Raja Dan Cikgu IT
Cikgu IT yang Yani maksudkan adalah Cikgu Ismail Tawang (Cikgu IT). Cikgu yang cukup Terkenal dengan jasa, pengorbanan dan ketegasan sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA). Manakala, kaitan dengan Raja pula bukanlah nak kata cikgu ni ada keturunan diraja tetapi kaitan beliau dengan Raja Buah iaitu Durian.
Gambar 1: Cikgu IT bersama rakan-rakan SMASZA untuk trip ke dusun kali ke empat.
#1: Ke Dusun Kita Tahun ni
Alhamdulillah pada tahun ni Cikgu IT pelawa anak-anak didik beliau untuk pergi ke Dusun Durian bagi menikmati Durian secara terus dari Dusun. Antara Jenis Durian yang CIkgu IT tanam adalah Musang King, 101, 99, Durian Kampung Tepoh, Udang Merah dan ada beberapa lagi yang semuanya jenis baka Premium atau Kualiti Tinggi. Selain pokok Durian terdapat buah Manggis (Smeta dalam bahasa Terengganu), Sawit dan Beberapa jenis pokok limau.
Gambar 2: Menunggu Musang jatuh ke riba.
Gambar 3: Penantian yang berbaloi dengan Musang King dan 101.
#2: Gedeboop! Terus Nikmati Di Dusun
Memang best bila sambil jalan-jalan tengok dusun Cikgu yang luas tiba-tiba dengar Durian Jatuh Gedeboop! Berlari-lari anak kami mencari Durian yang jatuh untuk dinikmati fresh dari ladang, maklum la semua Durian Premium kan.
Gambar 4: Fresh dan Cekah Durian guna Kunci je.
Gambar 5: Senyum nikmat.
Gambar 6: Musang King.
Gambar 7: Ulas Musang King.
Gambar 8: Ambil Bau Udang Merah sebab takde yang jatuh.
#3: Macam-macam Rasa
Antara Durian yang menjadi pilihan Yani adalah Musang King sebab rasa dia yang lemak dan manis. Keduanya adalah Durian Kampung Tepoh sebab rasa dia lebih ringan berbanding Musang King. Manakala Udang Merah best jugak tapi rasa lemak dia lagi tinggi dari Musang King dan seulas je pon dah terasa muak. Ulas dia pon besar-besar berbanding musang king. Kekadang sebiji Udang Merah tu ada 4 hingga 6 ulas je. Durian 101 pon best jugak cumanya ada rasa pahit-pahit sket. Alhamdulillah diberi peluang merasa semua jenis DUrian Premium di Dusun Cikgu. Untuk makluman korang, ni dah lawatan Yani ke 4 memandangkan Yani selalu bawa rakan-rakan lain sebagai penunjuk arah ke Kebun Cikgu. Sementara masih musim ni memang seronok sangat kan.
Gambar 9: Ni ulas Udang Merah Hadif duk makan.
Gmabar 10: Ada yang mahir tengok jenis Durian? Cer Komen di bawah jika anda tahu.
#4: Manggis Pon Ada
Kalau dah boring makan Durian tu boleh la ke Pokok Manggis pula yang dah masak ranum dipokok. Ada yang kata Manggis mampu memberikan rasa sejuk selepas ambil Durian yang dikatakan panas. Fakta atau Auta? Auta sahaja kerana tiada research terperinci dibuat mengenai perkara ni dan yang pasti Manggis dan Durian berbuah pada musim yang sama.
Gambar 10: Antara Manggis yang sempat dipetik.
#5: Hadiah Ostematrix buat Cikgu IT
Terima Kasih tak terhingga buat Cikgu IT kerana selalu pelawa ke kebun dan durian-durian yang sedap-sedap untuk dinikmati. Sempat Yani Hadiahkan untuk CIkgu dan Isteri beliau yang tersayang Ostematrix bagi bantu legakan sakit-sakit urat dan lenguh badan setelah bekerja di Dusun seharian.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka. Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah, jauh daripada manusia dan dekat dengan neraka. Sesungguhnya orang yang bodoh tetapi pemurah itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil."
(Hadis Riwayat Tirmizi)
sdapnye durian kuning emas tuuu..pergh! terliur! brape la arge sbiji tuuu....gulp!
ReplyDeleteKannn... Warna pon dah mengiurkan... Sebiji around RM30-40 la...
Deletepehh durian..makan kat situ terus pula tu...memang sedapp laa
ReplyDeleteFresh! hehe...
Deleteseronoknya dapat pegi kebun durian,dpat makan durian fresh baru luruh pulak tu..
ReplyDeleteAlhamdulillah berkesempatan dapat merasa dari Cikgu, kalau tak memang tak merasa jugak...
Deletebest sangat ni fresh lagi haaa
ReplyDeleteSangat Best! Jom cuba jika di Terengganu.
Deletesaya cuma tahu mkn durian tapi x tahu nama ...
ReplyDeleteSama la Yani pon, bila ke kebun ni baru tahu sikit-sikit...
Deleteingat wan zakri zulfahmi je situ....
ReplyDelete:-)
Deletebestnya.. lama rasanya tak makan buah di dusun. kalau bz memang tak la. suka isi kuning
ReplyDeleteSape tak suka isi kuning dik oiiii.... :)
DeleteJom! Ke Dusun Next Musim!