Saturday, March 18, 2023
0

Kenapa Shaklee?

Soalan ni mengingatkan Yani dengan pengalaman kali pertama Yani ke US pada tahun 2014. Kerana dari situlah rasa cinta dan yakin kepada Shaklee semakin bertambah. Bukan setakat proven products tapi proven syarikat gergasi di Amerika Syarikat yang telah menjalankan perniagaan supplement dengan prinsip "Living In Harmony with Nature" sejak tahun 1915. Maka produk Shaklee dah berusia lebih 100 tahun.


Trip pertama ke luar negara ke ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California bersama Mak dan Suami pada tahun 2014 dengan tajaan sepenuhnya dari pihak Shaklee


Nampak tak gambar kat atas tu ada statue warna coklat tu kan?

Tula dia pengasas Shaklee iaitu Dr. Forrest C. Shaklee. Dengan falsafah Hidup Harmoni dengan Alam Semula beliau antara pertama di Amerika Syarikat menghasilkan multivitamin.

Dengan 100 tahun inovasi, Shaklee sangat komited menghasilkan produk dari bahan semulajadi yang paling tulen secara saintifik. Specialnya produk Shaklee ni:

  1. Bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya
  2. Mematuhi piawai keselamatan tertinggi
  3. Mesra kepada alam sekitar
  4. Bebas Gluten
  5. tidak pernah lakukan ujian ke atas haiwan

 

Selamat

Bak kata Dr. Forrest C. Shaklee, beliau tak akan menghasilkan produk yang akan merosakkan walapun satu sel tisu di dalam badan.

Di Shaklee, fokus utama adalah pada kualiti produk, maka setiap bahan yang dihantar kepada Shaklee akan dibuat ujian kawalan kualiti sekali lagi bagi mendapatkan keberkesanan produk.

Setiap bahan botani disaring sangat ketat termasuk menjalankan ujian kualiti bagi racun perosak yang digunakan bagi mengelakkan kesan sampingan kepada pengguna dan alam sekitar.

Ujian Kawalan Kualiti bukan sekadar sekali setahun tapi 100,000 lebih ujian dijalankan setiap tahun bagi mendapatkan ketulenan dan keberkesanan terjamin.


Yani kali kedua ke HQ Shaklee di US pada tahun 2019 bergambar bersama Inovasi Shaklee 100 tahun



Terbukti

Produk Shaklee mempunyai 71 paten dan mempunyai lebih daripada 120 kertas dan pembentangan saintifik yang telah diterbitkan. Semuanya base on scientific research. Tak banyak company yang sanggup laburkan berjuta semata-mata untuk melakukan ujian saintifik dan research yang terperinci sebagaimana Shaklee demi keberkesanan yang terjamin.

Korang boleh rujuk website Shaklee Health Resource untuk tengok semua scientific research tu.

 

Yani diluar bangunan HQ Shaklee di US pada tahun 2014

 

 

Berkesan

Haaa, part berkesan ni di Malaysia hanya fokus kepada pengguna individu sahaja. Di US sebenarnya atlet bertaraf dunia ni sebenarnya ramai dikuasakan oleh Shaklee. Kebanyakan Atlet tajaan Shaklee ni bukan sembarangan sebab mereka semua telah memenangi pingat emas.

Seperti yang korang tahu setiap atlet perlukan diet yang sangat ketat dan pengambilan supplement pula tidak boleh sembarangan. Dengan formula unik dan eksklusif hanya di Shaklee ni membuatkan ramai atlet memilih Shaklee.

 

Selamat, Terbukti dan Berkesan merupakan 3 sebab utama kenapa shaklee supplement terbaik di Malaysia. Korang bpleh baca juga post Wani mengenai 5 Sebab Kenapa Supplement Shaklee Terbaik di Malaysia

0 bisikan:

Post a Comment

Terima kasih untuk "Bisikan" Anda yang Menceriakan!
*Yani akan balas kunjungan anda.


"Yani doakan anda diberi kesihatan yang baik sepanjang zaman."