Monday, June 29, 2015
0

Makan untuk Sihat Bukan Sekadar Kenyang & Sedap!

 

 Gambar 1: Makan untuk Kenyang, Sedap atau ............?



Kebiasaan dari kalangan kita adalah Makan untuk Kenyang dan ada tenaga untuk kerja. Maka makan lah apa sahaja yang dirasakan sedap dan mampu membuatkan perut terasa kenyang.

Tak Betul Tu!


Kita Sepatutnya Makan untuk memenuhi keperluan Nutrisi Badan Kita. Maka kita perlu TAHU memilih makanan yang betul-betul bernutrisi tinggi bukan sekadar untuk Khasiatnya tetapi dapat jimatkan kewangan kita.

Tapi!


Kebanyakan Makanan yang kita makan sekarang boleh dikatakan hanya untuk Rasa Sedap dan Kenyang Sahaja Tanpa Nutrisi yang Tinggi. Ada pula makanan yang kita makan tu bukan sahaja tiada langsung Nutrisi akan tetapi merbahaya pula kepada kesihatan kita. Kan?



Apa Tanda-Tanda Kekurangan Nutrisi?

Secara ringkasnya badan kita saling berkait antara satu sama lain bermula dengan "sel". Sel dalam badan kitalah yang bergabung lalu membentuk tisu, organ , sistem dan seterusnya tubuh badan lengkap. Sel ni pula akan terus berkembang mengikut tumbesaran kita, maka setiap hari akan ada berbillion sel baru akan dihasilkan untuk mengekalkan pertumbuhan normal.




 Gambar 2: Dari Sel ke Tubuh Badan

Tapi...


Jika sel anda kurang hanya satu jenis nutrisi sahaja pasti akan terganggu penghasilan sel baru setiap hari dan keperluan sel itu sendiri maka ringkasnya pertumbuhan anda terganggu dan akan menyebabkan sakit sana dan sini.  Bagi mengelakkan sel-sel ini terganggu penghasilan mereka maka nutrisi yang yang cukup diperlukan setiap hari.

Ya! Setiap Hari!


Apabila ada nutrisi yang tidak mencukupi tubuh badan akan bertindakbalas melalui rasa sakit atau simpton awal sebelum sakit, contohnya kulit nampak kering,  badan tidak bermaya, luka lambat sembuh atau mudah selsema dek kerana sistem pertahanan badan yang semakin merosot. Jika dibiarkan maka akan melarat dan boleh membawa kepada sakit yang lebih serius contohnya Kanser, Sakit Jantung, Kencing Manis, Darah Tinggi dan sebagainya.


 Video 1: Gambaran mengenai sel.

Ketika simpton awal sakit anda perlu beringat dan ketika inilah mencegah lebih baik dari mengubati. Jika sudah kronik sememangnya Ubat diperlukan kerana ubat bertindak untuk mengubah fungsi sel bagi mencapai sesuatu hasil manakala supplement/vitamin ini pula hanya akan membantu sel badan untuk kembali sihat dengan semulajadi. Pendek kata, keberkesanan supplement/vitamin ini akan berkurangan ketika kronik tapi sangat membantu untuk membantu sel lebih optimum menyerap ubat-ubatan yang perlu diambil.



Pepatah Inggeris ada menyebut:
Give What Your Body Want,
Then It Will Heal Itself...

Mudah sangat jika kita tahu apa keperluan "sel" kita atau badan kita. Makanan utama sel kita bukanlah Nasi Lemak Ayam Berempah atau Roti Canai Telur Bawang Kuah Dal, akan tetapi makanan utama adalah Protein dan nutrisi selebihnya adalah Karbohidrat, Lemak Mineral, Vitamin serta Air. Semua ini diperolehi melalui penguraian makanan oleh sistem penghadaman kita. Melalui pemakanan ini juga akan mempengaruhi perwatakan anda dan rupa paras anda juga. Pendek kata ambil lah yang SEIMBANG untuk Hasil yang Ideal. Berdasarkan pepatah di atas, "Berilah apa yang badan anda mahu, Dan ia akan sembuh dengan sendirinya"... sememangnya jika nutrisi badan anda cukup maka badan anda secara automatik mampu merawat sendiri secara semulajadi.

Maka, di sini Supplement/Vitamin memainkan peranan yang SANGAT PENTING bagi melengkapkan keperluan Nutrisi seharian.

Keperluan Nutrisi ini hanya boleh didapati melalui makanan dan tidak dihasilkan oleh badan kita sendiri. Maka, penjagaan pemakanan yang Baik serta Seimbang perlu dititik beratkan bagi mendapatkan Nutrisi yang Lengkap.



 Gambar 3: Nutriferon bantu boost sistem imun dengan MUDAH.



 Gambar 4: Vivix antara yang paling eksklusif dengan kesan yang menyeluruh.




Bila dapat Nutrisi yang cukup bukan sahaja memberi kesan pertumbuhan baik tapi sebenarnya adalah untuk Kesihatan Yang Baik.


Maka dari enam jenis nutrisi ini akan dipecahkan kepada 3 kategori utama fungsi nutrisi iaitu Nutrisi untuk Pertumbuhan, Nutrisi untuk Pengatur Sel dan Nutrisi membekal Tenaga.



Dah Pening dengan macam-macam Keperluan Badan Kita?

Alahai, tak perlu pening. Yani ada untuk membantu anda semua, anda boleh terus Whatsaap/SMS je untuk nasihat dan cadangan. Seterusnyanya Yani akan kongsikan apa yang Shaklee sediakan untuk membantu melengkapkan keperluan Nutrisi kita seharian di post berikutnya.

Nantikan...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Masih "Blurr" Dengan Tahap Kesihatan Anda?

Anda rasakan seperti tidak sihat tapi tak pasti apa yang tak kena? Mana yang tak kena? Boleh cuba analisa melalui Soalselidik yang Yani telah sediakan KHAS di PROGRAM NILAI KESIHATAN DIRI PELANGGAN untuk semakan Yani.

*Selesai sahaja soalselidik, anda hanya perlu  
Whatsapp/SMS "SOALSELIDIK SELESAI" 
 ke  
019-9897206 
untuk 
Semakan PANTAS dari Yani.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------







0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."