gilang Gemilang yang diadakan untuk meraikan semua rakan niaga Shaklee yang bertungkus-lumus untuk berjaya demi keluarga dan rakan-rakan bisnes yang lain. Nantikan Tema Shakleeeffect!























Master Wan Muliani
019-934 7686
FB: www.facebook.com/oneyani 
Email: wan_muliani@yahoo.com 
Founder YMS Empire Sdn. Bhd.
Master 8 Bulan.





2 bisikan:

  1. OMG bestnya pegi US!! Los Angeles pulak tu. LA mmg menjadi lokasi percutian impian saya. tempat artis gitu. haha!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."