Wednesday, June 29, 2016
2

 ~#throwback DetikHariz~

Malam pertama yang cukup panjang
Setiap jam terjaga resah


Kalau dulu terjaga awal cukup BEST tu lah waktu yang ditunggu-tunggu dapat bertahajud dengan Hariz.

Biasanya Yani terus mandi, dan berdating dengan Allah. 

Mengandungkan Hariz semangat dalam ibadah cukup kuat.
Mungkin sebab terlalu banyak hajat nak 'mintak' secara spesifik untuk proses kelahirannya sampai la post date 10 hari.

Selepas kelahiran Hariz, 

tidur kami diganggu dengan panggilan pihak hospital
Itu pon dah buat jantung kami nak gugur ketakutan dengan setiap berita yang keluar dari pihak hospital.

Tapi malam ini tidur kami tidak lagi diganggu.
Namun,

 memori kelembutan dan ketenangan wajah Hariz cukup merentap hati.

Serba salah nak tengok gambar takut tak cukup kuat
Nak pejamkan mata terbayang-bayang

Allahuakbar, 

Allah dah suruh rehat tanpa baby disisi pon tak reti bersyukur lagi ke?
Takde dah nak kena berjaga malam nak menyusu tukar pampers segala kan?

Terima kasih Allah atas segala nikmat dan percaturan yang terbaik buat hamba mu yang dhaif ini

Hari pertama kami masih tak biasa
Lama-lama kami akan ok, insyallah

Dari mu jua kami mohon pertolongan dan kekuatan
Berikan kami kekuatan hati agar lebih kuat dari dugaan yang diberi




***

Dalam Kenangan Abadi
Ahmad Hariz Rajaei 
(yang memelihara harapanku)
18/6/2016-20/6/2016
13-15 Ramadhan
 
***

2 bisikan:

  1. sedih n berkaca² plak mata zie baca entry yang. tersentuh naluri keibuan zie. Al-Fatihah buat anak syurga...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."