Sunday, April 23, 2017
2

Kenangan mendaki Jabal An-Nur tempat Rasulullah berkhalwat di gua hira' dan menerima wahyu di situ.


Perjalanan kami dah dimudahkan dengan tangga batu pon mengambil masa sejam. 
Bayangkan macam mana Rasulullah s.a.w dan Siti Khadijah memanjat bukit dua kali sehari tanpa tangga demi agama yang tercinta, Islam.

Cukup menginsafkan

Ingatkan pendakian tu dah cukup mencabar rupanya jalan masuk ke Gua Hira' lebih mencabar
 kerena perlu turun ke tangga yang curam dan perlu melalui celah batu besar dan sangat sempit
, hanya muat-muat satu badan sahaja.


SHAKLEE UMRAH ZIARAH JORDAN 2016/2017
Yani sempat bergambar bersama Produk Shaklee kegemaran kami.

Gigih Yani bertelekung nak solat berjemaah di atas
 puncak Jabal An-Nur sambil menghadap ke menara jam di Masjidil Haram
. Dengan angin tanah suci yang menderu mengusap pipi yang cukup mendamaikan
. Suara azan dari segenap masjid di sekitar Bandar Makkah sungguh lunak dan indah
. Sememangnya suatu pengalaman yang tak akan dapat di mana-mana tempat.


Allah, rindu semua jemaah dan trip umrah Shaklee ni.

Bisik Yani keseorangan selepas selesai melihat video yang DK (suami) tolong siapkan. Sebenarnya video ni dah ada versi lain tapi kurang menjadi sebab dia hanya buat guna phone je sebelum ni. Sekarang baru dia release yang ok sikit.

Selamat menonton semua.

Jangan lupa LIKE & Subscribe Youtube Yani.
Kalau kau orang ada pengalaman yang sama,Jom! Kongsikan di ruangan komen.


2 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."