|
Gambar 1: Cari Barang Tersembunyi. |
Hari ni kita
skip cerita diet dan kurus. Saya nak kongsikan berkenaan Anakanda Sulong "Hadif". Next year tahun 2015 Hadif akan masuk Tadika, Eh! Taska la, bukan Tabika la.... Yang mana satu ni?
TASKA, TADIKA atau TABIKA?
Agak mengelirukan buat Bapa Muda (eceh) yang sebelum ini hanya mengadap Drawing dengan Kontrak je. So, dikesempatan dah bergelar sebagai
WAHD (Working At Home Dad) ni, saya ambil sedikit masa untuk cakna urusan anak-anak yang semakin riuh nak membesar ni. Taska, Tadika dan Tabika ni saya agak mengelirukan pada saya memula tu... selalu je dulu tanya Yani,
U nak register Hadif masuk mane Tadika ke, Taska ke, Tabika?
Sebenarnya dalam hati ni dah
confuse, kenapa la
term lain-lain. Sebenarnya Tadika, Taska dan Tabika itu adalah perkataan singkatan bagi Taman Asuha/Bimbingan Kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai Pra Sekolah untuk Anak-Anak dari umur 4 hingga 6 tahun.
Semuanya berkait rapat dengan kanak-kanak dan pengendali premis.
Peringkat awal adalah TASKA @ lebih dikenali dengan Taman Asuhan
Kanak-Kanak menempatkan kanak-kanak berusia bawah 4 tahun. Program
bersesuaian umur perlu dijalankan bagi memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk mempunyai pengalaman awal yang bermakna. -Nadi Permata.
Peringkat seterusnya pula adalah TADIKA @ Taman Didikan Kanak-Kanak
iaitu peringkat pra sekolah. Bagi KEMAS dan JABATAN PERPADUAN, ia lebih
dikenali sebagai TABIKA @ Taman Bimbingan Kanak-Kanak. Sementara di
sekolah-sekolah kerajaan pula lebih dikenali sebagai PRASEKOLAH.
Peringkat umur pula di antara 4 hingga 6 tahun. Juga bertujuan memberi
pengalaman awal kepada kanak-kanak sebagai persediaan untuk memasuki
persekolahan arus perdana. -Nadi Permata.
Pada akhir bulan November 2014, kami membuat keputusan untuk mencuba kelas atau Program The Little Caliph di Cendering Kuala Terengganu. Apa yang menarik minat kami suami isteri kerana Program yang menekankan Pengajaran yang berlandaskan Ajaran Islam, Komunikasi melalui Bahasa Inggeris dan ada Kelas atau Creative Session. Kami hanya ambil kelas percubaan terlebih dahulu selama sebulan untuk satu jam sehari bagi Hadif mengikuti Kelas Bacaan sahaja. Saya tak
target Hadif akan boleh
speaking dalam masa sebulan pergi program ni tapi sekadar untuk pendedahan awal dan dia belajar untuk bersosial dengan masyarakat.
Langkah Pertama Hadif: Baca Buku!
Masuk Kelas dan terus diberi buku untuk mengenal suku kata seperti "a", "ba" dan sebagainya. Dia sangat fokus, mungkin kerana kami selalu memberi Hadif Omega Guard untuk membantu dia lebih fokus dan mempunyai Daya Ingatan yang kuat.
|
Gambar 2: Hadif sedang belajar mencari abjad di dalam buku. |
|
Gambar 3: Sangat Fokus! |
|
Gambar 4: Mula hilang fokus bila bersendirian. |
Hadif mula menunjukkan tanda-tanda hilang fokus selepas tiada Cikgu
guide dia, dan saya dah keluar dari kelas untuk melihat telatah dia bila berjauhan. Tiba-Tiba, Cikgu Hadif bawa hadif keluar tempat saya menunggu. Rupanya dah menangis cari "Aboh mana". Alahai Hadif ingatkan dah cukup kuat untuk ditinggalkan, memandangkan selalu je tinggalkan dia bersama Mok Tok dan Tok Ma. Lalu, bermula sesi pujuk memujuk Hadif supaya kelas bacaan diteruskan, saya tidak memaksa dan hanya berikan pilihan untuk dia dengan bertanya apa dia nak. Mula-mula,
Kenapa sedih ni? Kan Aboh ada tunggu kat luar.
Tamboh (Tak nak)...
pujuk lagi...
Aboh Hadif: Kan ada ramai kawan tu, best baca ramai-ramai...
