Alhamdulillah, selesai kelas Antenatal bersama suami di Hospital Kuala Terengganu atau dikenali juga sebagai Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Antara pasangan yang Hadir |
Kelas ini diadakan dalam kumpulan kecil sekitar 8 pasangan dan ini membuatkan Yani rasa kelas yang lebih eksklusif dan ilmu yang diberikan tentunya dari Pakar-pakar yang hebat. Antaranya Doktor Pakar Bius, Dr. Noraslawati Razak dan Dr. Nor Jumizah Abd Kadir, Pakar Obstetrik & Ginekologi.
#Best 1: Hospital Serba Baru dan Selesa
Bestnya yang pertama adalah kerana kelas diadakan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi yang baru sahaja siap dibina serta cantik senibinanya. Ini membuatkan kami "Mak Yong" terasa teruja untuk melahirkan di Hospital Kerajaan yang serba baru dan cantik ini.
Kelas Antenatal ini adalah yang Pertama diadakan oleh pihak Hospital pada tahun 2016 untuk memberi kesedaran serta pendidikan kepada masyarakat setempat mengenai penjagaan ibu mengandung dan proses kelahiran nanti. Pada masa yang sama turut memperkenalkan beberapa perkhidmatan buat ibu mengandung dan berpantang yang telah disediakan oleh pihak Hospital secara Percuma tapi masih ramai yang tak tahu; antaranya perkhidmatan senaman sewaktu mengandung sebagai persediaan awal sebelum melahirkan dan urutan tradisional selepas melahirkan.
Best Kan?
#Best 2: Urutan Traditional PERCUMA
Sepertimana yang telah diterangkan oleh Dr. Noraslawati mengenai Hospital Bebas Kesakitan. Selain daripada Anestesia dan Analgesia (bius), Perubatan Traditional dan Komplementari telah diperkenalkan sejak tahun 2012 lagi bagi menyokong transformasi Hospital Bebas Hospital.
Maka ianya adalah PERCUMA buat mereka yang mempunyai "guarantee letter" dan hanya RM5 buat setiap sesi bagi yg tiada "guarantee letter" dari majikan.
Sangat Best sebab tukang urutnya memang mahir dan terlatih dengan latihan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Bahasa mudah, Tukang Urut yang ada Sijil la.
Jom! Kita tengok Demo cara urutan di muka bagi memberi kesegaran dari Tukang Urut Professional kita.
#Best 3: Teknik Pernafasan & Senaman
Yang ingin ditekankan disini ialah Tugas Suami bila dalam Labour Room & Teknik Pernafasan dan melahirkan mudah bagi mengelakkan sebarang komplikasi.
Antara tugas suami yang sangat membantu proses kelahiran adalah:
#1
Suami sentiasa memberi semangat positif kepada isteri,
Suami sentiasa memberi semangat positif kepada isteri,
#2
Membantu posisi yang betul untuk memudahkan kelahiran,
Membantu posisi yang betul untuk memudahkan kelahiran,
#3
Membantu aplikasikan teknik pernafasan yang betul bagi mengelakkan kehilangan tenaga yang banyak ketika melahirkan.
Membantu aplikasikan teknik pernafasan yang betul bagi mengelakkan kehilangan tenaga yang banyak ketika melahirkan.
Perkara lain yang menarik adalah senaman ketika mengandung yang mana bagi memudahkan proses melahirkan nanti. Senaman ini bukan sahaja boleh dibuat berseorang tapi turut mengalakkan suami untuk turut serta.
Antara yang paling mudah adalah senaman kagel (kemutan) dan turut diberi tunjuk ajar adalah posisi tidur yang paling ergonomik buat Ibu Mengandung bagi mengelakkan sakit badan dan mendapatkan tidur yang nyenyak.
Antara yang paling mudah adalah senaman kagel (kemutan) dan turut diberi tunjuk ajar adalah posisi tidur yang paling ergonomik buat Ibu Mengandung bagi mengelakkan sakit badan dan mendapatkan tidur yang nyenyak.
#Best Tambahan: Pengambilan Supplement
Dalam kelas ini juga turut ditekankan mengenai Pemakanan Ibu Mengandung dengan pelbagai Teknik memahami sajian dan keperluan kalori seharian. Yang ditekankan adalah makan seimbang dan cukup nutrisi. Antara isu hangat yang sempat dibincangkan adalah mengenai masalah HB dikalangan ibu mengandung. Kuncinya adalah pada makanan yang mempunyai tinggi kandungan Zat Besi. Cara paling MUDAH adalah melalui pengambilan supplement yang semakin trending sekarang dengan harga yang berbaloi. Memang Doktor mengesyorkan pengambilan supplement seawal 4 bulan usia kandungan.
Antara cadangan dari Yani adalah dengan pengambilan Multivitamin Vita-Lea yang sangat-sangat membantu meningkatkan HB dan anda tak perlu pening-pening pikir apa jenis makanan yang perlu makan. Makan seperti biasa dan hanya tambahan Vita-lea pada setiap pagi sudah memadai.
Mudah dan Berkesan.
Buat anda yang berminat untuk dapatkan supplement Multivitamin Vita-Lea boleh terus whatsapp pada 019-9897206. Cara pengambilan dan consultation tambahan akan Yani berikan nanti PERCUMA je.
Multivitamin Vitalea untuk Ibu Mengandung. |
assalam,bagaimana cara nak join antenatal class n ya?
ReplyDeleteBoleh whatsapp Yani 0199347686 utk further info ye...
DeleteAde lg ke kelas ni skg?
ReplyDeletePerlu tanya terus di Kaunter Ibu & Bayi. Biasanya dah ada tarikh dia siap-siap.
Delete