Sebelum kita terjah kepada cara makan, Yani nak kongsikan sedikit asas (basic) mengenai pemakanan Shaklee. Post kali ini sangat sesuai bagi mereka yang selalu bertanyakan;
Cara Makan Vitamin Shaklee...
#ESP ibarat Ibu segalanya
Jika anda hendak bermula dengan Shaklee, Yani cadangkan anda cuba ESP terlebih dahulu, memandangkan Protein merupakan asas kepada penghasilan sel tubuh badan kita. Pada masa yang sama protein yang cukup akan membantu membaik pulih sel-sel secara menyeluruh. ESP diibaratkan tanah yang membantu pertumbuhan pokok, tanah yang baik akan memberikan kesuburan yang baik pada pokok yang ditanam.
Gambar 1: ESP yang mengandungi 9 asid amino lengkap.
#Vita-Lea ibarat Bapa
Vita-lea merupakan multi-vitamin lengkap yang membantu memberi nutrisi lengkap dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Diibaratkan seperti baja untuk pokok, bila baja yang berkualiti dan semulajadi yang diberi maka pokok bukan sahaja segar tapi turut dapat mengeluarkan hasil yang baik.
Gambar 2: Vita-Lea, multivitamin 100 tahun yang cukup terkenal.
3 Cara Mudah Makan Vitamin Shaklee yang Yani maksudkan adalah melibatkan waktu makan, dos atau sukatan dan perkara yang perlu dielakkan.
1 #Sebelum Makan:
Phytocol-ST, Zinc Complex, Omega Guard, Lecithin & Alfalfa
Alfalfa mengandungi serat yang tinggi dan amat sesuai untuk persediaan awal. Alfalfa memerlukan air yang mencukupi dan diibaratkan seperti jaringan awal yang akan memerangkap segala kolestrol, lemak, toksik dan yang berkaitan sebelum diserap oleh badan. Sangat hot dikalangan kaki diet kerana pengambilan Alfalfa turut membantu mengurangkan selera makan. Selain itu sangat membantu memudahkan pembuangan air besar, masalah alergik (terutamanya alergi makanan laut) dan gastrik.Omega Guard dan Lecithin pula membantu memecahkan kolestrol dan lemak. Maka disarankan diambil 15-30minit sebelum makan tenghari dan malam supaya lebih mudah kolestrol dan lemak diuraikan daripada makanan yang dimakan tadi.
Zinc Complex dinasihatkan diambil ketika perut kosong kerana bagi mengelakkan gangguan penyerapan. Zinc kebiasaannya mudah tertarik pada makanan bijiran dan roti dan ini akan menyebabkan mudah dicerna tanpa sempat diserap sepenuhnya oleh badan. Seeloknya diambil 30minit- 1jam sebelum sarapan pagi.
Phytocol-ST mampu menghalang sehingga 80% kolestrol dari makanan yang diambil. Best kan? Tapi masa yang paling sesuai dan terbaik diambil adalah 30minit sebelum makan sajian utama. Pengambilan awal akan memberi ruang pada fitosterol yang mampu mengempur kolestrol jahat dibuang terus melalui pembuangan air besar. Kesan serta merta dapat dilihat melalui najis anda.
Tetapi jika terlupa boleh sahaja diambil bersama vitamin-vitamin lain pada bila-bila masa. Yang membezakan hanya yang Baik atau Lebih Baik Sahaja. Elakkan diambil banyak sekaligus kerana bagi mendapatkan kesan yang optimum atau terbaik dan untuk perlindungan yang berpanjangan setiap masa.
#Selepas Makan
Selain daripada Phytocol-ST, Zinc Complex, Omega Guard, Lecithin & Alfalfa
Selain daripada senarai di atas anda disyorkan mengambil selepas makan kerana sebahagian daripada vitamin ini memerlukan lemak sebagai pelarut untuk penyerapan yang terbaik. Antaranya vitamin A,D,E, dan K.Tambahan, untuk vitamin-vitamin selepas makan biasanya Yani syorkan anda bahagikan kepada beberapa waktu mengikut kesesuaian iaitu selepas Sarapan Pagi, Makan Tengahari, Makan Malam atau sebelum tidur.
Contohnya bagi Set Berpantang:
1# Sebelum Sarapan Pagi: Zinc, ESP
2# Selepas Sarapan Pagi: Vita-Lea, Vitamin C
3# Sebelum Makan Tengahari: Phytocol-ST, Lecithin, Omega
4# Sebelum Minum Petang: Alfalfa.