Hadif: Taknak, tak suka...
pujuk lagi
Aboh Hadif: So Hadif nok apa? Acu kabo (cuba bagi tahu)
Hadif: Hadif nok balik... Tak suka la Aboh...
Aboh Hadif: Ok, Aboh ada idea...
Aboh Hadif: Hadif main kat luar ni dulu 3minit, lepas tu kita sambung baca buku tau...
Hadif: Ok Aboh! Jom! (sambil kesat air mata berlinangan.)
Langkah Kedua: Main La...
Maka bermain lah Hadif selepas 10minit baca buku... mungkin anak-anak lingkungan umur Hadif ni nak datang sekolah sebab nak main je kan? Ape pon, asalkan seimbang main dan pelajaran. Mula-mula saya ambil keputusan nak hantar pon sebab ada
outdoor playgound yang nampak best kat sini. Jom Main!
|
Gambar 5: Riang-ria hilang duka dikala bermain. |
|
Gambar 6: Main Gelongsor pula.. |
|
Gambar 7: Siap lambai lagi kawan-kawan kat dalam bagi jealous. |
|
Gambar 8: Suka sangat dapat main. |
Aboh Hadif: Ok! Dah cukup 3minit...
Alhamdulillah, Hadif masuk semula ke kelas tanpa sebarang bantahan. Cikgu dah sedia menunggu untuk dia lebih fokus.
|
Gambar 9: Masih tak dapat fokus, mata kemana jari ntah kemana. |
|
Gambar 10: Mata dah fokus, jari belum lagi... |
|
Gambar 11: Alhamdulillah, dah fokus siap sebutkan setaip patah kata. |
|
Gambar 12: Dah terlebih fokus, siap tunjuk dua jari ni... |
|
Gambar 13: Fokus kembali hilang.. mungkin buku tak colorfull kot...hehe |
Memang agak menguji kesabaran untuk melatih anak sekecil Hadif untuk betul-betul fokus belajar dan membaca. Saya yang memerhati ni pon geram je rasa... Haha... Cikgu-cikgu di The Little Caliph, Chendering memang hebat-hebat.
Langkah Ketiga: Jom Balik!
Sekejap sahaja rasanya masa berlaku, tak sempat nak
warming up rasanya. Hehe. So kelas diakhiri dengan sedikit nyanyian lagu suku kata yang kanak-kanak ni belajar tadi dan bacaan doa.
|
Gambar 14: Diajar buat bulatan terlebih dahulu. |
|
Gambar 15: Di ajar Sit Down dan Sit Up bagi meregangkan otot-otot badan dan aktiviti bersama. |
|
Gambar 16: Sit Up pula... |
|
Gambar 17: Hadif terganggu bila tengok kawan pergi ambil mainan. |
|
Gambar 18: Berimaginasi sendiri sambil ikut Cikgu mengajar. |
|
Gambar 19: Bagus dah dapat tumpukan perhatian. |
|
Gambar 20: Bacaan Doa bersama. |
Aboh Hadif: Macam mana kelas? Seronok?
Hadif: Seronok Sangat!
Aboh Hadif: Jom Balik!
Hadif: Jom! Tapi Abang nak main kejap...
Hmmm.... masih lagi mood nak main. So bagi la Hadif bermain dengan kawan-kawan dia... Suka sangat Hadif kalau berkawan dengan dengan kawan-kawan perempuan. Haish!
Alhamdulillah dia dah pandai bercampur dengan kawan-kawan...
|
Gambar 21: Hadif bermain lagi. |
|
Gambar 22: Pandai dia mengajak kawan main masak-masak bila tengok ada miniature dapur. |
Berakhirlah 30minit saya bersama Hadif dengan hanya tiga langkah dari Hadif untuk kelas membaca dan berkawan. Apa yang saya perhatikan Hadif ni jenis suka pembelajaran yang Kinestetik. Suka kepada pergerakan baru dia dapat fokus dan menarik minat. Kita nantikan Januari 2015 untuk sesi bimbingan penuh dari The Little Caliph untuk Hadif.
Macam biasa kami akan pergi
breakfast bersama, biasa ke
Pok Man Pasu.
Nasi Lemak dan
Roti Bakar Special kat situ sangat sedap weh! Menu kegemaran Hadif
Pulut Gaul Nyior dengan
Ikan Aye (Ikan Tongkol)...
Jom!
Master Dean Kayree,
019-9897 206
FB:
Dean KayreeSuccess Partner Master 8 Bulan,
Founder YMSphotographicSTUDIO.
0 bisikan:
Post a Comment
Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.
"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."