Kita flashback pada keadaan mula-mula Yani join Shaklee pada tahun 2012. Bermula dengan menggunakan Set Berpantang selepas melahirkan anak pertama. Alhamdulillah dapat rasa kesan yang luarbiasa dengan produk terus terbuka hati untuk mencuba bisnes Shaklee. Pada masa tu ditemukan dengan mentor hebat Zura Betty. Dipendekkan cerita Yani dapat capai rank tertinggi dalam Shaklee hanya dalam masa 8 bulan sahaja.
Apa! 8 bulan dah dapat Master Coordinator?
Iye! Antara yang terpantas pada ketika itu. Salah satunya adalah kerana Komuniti Bisnes Shaklee yang Sangat Best. Ada 9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Sangat Best.
Gambar semasa percutian tajaan Shaklee ke Switzerland 2022 |
1) Business Circle
Masa Yani join tu, kami akan dimasukkan dalam group chat Whatsapp dan Facebook Group untuk mendalami lebih lagi mengenai perniagaan Shaklee. Semua info adalah dari group leader dan dari Shaklee. Banyak ilmu yang dikongsikan adalah peluang yang diberikan bersama perniagaan Shaklee. Dapat ilmu jana pendapatan bersama Shaklee, ilmu cara dapat kereta tajaan Shaklee dan dapat ilmu bercuti ke luar negara tajaan Shaklee. Bila kita tahu apa yang Shaklee tawarkan maka Yani pada masa tu memang nak grab semua peluang yang Shaklee sediakan dan Yani hanya aim pada ketika itu ialah dengan capai peringkat tertinggi Shaklee maka semua reward ini akan ikut dan secara Automatik Yani akan dapat.
Selain dari itu, kami juga berkongsi tips dan tricks untuk dapatkan sale melalui marketing tools atau skill yang mudah tapi menjadi.
2) Spiritual Circle
Selepas dah usaha dengan pelbagai tips dan tricks, yang selebihnya kami turut berkongsi rutin untuk "menjemput rezeki". Menjemput rezeki itu sebenarnya lebih mudah berbanding mencari rezeki. Antaranya setiap pagi kami akan gather secara online untuk Selawat, Baca Marhurat dan Al-Kahfi bersama-sama sebagai booster pagi.
3) Healthy Circle
Apabila kita belajar mengenai produk dan masing-masing mencuba sendiri produk bukan sahaja demi mendapatkan livingproof result testimoni tapi kesihatan kita dan orang sekeliling akan lebih baik.
Setiap kali kita follow up customer dan customer update kata kesihatan mereka bertambah baik memang terasa berbunga-bunga sangat.
Banyak sangat ilmu mengenai kesihatan yang kita dapat dan kita boleh kongsikan bersama.
4) Rakan Bakar
Bermula dengan cara mendapatkan pendapatan yang biasa-biasa kepada yang luarbiasa. Contohnya pada masa tu Yani hanya terpikir nak lepas bayar bulanan insurans RM200 setiap bulan. Tapi dengan susana saling memberi semangat untuk bakar membakar ni kita boleh achieve more than what we think. Iyep, bila Yani pertama kali dapat capai pendapatan 5 angka yang pertama ketika tu memang tak percaya rupanya bisnes yang nampak mudah dan simple ni aku boleh dapat pendapatan yang luarbiasa.
5) Sokongan Ikhlas
Tanpa mengira latarbelakang dari golongan profesional ataupun suri rumah sama-sama membantu memberi semangat dan memberi sokongan tanpa berbelah bagi. Mindset yang biasa-biasa mula bercambah dan menjadi lebih luarbiasa dengan sokongan yang ikhlas.
6) Stranger to Family
Ukhuwah akan semakin rapat dan dapatkan rasakan seperti sebuah keluarga. Di tambah pula dengan perlbagai aktiviti yang dilakukan secara online dan offline. Contohnya seperti tahun lepas kami adakan percutian bersama rakan bisnes ke Pulau Redang Terengganu. Bukan sekadar bercuti tapi banyak pengisian mengenai bisnes juga kami selitkan. Boleh tonton percutian kami di Youtube ni, Redang Trip Team YMS & Billionaire
7) Pengurusan Kewangan
Apabila bisnes semakin besar dalam Komuniti Bisnes Shaklee ni juga kami akan diajar cara nak mengendalikan kewangan kami dengan lebih baik. Bermula dengan mendaftar Syarikat, cara menguruskan stok, cara menguruskan wang modal dan cara untuk mengurus filing kewangan dengan lebih baik untuk serahan pada LHDN.
8) Leadership Pelbagai Mentor
Ilmu setiap mentor sangat mahal didunia perniagaan. Bersama dengan komuniti Bisnes Shaklee ini setiap mentor yang hebat-hebat ini akan mengadakan kelas setiap minggu dan anda boleh menyertainya hanya dengan PERCUMA. Ada yang akan berkongsi mengenai Leadership, ada yang lebih kepada Marketing dan pelbagai ilmu kita boleh dapatkan bukan sahaja dalam bisnes.
9) Positive Circle
Best! Bermula dengan Positive Action (Ritual Booster Pagi) dan disusuli dengan usaha dan sokongan yang positif dari Komuniti Bisnes maka akan dapat Positive Achievement. Masing-masing berkongsi pencapaian dan yang terbaik akan menjadi rujukan dan menjadi inspirasi buat rakan yang lain. Teknik ni lah yang telah berjaya melahirkan Positive Attitude di dalam Komuniti Bisnes Shaklee.
Inilah 9 Sebab Kenapa Komunit Bisnes Shaklee Sangat Best dan Yani sangat sayangkan komuniti ini. Jom! Sertai Komuniti Yani.
#BlogMegaShaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
rakan bakar tu i setuju...sapa malas, kita bakar ahahaha
ReplyDelete:d Haha, bakar sampai rentung
Delete