Sunday, August 23, 2015
12

Hanya Dari Pengalaman Yani

Yani akan kongsikan Pengalaman Yani sendiri menjaga 2 orang anak yang berumur 4 tahun dan 1 Tahun 2 bulan bagi membantu ibu bapa di luar sana bagi pendapat atau tips yang paling berkesan sepanjang kami menjaga anak-anak syurga ini. Semoga membantu anda semua dan sebarang teguran dan pendapat yang lain juga amatlah Yani harapkan dari anda untuk sama-sama bertukar pendapat.



#1: Antara Tanda-tanda Awal

Katanya musim buah ni musim orang sakit? Betul ke? Yani pon takde jawapan untuk itu.
Yang pasti petanda awal sebelum dua beradik ini mendapat demam, seterusnya selsema dan batuk ialah mata berair dan betaik mata kekuningan gitu. Yani perasan Hadif (anak pertama) dapat sakit mata sebab mata berair dan bertaik je sejak balik dari sekolah. Yani fikirkan mungkin berjangkit dari rakan-rakan sekolah. Selang dua tiga hari, Hadif pulak yang mata berair dan bertaik jugak. Maka makin kuat dikatakan sakit mata.



#2: Sakit Mata dan Susu Badan

So macam biasa ibu-ibu menyusu ni menggunakan kelebihan yang ada lalu dititiskan susu badan tadi ke mata Hadif & Haziq. Sangat Membantu!
Merujuk pada Dr. Zubaidi:
Ada Doktor yang mengesyorkan penggunaan susu ibu sebagai rawatan untuk mata berair. Ini adalah rawatan yang MUDAH dan TIDAK MERBAHAYA.

Katanya lagi...

Susu ibu mengandungi bahan Protein yang membunuh kuman (lysozyme), antibodi dan sel darah putih yang mampu melawan jangkitan. Beberapa titis susu ibu boleh diletakkan pada jari yang bersih dan dititiskan ke sudut mata berhampiran hidung , pada mata berair.

Selang 2 hari sakit mata kelihatan berkurangan tapi tekaan sakit mata sebenarnya tak tepat kerana sebenarnya anak-anak dikatakan panas dalam kerana cuaca yang tidak menentu. Pada malamnya Hadif mula demam dan Haziq masih tiada tanda-tanda demam (Alhamdulillah).

Bagi mengelakkan Demam melarat lebih teruk Yani selalu bagi Hadif ambil Nutriferon bagi tingkatkan sistem imun dia. Paling kurang biasanya dapat membantu mengelakkan selsema teruk atau demam yang berpanjangkan




#3: Demam Beserta Selsema dan Batuk

Pada malam pertama Hadif demam, kami suami isteri dah bersedia dengan termometer, kain basahan untuk lap (sponging) kepala dengan air. Biasanya kami akan lap dengan menggunakan air camouran Basic-H memandangkan air campuran ini tidak mudah berbau busuk berbanding dengan air asam jawa, lidah buaya dan sebagainya.


Gambar 1: Sponging pada Hadif (mata kelihatan bertaik)


Dinasihatkan sentiasa monitor bacaan suhu badan bagi mengelakkan kesan yang lebih serius. Rujukan bagi suhu badan anak:

Normal : 36.7 C
Demam Tahap Rendah : 37.5 C
Demam Tahap Tinggi: 38.8

Setiap kali suhu badan anak hampir pada tahap demam maka dinasihatkan anak dibuka baju dan seluarnya dan hanya memakai lampin atau seluar keciknya sahaja bagi memudahkan suhu badan di neutralkan dengan suhu bilik. Seterusnya badan anak boleh dilap terutamanya di celah-celah dimana haba mudah terkumpul. Lap seperti biasa di dahi dan basahkan kepala sedikit bagi mempercepatkan suhu badan turun.

Jika anda mudah terlelap dan tidak mudah berjaga untuk menjaga anak dilewat malam dinasihatkan untuk memasukkan ubat punggung (ubat demam paracetamol) kepada si anak tadi bagi mengelakkan suhu badan naik tanpa dijangka. Kebiasaannya selepas di lap suhu badan akan turun sekitar 15 minit ke 30 minit dan kadangkala boleh naik balik tanpa disangka. Manakala jika ubat telah diberikan melalui punggung, suhu akan turun dalam masa sekitar setengah jam ke se jam. Jika suhu anak masih tiada perubahan selepas 2jam diberikan ubat atau sponging maka dinasihatkan pergi ke Hospital berdekatan untuk bantuan dan pemeriksaan lanjut.


Gambar 2: "Ubat bontot" dos 250mg untuk Hadif. 


Gambar 3: Dos 125mg untuk Haziq.



