Friday, February 24, 2023
4

Kenapa Yani bermula aktif berblogging adalah kerana Projek BlogMegaShaklee 1.0 ini lah. Iye, hendak mula menulis kembali sorang-sorang memang lain jiwa dia dengan arus media sosial sekarang yang semakin ke arah video atau visual yang bergerak-gerak berbanding dulu melalui penulisan dan bermain dengan bait-bait patah kata yang puitis dan bersahaja.

Setuju?

Maka dalam Projek BlogMegaShaklee 1.0 ni akan diberikan task atau tajuk berkenaan apa yang kami perlu tulis atau ulas dalam setiap minggu. Antara task sebelum ni ialah berkaitan dengan Intermittent Fasting dan Set Kurus Shaklee yang Paling Berkesan. Korang boleh refer hyperlink yang Yani dah selit dekat patah kata tu ye.


Bersama rakan-rakan bisnes Shaklee


Alhamdulillah, memang terasa nak aktif semula lepas dah mula kembali menulis di blog ni. Untuk blog lama ni ada yang Yani belum setting elok-elok lagi. Maklum lah widget-widget dalam ni banyak yang tak update, sebab sebelum ni yani guna URL www.wanmuliani.com blog melalui wordpress tapi sekarang kembali dengan oneyani.blogspot.com melalui Google Blogger.


Kenapa kembali guna blog lama oneyani.blogspot.com?

Sebabnya banyak cerita-cerita lama Yani dulu yang tak berjaya di import ke blog baru. So Yani decide pakai jela blog lama ni. Banyak perkongsian Yani yang dulu-dulu dalam ni.

Insyallah, perlahan-lahan Yani akan update widget dan update layout bagi nampak lebih teratur dan kemas. Ada idea widget blog latest-latest korang boleh share dekat ruangan komen tau.


BlogMegaShaklee 1.0

Projek ini dinaungi oleh Master Norita dan Master Salwa. Best projek ni sebab ramai sangat orang-orang hebat blogger dulu turut sertai. Jumlah peserta katanya lebih kurang 200 orang lebih. Dalam projek ni akan ada sparring partner dimana kami perlu linkkan post blog masing-masing dan secara tak langsung kami akan dapat berkenalan dan mengenali blog masing-masing. Selepas baca banyak blog-blog yang hebat secara tak langsung Yani sendiri rasa nak upgrade blog sendiri dengan lebih baik.

Antara blog rakan-rakan lain yang Yani suka baca ialah Blog Kak Puteri dan blog rakan sparring Yani iaitu blog Syaza. Banyak lagi blog-blog lain yang best, Yani akan listkan semuanya di widget column tepi blog ni nanti.

 

Reward BlogMegaShaklee 1.0

Iye, kalau join projek bersama Master Norita ni kan, banyak reward dia sediakan. Antara yang menjadi juara tempohari dapat Vivix yang bernilai RM400 lebih tu. Fuh! Terbakar betul. Yani macam biasalah dapat yang saguhati je. Hehe

Walaupun tak menang, tapi tetap Kak Norita bagi reward buat mereka yang join projek BlogMegaShaklee 1.0 ni. Alhamdulillah Yani dapat Nutriferon. yang bernilai RM190 lebih. Iye bukan murah-murah hadiahnya semua lumayan dan untuk kesihatan.


Next, BlogMegaShaklee 2.0

Projek BlogMegaShaklee 1.0 baru nak panaskan enjin Yani untuk kembali menulis blog. Maka projek BlogMegaSHaklee 2.0 tentunya lebih excited Yani nak join sebabnya nak ada semangat kembali untuk berkongsi aktiviti harian melalui Blog.

Antara sebab lain yang Yani nampak ialah  customer melalui blog lebih "trust" dan segala info produk telah cukup dan cenderung untuk membeli. Maksudnya closing atau percentage customer terus membeli dengan kita adalah lebih tinggi berbanding melalui whatsapp ataupun direct mesej strangers.

Ini semua dibantu dengan penulisan yang meyakinkan dan info yang cukup yang ditulis oleh Yani atau blogger yang lain tentang produk Shaklee.

Betul?

Seterusnya penulisan yang baik dan bermanfaat ini akan membentuk arus atau base baru yang lebih kukuh buat rujukan semua yang berminat tentang produk Shaklee. Bukan sekadar menjual tetapi berkongsi kebaikan produk melalui livingproof atau testimoni sendiri yang lebih meyakinkan.

Selain untuk pengguna Shaklee, ini juga merupakan Circle baru buat Shaklee Distributor untuk lebih semangat dan saling mengenali dan menyokong melalui penulisan.

Buat yang belum mengenali Yani boleh baca kisah pengenalan Yani.

Blog post ini juga merupakan salah satu daripada permulaan kepada Projek BlogMegaShaklee 2.0. Yani mohon buat semua yang masih menyokong Yani menulis di blog boleh teruskan like dan share mana-mana post blog Yani dan jangan lupa komen untuk Yani menambah baik atau sekadar bertegur sapa di ruangan komen.

 

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

 

----
W. Muliani
No. Tel : +6019-934 7686
Follow & Like FB : Wan Muliani
Hubungi Yani untuk bisnes dan peluang bersama Shaklee
----

 


4 bisikan:

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."