Wednesday, January 04, 2017
2
Jumaat lepas Yani ada pergi Kelas Umrah di Masjid sebagai persiapan untuk Trip Umrah Ziarah tajaan Shaklee pada 9 Januari nanti.

Pengisian kali ni sedikit berbeza,
Kerana Ustaz yang bagi ceramah tu menekan cara-cara untuk kenali Agensi Pengelola Umrah yang tak berdaftar bagi mengelakkan kes tertipu atau sebaliknya.




Ustaz Shukri dari Juara Travel kata,
Banyak sangat kes penipuan sekarang,
Tahun ni sahaja dah 4,800 orang yang terperangkap.
Itu belum cerita yang terkandas di Madinah atau Mekah lagi...

Kebanyakkan yang terjadi adalah kerana syarikat-syarikat kecil yang cuba menumpang dengan syarikat yang berlesen ni bagi mendapatkan visa dan sebagainya.

Cara Mudah elak penipuan Umrah ni,
korang boleh semak nama Syarikat yang korang nak join tu berdaftar atau tidak di
Hanya buat carian dia Senarai Pengelola Umrah dalam website tu,
kemudian akan keluar senarainya.


Jika ada nama dalam senarai Insyallah mudah urusan anda 
dan 
Selamat Mengerjakan Ibadah Umrah



Buat rakan-rakan yang ingin atau ada Ibu Bapa atau Saudara mara dalam bersiapan mengerjakan Haji,
Yani ada kongsikan sesuatu yang yang menarik di Tag Bagasi Haji / Umrah.

Semoga Membantu.

2 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."