Tuesday, June 28, 2016
2

 ~#throwback DetikHariz~


Alhamdulillah selesai segala urusan
Terlalu cepat semuanya berlaku
Terasa 2 hari berpantang yang cukup panjang




Wildan Syurga kami selamat disemadikan di atas 'dada' tuki dia sendiri. 
Perginya pada tarikh kehilangan tuki jugak. 
Perancangan Allah yang cukup cantik!
Mahalnya syurga FIRDAUS Allah kan?

Waktu mengandungkan Hariz, 
Yani dengar tazkirah seorang ustaz di Masjid Mambs Ladang mohon lah syurga Firdaus, 
syurga darjat tertinggi di sisi Allah.

Sejak dari itu, 
setiap kali berdoa Yani mintak syafaat Allah untuk masuk ke syurga Firdaus tapi dalam masa yang sama ragu-ragu dengan kemampuan diri.

Kehilangan beliau buat Yani terdetik, 
betapa MAHAL nya syurga Firdaus, 
terasa dia yang berkorban untuk harapan ibu.

Lama Hariz nak duduk dalam perut ibu, 
kerana dia tahu hidupnya di dunia tak akan lama.

Sebab Hariz,
 ibu tempah set cadar warna putih bersih 
walaupon itu bukan warna kegemaran ibu pon.

Hariz dah pergi menunaikan umrah bersama ibu tanpa ibu perlu risau period datang.


Sebab Hariz ibu mampu khatam quran pertama kali dalam hidup

Hariz berterawikh bersama ibu walaupon dah tiba masa untuk melihat dunia, 
sedikit pon tak rasa susah walaupon memboyot, 
malah terasa sangat kuat.

Hariz beri peluang untuk ibu melahirkan secara normal 
dengan cukup mudah di saat ibu ragu-ragu dengan keupayaan diri.


Allahuakbar, 
Hariz terlalu istimewa buat kami
Hariz datang sehari sebelum tarikh ulang tahun Haziq 
dan pergi tarikh ulang tahun abah meninggal.

Tarikh ini semua cukup memberikan kesan buat kami sekeluarga.

Allahuakbar ibu redha sayang
Kenapa perlu takut dengan kematian, 
kalau syurga matlamat kita?

Kematian adalah pintu untuk ke syurga sayang

***

Dalam Kenangan Abadi
Ahmad Hariz Rajaei 
(yang memelihara harapanku)
18/6/2016-20/6/2016
13-15 Ramadhan
 
***

*terima kasih buat semua yang tak putus-putus mengucapkan takziah 
dan menziarah kami walau dari jauh dan bekerja. 
Pada yang bertanya punca kematian, 

2 bisikan:

  1. Salam takziah master Yani.. sayu hati membaca post master. Sy pun first time tahu psl GBS ni thru entri blog master ni. Semoga Allah Ganjarkan syurga Firdaus buat master Yani. AMIN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih dan semoga membantu dan memberi awareness buat semua ibu-ibu yang bakal melahirkan.

      Delete

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."