Kali ni Yani nak buat Review di Restoran Hazlan Bistro yang dikatakan telah membuka Steak House mereka ala-ala Me'nate Steak Hub tu. Sebelum ini mereka hanya menyediakan makanan Tema Thai, Western dan Steamboat.
Antara Menu Hazlan Bistro |
Memang bertuah warga Kuala Terengganu kerana dah tak perlu travel sejauh 300km untuk merasa Steak yang "perfectly cooked".
Kenapa kami kata setaraf atau hampir sama dengan Me'nate Steak Hub?
#1: Peti Sejuk Menyambut Tetamu
Paling mudah untuk menggambarkan kedai di Me'nate adalah kerana peti sejuk yang menyimpan pelbagai jenis daging Premium di dalam kedai seolah-olah menyambut kedatangan tetamu. Maka samalah juga dengan Hazlan Bistro Steak House ini dimana akan akan kelihatan tersusun indah peti sejuk memang style Me'nate.
Aneka Pilihan Daging |
#2: Pilihan Daging
Antara pilihan daging-daging yang disediakan pon hampir sama atau setaraf dengan Me'nate Steak Hub dari segi potongannya beserta tanda harga siap masak. Dari jenis daging yang termurah sehingganlah yang termahal ada disediakan. Buat yang mengidam nak makan Daging Wagyu macam PM kita duk makan sampai harga 20ribu tu kan boleh la, tapi takde la sampai 2kg kan. Potongan Daging Wagyu untuk satu hidangan hanya RM130 dan ke atas di Hazlan Bistro Steak House.
Daging Wagyu |
Ini Pilihan Yani, Lamb Rack |
Buat mereka yang tak tahu pilih daging boleh serahkan kepada pelayan restoran untuk membantu anda. Cuma Yani sedikit terasa tak istimewanya di sini bila pelayan tak pernah tanya nak daging kita ni nak masak well done atau medium well atau pilihan yang lain. Bila tak beritahu maka daging yang disediakan adalah Well Done, dan buat korang yang nak daging tu dimasak cara selain "well done" perlulah bagitahu pelayan terlebih dahulu.
#3: Rupa dan Rasa
Rasa daging yang telah siap dimasak pon hampir sama macam Me'nate tapi sos black pepper ada sedikit kelainan kerana dari segi rasa ada rasa masam-masam macam mushroom soup gitu. Dari segi hidangan pon hampir sama juga macam Me'nate sebab ada side dish kentang lenyek(Yani tukar ambil French Fries) dan Coleslaw. Manakala, dari segi saiz hidangan daging Yani ada perbezaan dimana di Hazlan Steak House saiz daging lebih kecil mungkin untuk mendapatkan harga yang lebih mesra.
Lamb Rack dah siap! |
Well Done! Sedap & Lembut. |
#4: Harga
Macam Yani ada nyatakan kat atas tadi saiz satu hidangan daging tu memang kecil sedikit berbanding di Me'nate mungkin bagi mendapatkan harga yang lebih mesra ekonomi keluarga tapi akan menyebabkan kurang rasa nikmat apabila dimakan. Contohnya bila saiz daging kecil dan nipis kadang kala boleh mnyebabkan daging mudah kering dan terasa keras sedikit berbanding jika ada ketebalan daging lebih sikit akan membuatkan daging tu lebih lembut dan terasa la makan dagingnya, kannn.
Secara keseluruhan harganya adalah macam makan di Steak House biasa di ibu kota, tak mahal dan tak murah, di tengah-tengah jika dibandingkan dengan hidangan yang kita dapat.
Secara keseluruhan harganya adalah macam makan di Steak House biasa di ibu kota, tak mahal dan tak murah, di tengah-tengah jika dibandingkan dengan hidangan yang kita dapat.
Antara menu lain yang disediakan. |
#5:Apa yang kurang?
Antara yang tiada berbanding Me'nate adalah Free Flow Air. Ini memang killer, syok bila dapat minum kopi semahunya dan air-air yang lain semahunya. Semua yang mahal terus terasa murah, kannnn.
Pilihan Masakan |
Dan bila makan daging ni orang kata terasa panas, so kalau boleh makan dalam bilik hawa dingin yang Hazlan Bistro sediakan lagi best.
Walaubagaimanapun, permulaan yang baik dan buat mereka yang teringin nak merasa Steak ala-ala Me'nate dengan sentuhan istimewa dari dapur Hazlan Bistro Steak House, Anda WAJIB cuba!
#6: Info Tambahan
Ada yang masih takut dengan daging sebab kolestrol? Ketahuilah telur kuning tu lagi tinggi kolestrol berbanding daging yang anda akan makan di Hazlan Bistro Steak House tu nanti.
Lepas makan daging terasa pening-pening lalat?
Betul ke?
Sesetengah customer Yani yang mempunyai masalah kolestrol tinggi akan mempunyai rasa pening ni, tapi bukan selepas makan daging atau makanan berkolestrol tinggi tapi selepas pengambilan Ubat Kolestrol dari Hospital. Iye, memang ubat kolestrol akan memberikan rasa pening-pening dan loya.
Set Kolestrol |
Biasanya Yani bantu dengan Set Kolestrol yang mana memang membantu masalah kolestrol dan pada masa yang sama bonus untuk sakit lututnya yang makin kurang terasa sakit dan masalah Asma yang dah kurang terasa tercungap-cungap. Ini semua sebab terdapat agen anti inflamasi minyak ikan Omega 3 yang Yani syorkan.
Dan banyak lagi kebaikan sebagai BONUS selepas anda mengamalkan Set Kolestrol dan boleh hubungi terus Yani di talian 019-9897206.
Kena belajar macam mana nk masak dan jadi pakar macam dorang nie. Mana tahu boleh bukak steak house satu masa nanti.
ReplyDeleteBetul tu, memang minda usahawan berjaya la Bro...
DeleteSemakin banyak pilihan untuk kita :)
ReplyDeleteKannn, happy tummy.... Hehe
Deletetqvm for the awesome review ! :)
ReplyDeleteTerima Kasih Team Hazlan sudi baca review Yani, kalau ada yg ISTIMEWA yani miss boleh bgtau utk next review...
Delete