5# Sebelum Makan Malam: Phytocol-ST, Lecithin, Omega
6# Sebelum Tidur: Ostematrix
*ini hanya cadangan sahaja dan kebanyakan daripada pelanggan Yani lebih syorkan mengambil omega dan lecithin selepas makan memandangkan lebih mudah berbanding sebelum.
Namun diingatkan sekali lagi;
...jika terlupa boleh sahaja diambil bersama vitamin-vitamin lain pada bila-bila masa. Yang membezakan hanya yang Baik atau Lebih Baik Sahaja. Elakkan diambil banyak sekaligus kerana bagi mendapatkan kesan yang optimum atau terbaik dan untuk perlindungan yang berpanjangan setiap masa.
2 #Dos atau Sukatan
Paling MUDAH untuk anda rujuk dos setiap kali nak makan boleh hanya rujuk pada belakang setiap label vitamin yang diambil. Akan ada tertera;DIRECTIONS: Take 1 tablet daily.
Berlainan vitamin akan tertera berlainan dos. Rujuk pada label belakang vitamin sudah memadai akan tetapi pembahagian masa yang sesuai untuk pengambilan yang lebih optimum akan diberikan oleh Yani secara eksklusif untuk anda. Yang terbaik Yani syorkan anda rujuk Yani terlebih dahulu untuk cara makan serta cadangan yang lebih berkesan mengikut simpton-simpton sakit anda.
Gambar 3: Label belakang botol Vitamin ada menerangkan dos pengambilan.
3 #Elakkan!
Sebenarnya pemakanan vitamin Shaklee tiada pantang larang yang khusus. Yang perlu dielakkan hanyalah lebih kepada untuk mendapatkan kesan yang OPTIMUM sahaja. Ala macam Yani dah kabokan tadi antara BAIK atau LEBIH BAIK. Mesti korang nak yang LEBIH BAIK kan?
#Elakkan Vita-Lea bersama Ostematrix
Zat Besi di dalam Vite-lea akan menganggu penyerapan kalsium di dalam Ostematrix. Ambil Vita-Lea terlebih dahulu dan disusuli beberapa jam dengan Ostematrix. Kami Syorkan Ostematrix diambil sebelum tidur kerana kalsium mudah diserap ketika anda rehat atau tidur.
#Elakkan Bancuh ESP, Cinch dan Performance Drink Bersama Air Panas
Protein sangat sensitif pada perubahan suhu, suhu air panas akan menyebabkan Protein musnah begitu sahaja. Yani syorkan anda menggunakan air sejuk tanpa ais (chill water) kerana protein sangat mudah diserap bersama air sejuk. INGAT! AIS MUSUH UTAMA.
#Elakkan ambil bersama Kopi, Nescafe atau Teh
Kerana Kafein akan menyontot kadar penyerapan optimum setiap vitamin dan disyorkan diambil vitamin selepas 30minit atau 1jam jika masih nak minum minuman berkafein.
Tapi kenapa Cinch ada Cafe Latte? Kan ada rasa Kopi tu?
Yep! Memang ada kafein tapi merujuk kepada Nutritionist Shaklee bahawa kuantiti Kafein yang terdapat dalam Cinch Cafe Latte pada setiap hidangan adalah terlalu sedikit dan tidak mengganggu penyerapan vitamin.
Gambar 4: Cinch Caffe Latte antara Hot untuk mereka yang Nak Kurus.
#Soalan Bonus: Boleh Makan Shaklee Bersama Ubatan Hospital?
SANGAT BOLEH! Kerana vitamin-vitamin ini mampu menolong tubuh badan anda menyerap ubat-ubatan dengan lebih baik. Anda boleh rujuk Kenapa Perlu Makan Supplement atau Vitamin untuk pemahaman ringkas mengenai keperluan vitamin dan bagaimana badan memerlukannya.
Hanya perlu jarakkan pengambilan Vitamin dan Ubat-ubatan anggaran 30minit ke 1jam.
JANGAN BERHENTI! Dek kerana dah ada vitamin-vitamin Shaklee yang sememangnya memberi kesan positif untuk anda lalu anda mengambil keputusan untuk berhenti mengambil ubatan Hospital adalah tidak disyorkan Yani melainkan Doktor yang merawat anda memberi kebenaran mengikut kemajuan kesihatan anda yang semakin baik atau sebab-sebab lain.
0 bisikan:
Post a Comment
Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.
"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."