#4: Selsema & Batuk

Selsema dan Batuk yang merungsingkan adalah bila Selsema memekat dan menjadikan Batuk Berlendir atau Berkahak. Apa yang Yani buat adalah sentiasa sapukan minyak berangin/ sedikit panas di dada, belakang (jaluran tulang belakang), labu betis dan tapak kaki anak tadi bagi legakan lenguh dan pernafasan. Antara minyak yang BEST Yani guna sejak 4 tahun lepas adalah dari Amway iaitu Tropical Herb- Baby Oil.

Esok pagi Yani tidak terus ke klinik kerana merujuk pada Dr. Zubaidi:
Saya menghadapi kesukaran untuk menyakinkan para ibubapa bahawa ubat selsema dan batuk yang kadangkala diberikan oleh doktor atau dibeli dari farmasi secara Over The Counter adakalanya tidak perlu dan membazir.

Sambungnya lagi...

Saya selalu beranggap bahawa selsema dan batuk adalah bukan penyakit tetapi salah satu daripada mekanisma pertahanan diri (imuniti tubuh) untuk mencegah jangkitan kuman. Apabila bendasing telah memasuki rongga hidung dan tekak, kita selalunya ada reflex untuk cuba mengeluarkan bendasing itu dengan tindakan reflex batuk dan bersin. Maka jika ianya bukannya penyakit, maka tidak perlulah diberikan ubat.

Maka dari situ Yani akan Topup Nutrisi anak-anak dengan Vitamin C Chewable bagi tingkatkan fungsi imun sistem dia dan bantu elak selsema melarat, Vita-Lea for Kids untuk Multivitamin dan Mealshakes bagi bantu tingkatkan selera makan, ketahanan badan dan bagi elakkan sembelit.



Gambar 4: Set Lengkap Nutrisi Anak Anda.


Yang paling tak tahan bila kedengaran anak batuk sampai bunyi yang menyeksakan seolah-olah macam pedih sangat. Biasanya Yani sapukan minyak bayi tadi di dada serta belakang dan suapkan Omega Guard bagi membantu legakan ledakan batuk yang bertalu-talu. Omega Guard bersifat anti histamine dan elok untuk asma dan alergik. Kebiasaannya selepas ambik Omega Guard anak akan mula rasa nak muntah dan lalu mereka muntahkan segala lendir atau kahak tadi dan secara terus dapat melegakan batuk tadi secara semula jadi.



#5: Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Apabila Anak Demam

A) Tak Nak Makan dan Minum:

Kebiasaannya Hadif dan Haziq akan kembali berselera makan dan minum selepas suhu kembali normal. Biasanya kami umpan dengan Mealshakes terlebih dahulu untuk naikkan selera makan. Bila anak-anak makan dan cukup nutrisi maka mereka ada tenaga untuk lawan penyakit dan secara langsung membantu mereka kembali sihat dengan lebih cepat.


 Gambar 5: Berselera Haziq makan piza walaupun demam.


Gambar 6: Dua beradik yang demam dibawa makan di Chicken Rice Shop. Makan sikit pon jadilah daripada langsung tak makan.


B) Selain dari Suhu Badan:

Anda perlu perhatikan kelakuan anak, antaranya sukar bernafas atau nafas lebih cepat dari biasa, masih kelihatan sakit walaupun demam telah reda, ada ruam timbul dibadan, sakit kepala yang teruk, muntah berpanjangan atau demam berterusan hingga 48jam. Segeralha membawa berjumpa Doktor berdekatan  sekiranya anak anda ada tanda yang membimbangkan seperti di atas.


***
"Lebih Baik Menyesal Bawa Ke Hospital Berbanding Menyesal Tidak Bawa Ke Hospital"
***

Buat Mereka Yang Berminat Nak dapatkan

Mealshakes
Omega Guard
Vita-lea For Kids
Vitamin C Chewable

dan

Nutriferon

boleh terus Whatsapp/SMS ke

019-9897206

***



12 bisikan:

  1. perkongsian yang bagus...

    terima kasih sudi singgah blog akak, akak follw sini.

    ReplyDelete
  2. paling tak tahan tengok dorang batuk tak henti2 tambah time malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu, kata Dr Zubaidi lagi elakkan bagi air masak byk sangat, elok lagi diberi susu dengan banyak.

      Macam Haziq biasanya lega batuk lepas muntah... Penangan Omega Guard.

      Delete
  3. Tips yang menarik. Lepas ni bole apply pada anak anak akk jika demam atau batuk.

    ReplyDelete
  4. Haah.memang sama tips yang digunakan bila anak kena demam batuk selsema

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... Mudah je sebenarnya tapi kena "sabar" & istiqomah...

      Delete
  5. Salam singgah pagi sis...satu perkongsian yang bagus untuk kita semua...terima kasih atas perkongsian ini sis..

    ReplyDelete
  6. kesian budak2 kalau batuk demam mesti berlarutan kalau tak jaga dgn baik

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."